Monday, January 7, 2013

Lajim akui BN bawa pembangunan

Oleh: Borneo Bullet

Nampaknya cubaan Lajim untuk menonjolkan dirinya sebagai "winnable candidate" sekali lagi menemui jalan mati. Lebih malang lagi apabila Lajim terpaksa "angkat bakul" sendiri selepas popularitinya sudah dibakul-sampahkan oleh rakyat Sabah yang muak dengan perjuangan palsu beliau.

Walau macam mana cara sekalipun Lajim cuba mengangkat dirinya sebagai pejuang tulin Sabah dengan harapan agar diberikan peluang sekali lagi oleh rakyat, saya tidak yakin bahawa usaha Lajim itu akan membuahkan hasil selepas pengabaian demi pengabaian dilakukan beliau terhadap penduduk kurang bernasib baik di Beaufort.

Sebelum ini (sebaik Lajim meninggalkan UMNO), berbelit-belit lidah beliau menafikan bahawa kerajaan BN berjaya membawa pembangunan di negeri ini, berbelit-belit juga lidah Lajim Ukin menuduh kerajaan tidak menyalurkan peruntukkan kepada kawasannya (Beaufort) sehingga banyak kemudahan prasarananya gagal dinaik-taraf.

Namun, ketika Lajim Ukin cuba menonjolkan dirinya benar-benar memberikan sumbangan kepada penduduk Beaufort, agaknya beliau telah terlebih belit sehingga tanpa sedar beliau terbelit leher sendiri. Ikuti pendedahan seterusnya dari blogger Suara Rakyat seperti dibawah;
"PADA Jumaat Datuk Lajim Ukin mengadakan sidang medianya di Pejabat PPS Putatan kononya untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang mempersoalkan pencapaian beliau selama 26 tahun sebagai wakil rakyat dan anggota kabinet baik negeri mahupun persekutuan.

Dalam sidang media itu, Lajim menguraikan pencapaiannya sepanjang menjadi menteri di Peringkat negeri termasuk Timbalan Ketua Menteri Sabah dan pencapaiannya sebagai Timbalan Menteri di Peringkat Persekutuan.

Melalui uraian itu, Lajim tidak sedar bahawa semua kenyataannya terkini sejak keluar daripada Bn pada 29 Julai 2012 menunjukkan bahawa kerajaan Bn benar-benar peka terhadap keperluan rakyat.

Lajim dengan bangga menyatakan bahawa pembangunan infrastrutur di kawasan yang diwakilinya Beaufort dan Klias lebih 80 peratus telah diupgrade, ertinya jalan-jalan di kawasan itu telah diaspal.

Lajim juga dengan bangganya memberi tahu, bahawa Yayasan Usaha Maju adalah ideanya, dan melalui agensi itu, ramailah penduduk luar bandar menikmati perkidmatan agensi itu.

MP Beaufort itu juga bangga memberitahu bahawa pembinaan Wisma Pertanian di mana semua agensi kementerian Pertanian dan Kementerian itu beribu pejabat dapat dibangun semasa beliau menjadi Menteri Pertanian negeri.

Selain itu, Lajim juga mengakui bahawa beliau pernah membantu MP Kota Belud untuk mendapatkan dana projek pembinaan sebatang jalan di kampung Bobot Kota Belud dengan nilai RM300,000.00.

Juga, Lajim dengan bangganya mengakui bahawa Program Jelapang Padi di Kota Belud adalah ideanya, sedangkan program itu telah lama dicadangkan sebelumpun Lajim menjadi wakil rakyat.

Melalui kenyataan Lajim pada sidang akhbar itu, telah menemplak dirinya yang menghambur berbagai dakwaan kononnya kerajaan Bn tidak membawa pembangunan kepada rakyat Sabah.

Lajim kini dalam keadaan bercelaru, sehingga tidak tahu apa yang diperjuangkannya. Namun, yang jelas, beliau mabuk pangkat dan jawatan. Kerana beliau mengimpikan jawatan Ketua Menteri sama dengan Anwar ibrahim mengimpikan jawatan Perdana Menteri. Malangnya, impian mereka berdua ini tinggal impian."

44 comments:

  1. MUNGKIN Lajim ada sumbangan pada suku sakatnya di kawasannya; tetapi bukan kepada keseluruhan rakyat di kawasan yang diwakilinya 26 tahun lalu.

    ReplyDelete
  2. Di kawasannyapun beliau tidak mempunyai sumbangan yang ketara, apatah lagi di kawasan-kawasan lain.

    ReplyDelete
  3. Lajim pernah menjadi menteri kabinet negeri pada beberapa kementerian, antaranya Kementerian Pertanian dan perumahan. Cuba tanya rakyat apa sumbangan Lajim?

