Monday, January 21, 2013

Jimmy Wong wajar minta RCI ditubuhkan di Pulau Pinang

"KOTA KINABALU: Parti Bersatu Sabah (PBS), the victim of alleged election frauds by their comrades in arms, Umno, has been urged to leave the Barisan Nasional government now that it has been revealed that they were robbed of a resounding victory in the 1994 elections.
“They should leave the BN with dignity and without further delay,” DAP Sabah chairman Jimmy Wong said yesterday." - Sabahkini
Siasatan belumpun selesai tapi Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong sudahpun mempunyai keputusan siasatan dan beliau minta PBS keluar meninggalkan BN Sabah? Siapa Jimmy Wong? panel RCI?

RCI ditubuhkan adalah atas usaha pemimpin-pemimpin PBS sendiri. Tujuan penubuhanya bukan untuk mencari salah siapa, sebaliknya untuk menyelesaikan masalah kebanjiran pendatang haram dan projek IC di negeri ini. Jika penubuhan RCI hanya untuk mencari salah siapa, baik tidak payah ditubuhkan. 

Ikhlas sangatkah perjuangan DAP Sabah terutamanya Jimmy Wong jika desakkan mereka terhadap sesuatu perkara terutamanya bagi kes-kes yang memerlukan penyelesaian melalui mahkamah hanya untuk mencari salah siapa? Bermakna selama ini DAP hanya mengharapkan supaya penubuhan RCI itu dapat membuktikan pemimpin2 BN terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan menyalahgunakan jentera-jentera kerajaan? Patutlah siasatan belum selesai, tapi mereka lebih dulu mendabik dada seolah-olah hasil siasatan ada ditangan mereka.

Penubuhan RCI itu sendiri membuktikan bahawa kerajaan BN bersungguh-sungguh dan ikhlas mahu menyelesaikan masalah ini. Jika kerajaan BN sudah tunaikan janjinya, untuk apa PBS keluar meninggalkan gabungan itu? Sepatutnya Jimmy Wong melihat sendiri pemerintahan DAP di Pulau Pinang. Bagaimana statistik penduduk di negeri itu berbeza dengan statistik pengundi?

Daripada statistik penduduk:

Melayu = 42.05%
Cina = 40.92%
India = 9.67%
Lain-lain = 7.37%

Daripada statistik pengundi:

Melayu = 33.63%
Cina = 55.05%
India = 10.85%
Lain-lain = 0.06% + 0.05% + 0.34%

Penduduk Cina 40% tapi pengundi 55%, Penduduk Melayu 42% tapi pengundi 33%? - Sumber

Statistik ini menunjukkan demografi penduduk dan statistik pengundi Pulau Pinang pada tahun 2010. Bagaimana pula dengan tahun 2011 dan 2012? Tentu bertambah lagilah jumlah pengundi-pengundi DAP di Pulau Pinang. Apa pula komen Jimmy Wong berkenaan dengan pertambahan pengundi DAP yang sangat luar biasa ini? mengatasi jumlah penduduk pula tu....

Bolehkah Jimmy Wong minta RCI ditubuhkan di Pulau Pinang dengan kos penubuhan Suruhanjaya itu ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Pulau Pinang??

***PBS berani minta RCI ditubuhkan di Sabah, DAP beranikah minta RCI ditubuhkan di Pulau Pinang?

13 comments:

  1. patut tubuhkan di seluruh negara, tapi buat masa ini fokus di Sabah dulu.

    ReplyDelete
  2. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Lebih 18,000 orang Melayu Pulau Pinang berhijrah ke negeri lain di antara 2009 hingga 2010 kerana tidak mampu menampung kos sara hidup yang terlalu tinggi di negeri kelahiran mereka.

    ReplyDelete
  3. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Mengikut satu kajian dikeluarkan Oktober tahun lalu, jumlah penduduk Melayu berkurangan daripada 654,300 orang pada 2009, kepada 636,146 orang pada 2010, iaitu penyusutan 18,154 orang dalam tempoh setahun.

    ReplyDelete
  4. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini? Bukankah ini agenda tersusun, terancang dan halus untuk meminggirkan serta mengusir Melayu dari negeri strategik seperti Pulau Pinang. - Dr Mohammad Fairus Khairuddin

    ReplyDelete
  5. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Berikutan itu, jumlah penduduk Cina yang berjumlah 670,400 orang pada 2010 menjadi kumpulan etnik terbesar iaitu 42.9 peratus, manakala Melayu 40.7 peratus. Ini berbanding pada 2009, orang Melayu menjadi kumpulan terbesar iaitu 42.4 peratus, manakala kaum Cina (40.9 peratus).

    ReplyDelete
  6. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Bekas Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dr Mohammad Fairus Khairuddin (kanan) yang membuat pendedahan berkenaan mendakwa hasil kajian itu membuktikan Bumiputera Pulau Pinang dipinggirkan secara halus oleh kerajaan negeri pimpinan DAP.

    ReplyDelete
  7. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Mohammad Fairus yang pernah berkhidmat selama dua tahun di bawah pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng juga mendakwa tahu rancangan dan strategi disusun kerajaan negeri itu dalam melaksanakan dasar peminggiran Melayu di Pulau Pinang.

    ReplyDelete
  8. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    “Nasib Melayu Islam di Pulau Pinang semakin kritikal. Statistik terbaru mendedahkan ramai orang Melayu membawa diri ke negeri lain kerana tidak mampu menampung kos kehidupan yang semakin tinggi. “Rakan-rakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) sering bertanya kepada Guan Eng, selepas empat tahun memerintah Pulau Pinang, mana projek perumahan rakyat miskin dan golongan marhaen?

    ReplyDelete
  9. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    “Tidak ada satu pun projek perumahan untuk bela nasib rakyat miskin. Malah, di Balik Pulau (kawasan majoriti Melayu) dibangunkan projek mewah yang harga rumahnya bermula RM500,000 ke atas. Apa erti semua ini?

    ReplyDelete
  10. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Beliau juga mendakwa Guan Eng dan pemimpin DAP apabila berdepan orang Melayu cakap manis tetapi di belakang memburukkan Melayu, tanpa mengetahui beliau memahami bahasa Mandarin yang mereka tuturkan.

    “Saya tahu rahsia dan rancangan mereka,” katanya.

    ReplyDelete
  11. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Kajian Pusat Penyelidikan Sosio Ekonomi Pulau Pinang (PReCISE) yang dikeluarkan Oktober lalu juga menunjukkan purata harga rumah melebihi RM500,000 seunit di negeri itu dikenal pasti antara faktor ramai orang Melayu berhijrah ke kawasan luar bandar dan negeri jiran sejak 2010.

    ReplyDelete
  12. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Kajian itu mendapati purata harga rumah di Pulau Pinang pada 2011 melonjak kepada RM540,000 seunit, iaitu lapan kali lebih tinggi daripada purata pendapatan tahunan isi rumah, iaitu RM67,500.

    ReplyDelete
  13. Nasib Melayu Pulau Pinang: Kajian dapati dalam tempoh setahun penduduk Melayu susut kepada 636,146 pada 2010

    Malah, purata harga rumah itu adalah kira-kira 27 peratus lebih tinggi berbanding Kuala Lumpur, iaitu RM390,000 seunit.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.