Saturday, January 19, 2013

Lebih 100 Artis, Penggiat Seni Sabah Sokong BN

KOTA KINABALU, 19 Jan - Lebih 100 artis tempatan yang mewakili enam persatuan artis dan penggiat seni Sabah pada Sabtu menyatakan tanda sokongan terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Persatuan artis berkenaan adalah Persatuan Rumpun Artis Sabah (PARAS), Kelab Artis 1Malaysia (KA1M), Persatuan Artis Tempatan Sabah (PERTISA), Persatuan Usahawan Industri Muzik dan Perfileman Sabah (PERINTIS), Sabah Creative Industry Group Movement (SCGIM) dan Persatuan Industri Kreatif Filem dan Muzik.

Presiden PARAS Abu Bakar Ellah yang dilantik pengerusi Sekretariat Artis Sabah sebagai badan antara artis dan kerajaan, akan turut sama membantu melaksanakan agenda pembangunan kesenian dan kemasyarakatan.

Beliau berkata sebagai pertubuhan yang menghimpunkan barisan artis dan penggiat seni tanah air, sekretariat itu akan berusaha membabitkan penyertaan seberapa ramai penggiat seni dan artis dalam pelbagai program bersama pemimpin dan masyarakat.

"Kami akan merangka jawatankuasa bagi membentuk ruang dan cara untuk terlibat secara langsung membantu kerajaan dalam pilihan raya umum. Kita akan mencari ruang mendekati masyarakat secara lebih santai dan mudah diterima," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis khas bersama Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini. Bernama

Kerajaan Negeri Hargai Penglibatan Artis, Penggiat Seni Sabah - Musa Aman

KOTA KINABALU, 19 Jan - Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata kerajaan negeri amat menghargai kerjasama dan penglibatan para artis serta penggiat seni tempatan bagi membangunkan negeri ini.

Beliau berkata penglibatan dan komitmen mereka amat penting kerana sentiasa menjadi contoh ikutan di kalangan generasi muda pada masa ini.

"Artis dan penggiat seni berpotensi berjaya dalam bidang masing-masing dan mereka adalah contoh terbaik kepada orang muda, mampu memberi galakan dan ikutan kepada generasi itu," katanya ketika berucap pada majlis khas bersama penggiat seni dan artis Sabah di kediaman rasmi Ketua Menteri di Sri Gaya di sini, Sabtu. Bernama

16 comments:

  1. ini akan menggalakkan lebih ramai menyokong BN.

    ReplyDelete
  2. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

    Seorang penduduk di Kampung Air yang terlibat dalam satu kebakaran kira-kira 11 tahun lepas merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) terutama Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW), Datuk Seri Mohd Shafie Afdal diatas keprihatinannya membantu rakyat menerusi pelaksanaan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

      Awang Damit Amat memberitahu sebahagian besar mangsa-mangsa kebakaran kini telah pun mempunyai rumah PPRT yang bukan sahaja memberi keselesaan kepada penghuni malah menambah keyakinan mereka terhadap kerajaan BN dibawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

      Delete
    2. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

      Beliau berkata, keprihatinan pihak kerajaan ini membuktikan bahawa komitmen membantu rakyat tidak pernah putus sekali gus membolehkan rakyat terutama golongan yang amat memerlukan untuk merasai nikmat pembangunan.

      Delete
  3. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

    Katanya, kerajaan terbukti tidak berjanji kosong apabila pembinaan rumah-rumah PPRT akhirnya menjadi kenyataan dengan setiap mangsa kebakaran di kampung berkenaan pasti mendapat bantuan biarpun secara berperingkat-peringkat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

      Serentak itu, Awang Damit, 54, menasihatkan rakyat terutama pengundi-pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Karamunting agar memberi sokongan padu terhadap kerajaan BN.

      Delete
    2. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

      Ini katanya, tiada parti melainkan BN sahaja mampu membawa perubahan dari segi pembangunan dan kestabilan politik ketika negara mencapai sebuah negara maju menjelang Wawasan 2020.

      Delete
  4. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

    Tambah beliau, rakyat tidak sepatutnya terpengaruh dengan apa jua dakyah yang cuba dilemparkan kumpulan pembangkang memandangkan ianya tidak boleh dipercayai hanya bertujuan untuk kepentingan agenda politik sempit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

      Beliau menegaskan jika dibandingkan dengan kerajaan BN amat jauh sekali kerana kerajaan hari ini benar-benar bertanggungjawab apatah lagi sesuatu bentuk pembangunan dirasai semua kaum.

      Delete
    2. BUKTI RAKYAT SABAH TETAP MEMBERIKAN SOKONGAN KEPADA KERAJAAN BN

      “Saya mengambil contoh pembinaan rumah-rumah PPRT untuk para mangsa kebakaran di Kampung Air ini, ia adalah satu janji pilihan raya, tetapi hari ini kita dapat menyaksikan sendiri kepimpinan BN berjaya mengotakan janji mereka.

      Delete
  5. Menteri Pembangunan Perindustrian Negeri, Datuk Raymond Tan Shu Kiah, berkata konsep pemerintahan parti Barisan Nasional (BN) adalah paling terbaik kerana keprihatinannya dalam memastikan rakyat terus terbela.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menurut beliau, biarpun rakyat terdiri daripada pelbagai lapisan tetapi pimpinan BN akan sentiasa berusaha terutama dalam aspek pendidikan apabila bermacam bentuk inisiatif dan bantuan disediakan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang menjelang Wawasan 2020.

      Delete
    2. Beliau berkata, usaha secara berterusan itu turut membuktikan bahawa amalan yang telah lama dilakukan menjadi petanda betapa prihatin kerajaan hari sentiasa memastikan kebajikan rakyat tidak pernah dilupakan.

      Delete
  6. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata Barisan Nasional (BN) akan menang dan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata rakyat di negeri Sabah perlu memberi kemenangan kepada BN dengan majoriti yang lebih besar.

      Delete
    2. Pairin berkata dengan peningkatan prestasi BN di semenanjung dan keyakinan kepada penambahan kerusi rakyat perlu bersatu padu dan berada di tahap yang tinggi memberi kepercayaan dan mandat kepada BN.

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.