    ReplyDelete
  4. Semasa ditampuk kuasapun tidak mampu memberi sumbangan, kini pula menyenaraikan perjuangannya melalui PPS dengan menggariskan berbagai janji. Rupanya beliau baru terbangun dari tidur yang amat lena sepanjang lebih 26 tahun sebagai wakil rakyat.

    ReplyDelete
  5. Padan muka Anwar, kerana kerja pembohongannya kepada rakyat kini berbalas dan terpaksa menerima lakonan Lajim; kononnya MP Beaufort itu mampu menggalas sokongan rakyat Sabah merealisasikan impiannya ke Putrajaya.

    ReplyDelete
  6. Anwar lupa, bahawa Lajim sudah mula ditolak oleh sebahagian besar pengundi yang diwakilinya, atas sebab itu semasa Lajim dalam barisan nasional, bukan cerita rahsia lagi di kalangan pengundi, bahawa beliau bukan winnable candidate bagi Bn; atas sebab Lajim mahu juga memaksa menjadi calon, maka beliau tiada pilihan, melainkan keluar daripada Bn.

    ReplyDelete
  7. Anwar mengumumkan bahawa calon pembangkang bagi parlimen Beaufort dan Dun Klias adalah Lajim Ukin. Lajim akhirnya jadi calon juga pada PRU-13, tidak kiralah menang atau kalah, janji jadi calon.

    ReplyDelete
  8. Nafsu besar Lajim, biasalah dalam permainan politik bohong, kalaupun cacat tetap mengaku sihat, kalaupun tiada kemampuan, tetap mengaku berkemampuan, kerana dalam politik bohong, yang berbicara adalah isi bakul sendiri dan kemudian angkat sendiri.

    ReplyDelete
  9. Dalam paparan Lajim melalui PPS yang dilancarkan semalam, ketara sangat, bahawa apa yang dicakapnya sungguh mengarut. Beliau fikir, zaman ini zaman kuda gigit besi lagi, beliau lupa bahawa zaman sekarang adalah zaman IT dan zaman kebijaksanaan.

    ReplyDelete
  10. malas nak ulas janji-janji Lajim memlalui PPSnya, kerana tiada unsur ilmupun, tiada unsur ekonomik dan tiada pengajaran yang mampu diperolehi.

    ReplyDelete
  11. Hanya mereka yang buta hati, buta akal, buta mata dan tiada pelajaran yang boleh tertarik apa yang dicakap Lajim. Selagi rakyat bukan tergolong dalam kategori ini, adalah pasti mentertawakan apa yang Lajim katakan.

    ReplyDelete
  12. Sebenarnya para pemimpin dalam pembangkang mengetahui kedalaman ilmu dan kemampuan Lajim, apakan daya, tiada manusia lagi menjadi pilihan sestandard Lajim. Jadi, tanya diri sendiri bagaimana kualiti para pemimpin pembangkang.

    ReplyDelete
  13. Tindakan Lajim keluar BN adalah kerana percaya yang jawatan Ketua Menteri sepatutnya menjadi miliknya.Cita-cita Lajim ini telah menjadi rahsia umum di Sabah.

    ReplyDelete
  14. Malah, antara syarat beliau untuk kekal di dalam BN ialah jawatan Ketua Menteri atau Yang DiPertuan Negeri.Namun,malang bagi beliau kerana BN tidak melayan mana-mana pemimpin yang gila kuasa dan cuba ‘tawar-menawar’ harga dirinya untuk dijual beli.

    ReplyDelete
  15. Justeru,Lajim tidak punya pilihan selain keluar BN dan menyertai PR. Syarat yang sama juga telah disuarakan oleh Lajim kepada Anwar dan difahamkan Anwar pun memberi jawapan politik yang ‘standard’ juga kepadanya.

    ReplyDelete
  16. Jika jawatan tersebut sahaja tuntutan Lajim, mungkin tidak begitu memeningkan Anwar,walaupun beliau punya calonnya sendiri untuk jawatan tersebut.

    ReplyDelete
  17. Yang memeningkan Anwar ialah apabila Lajim membangkitkan faktor Sabah dan Sarawak sebagai deposit bagi PR dan menuntut agar Anwar memberi pengiktirafan yang setimpal kepada negeri itu dengan melantik dirinya sebagai Timbalan Perdana Menteri sekiranya PR berjaya memenangi PRU nanti.

    ReplyDelete
  18. Tuntutan Lajim ini bagi Anwar adalah keterlaluan apatah lagi apabila Anwar telah mengenalpasti personaliti lain bagi jawatan tersebut sekiranya faktor Sabah dan Sarawak wajib diambil-kira.Antara individu yang mendapat kepercayaan Anwar ialah juga pemimpin veteran,iaitu Jeffrey Kitingan,Parti Reformasi Negeri (STAR).

    ReplyDelete
  19. Sebelum ini Jeffrey telah membuat kenyataan bahawa partinya adalah berdiri dengan sendirinya sebagai pembangkang Sabah tetapi akan bekerjasama dengan PR menentang BN dalam PRU akan datang.

    ReplyDelete
  20. Jeffrey pernah menjadi Pengerusi PKR Negeri dan pernah dilantik jawatan kanan sebagai Naib Presiden. Tetapi titik tolak Jeffrey meninggalkan PKR ialah isu pemilihan calon-calon dalam PRU 2008. Pengerusi Perhubungan Sabah yang baru telah tidak memilih calon-calon pilihan yang dicadangkan Dr Jeffrey.

    ReplyDelete
  21. Ekoran rasa tidak puas hati Jeffrey menubuhkan Pakatan Bebas atau Independent Front, menaja calon-calonnya pilihannya sebagai calon Bebas.Bagaimanapun semua calon itu kalah termasuk Jeffrey sendiri yang bertanding atas tiket PKR.

    ReplyDelete
  22. Jeffrey kemudiannya menubuhkan UBF (United Borneo Front) di mana beberapa pemimpin yang gagal dalam pemilihan ketua cabang PKR termasuk penyokong peribadinya turut meninggalkan PKR dan menyertai NGO baru itu. Walaubagaimanapun, sumber dalaman memberitahu bahawa Jeffrey yang telah menunjukkan sikap ‘survivor’ dalam politik yang mana begitu menarik perhatian Anwar.

    ReplyDelete
  23. Jeffrey juga difahamkan telah memahami ‘isyarat-isyarat’ Anwar.Namun,kemunculan personaliti seperti Lajim Ukin yang ghairah mencari dan merebut kuasa telah mengganggu perancangan Anwar di Sabah.

    ReplyDelete
  24. TERSEBUTLAH kisah berkaitan Datuk Lajim Ukin yang terkenal sebagai "Raya Katak" yang pandai melompat. Pada masa sekarang terserlahlah sudah pendirian politik yang di bawanya. Suatu ketika dahulu rakyat Sabah dan seluruh Malaysia masih tertanya-tanya apa pendirian sebenar Lajim dalam soal politik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya kegiatan bawah tanah Lajim sudah lama bermula iaitu sejak Oktober 2011 lagi. Pada ketika itu Lajim dikhabarkan akan memimpin Sabah People Front Party (SPFP). Walau bagaimanapun, rancang punya rancang, akhirnya dia beralih arah menyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR).

      Delete
    2. Dalam jangka masa tersebut lah dia bermain dengan taktik kotornya itu. Ceramah sana-sini mengutuk kepimpinan dengan bahasa kiasan. Pada masa sekarang, apa yang ketara ialah Lajim telah memimpin gerakan baru yang dinamakan 'Pakatan Perubahan Sabah' (PPS).

      Delete
  25. Lajim sebenarnya bukan tidak berpuas dengan apa yang berlaku di Sabah ini. Lajim sebenarnya ada agenda peribadi yang perlu dipenuhi. Berikut adalah bukti agenda peribadi yang perlu dipenuhinya:

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1. GILAKAN KUASA : Lajim mahu Datuk Musa Aman meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sabah dan sekaligus sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah. Lajim merancang mahu menjadi Ketua Menteri kerana beranggapan beliau adalah pemimpin yang paling berjasa di Sabah.

      Delete
    2. 2. 'JEALOUS' DAN DENGKI : Lajim tidak mahu Datuk Hajah Azizah terus dikekalkan dalam politik Beaufort dan tidak mahu dicalonkan sebagai YB dalam PRU-13. Bagi Lajim, Azizah merupakan 'seteru' politiknya dan tidak mahu Azizah diagung-agungkan di Beaufort.

      Delete
    3. 3. GILAKAN KEKAYAAN : Dalam ucapan Lajim "berbohong" pada pengundi di Beaufort dengan mengatakan bahawa dia tidak berbangga dengan gaji dan elaun puluhan ribu yang diterimanya sebulan dalam BN sedangkan pengundi dan rakyat Sabah 'kelaparan'.

      Delete
  26. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  27. Nahhhh.....nampak kan??? Itulah tujuan sebenar Lajim tu. GILAKAN KUASA!!!!! Sebagai rakyat Sabah, kita semua harus menilai perjuangannya.

    ReplyDelete
  28. Lajim bukanlah ikhlas berjuang untuk negeri Sabah. Kalaulah Lajim ikhlas berjuang untuk negeri Sabah, kenapa Lajim tidak 'join' sahaja dengan Yong Teck Lee dan Dr. Jeffrey Kitingan???

    ReplyDelete
  29. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

    DATUK LAJIM UKIN yang terkenal sebagai "Raja Katak" telah menukarkan wataknya sekali lagi. Kali ini Lajim telah bertukar menjadi "Ayam" yang boleh melompat, berkokok, mencakar, berak di mana-mana sahaja, dan terbang....malangnya terbang rendah sahaja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Walau bagaimanapun, title "Ayam" yang dibawa Lajim kali ini berbeza sedikit daripada ayam sebenar. Lajim boleh dicopkan sebagai "Ayam Tua Reject" yang ingin mendapat perhatian dalam gelanggang bahawa dialah "Ayam Sabung" yang masih kuat untuk bersabung di gelanggang politik.

      Delete
    2. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Dalam usaha untuk mengiktiraf bahawa dia adalah "Ayam Sabung" yang masih kuat dan masih diminati oleh rakyat kononnya....pelbagai usaha telah dibuatnya. Ini termasuklah dengan mengapi-apikan rakyat supaya menyokong perjuangannya, menuduh kerajaan menzaliminya, membanggakan diri bahawa dia telah membawa pembangunan pesat di Beaufort, mengisytiharkan dirinya sebagai pembela masyarakat bisaya dan sebagainya.

      Delete
    3. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Baru-baru ini Lajim telah melepaskan jawatannya sebagai MT UMNO, Pengerusi BN Beaufort dan jawatan dalam kerajaan. Walau bagaimanapun dia masih mengisytiharkan dirinya sebagai ahli UMNO. Lajim tidak melepaskan keahliannya kerana dia mau mencabar tauke supaya memecatnya. Apabila dipecat, dia akan meminta simpati dari orang ramai bahawa kerajaan menzaliminya.

      Delete
    4. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Wahhhhhh.....hebat betul mainan Lajim ini. Entah2 dia sudah mendapat "pukulan" dari "Raja Liwat" Anwar Ibrahim tak? Hisssss......hrp2 jangan la dia bukan salah seorang lagi mangsa aksi L***T Anwar tu yang terbaru. Palis-Palis cakap orang Sabah ni.

      Delete
    5. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Merujuk kepada title "Ayam Tua Reject" yang dimiliki oleh Lajim itu, dia merasakan bahawa dia layak untuk menjadi Ketua Menteri Sabah seperti yang dijanjikan oleh Anwar Ibrahim.....tetapi sebenarnya Lajim telah masuk perangkap musang Anwar Ibrahim. Macam-macam usaha telah dilakukan oleh Lajim demi mencapai cita-citanya itu untuk menjadi Ketua Menteri Sabah termasuk melawan Datuk Musa Aman.

      Delete
    6. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Walau bagaimanapun, Lajim tidak menyedari bahawa kalau sudah di"reject" umpama "Ayam Tua Reject", sepatutnya dia harus sedar bahawa khidmatnya tidak diperlukan lagi dalam kerajaan. Kenapa dia di "reject"??? Sebab Lajim telah dikesan mempunyai unsur-unsur kesepakatan dengan Anwar Ibrahim untuk menawan dan menghancurkan Sabah dengan agenda politik peribadi.

      Delete
    7. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Dalam masa yang sama juga, sebagai seorang veteran dalam politik, sepatutnya Lajim harus memberi laluan dengan pelapis baru dalam politik. Tetapi malangnya masih juga mahu bersabung dan ingin menunjukkan kekuasaannya. Aiyaaaa........patutla title "Ayam Tua Reject" tu sinonim dengan Lajim.

      Delete
    8. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Duit yang dimiliki oleh Lajim sudah banyak sampai berjuta-juta, tetapi malangnya dia pulak bertindak untuk melawan tauke dengan menggunakan duit tersebut dan menjadikan rakyat Sabah diperbodohkan. Lajim menganggap bahawa seluruh rakyat Sabah menyokong perjuangannya, maka dengan itu lah juga dia menubuhkan "Parti Baru" iaitu Pakatan Perubahan Sabah (PPS) kunu.....tetapi PPS tu sebenarnya merujuk kepada "Parasit Perosak Sabah" (PPS).

      Delete
    9. Lajim: "Ayam Tua Reject" Yang Termasuk Ke Perangkap Musang Anwar

      Jangan lah masyarakat bisaya Beaufort taksub dengan perjuangan Lajim itu kerana ia akan memudaratkan kawasan Beaufort. PEACE!!!!

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.