Saturday, January 5, 2013

Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

Oleh: Borneo Bullet
"PKR today dismissed any notion that Sabah and Sarawak people were against peninsula-based parties from contesting in the states.

Speaking at a press conference at the party headquarters here, PKR supremo Anwar Ibrahim said that the people of Sabah and Sarawak wanted good governance and to be rid of corruption. “I travel to the states regularly and the so-called anti-peninsula sentiment is not getting support from the locals." - Sabahkini
Rakyat Sabah dan Sarawak tidak menentang mana-mana parti dari Semenanjung, malahan rakyat di kedua-dua negeri ini mengalu-alukan kehadiran mana-mana parti yang diyakini mampu membawa perubahan atau pembaharuan kepada negeri mereka. Lihat saja bagaimana UMNO mampu bertahan lama di negeri Sabah, dan sentiasa mendapat sokongan kuat dari rakyat sekalipun pemimpin-pemimpin pembangkang tanpa rasa jemu menjaja pembohongan di seluruh pelusuk negeri ini.

Pasti ramai dikalangan rakyat Sabah yang kurang bersetuju bila Anwar cuba menggambarkan bahawa parti beliau mampu merealisasikan satu sistem urus tadbir negeri yang baik, cekap dan bersih dari sebarang bentuk rasuah kepada rakyat di negeri ini ketika negeri-negeri yang sedang dijajah oleh Pakatan Rakyat tidak pernah sunyi dari skandal rasuah, kronism, nepotism dan penyalahgunaan kuasa.

Pentadbiran kerajaan BN Sabah hari ini sudah cukup baik, malah lebih baik dari pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang.

Setiap tahun laporan Ketua Audit Negara menunjukkan kedua-dua negeri iaitu Sabah dan Sarawak sering membawa prestasi yang baik dalam pengurusan kewangan dan polisi-polisi fiskalnya.

Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

Jesteru, jika urus tadbir kerajaan BN Sabah dan Sarawak tidak cukup baik, dan jika pemimpin-pemimpin kerajaan BN Sabah dan Sarawak terlalu buas rasuahnya, bagaimana negeri-negeri maju yang sedang diurus tadbir oleh Pakatan Rakyat boleh ketinggalan dibelakang kedua-dua negeri borneo ini?

Tidak perlulah Anwar bersusah payah mengembara di seluruh pelusuk Sabah dan Sarawak semata-mata mahu menasihatkan rakyat di kedua-dua negeri ini supaya memberikan beliau peluang untuk menduduki kerusi empuk Perdana Menteri. Biarlah rakyat saja yang nilai hasil "titik peluh" pemimpin-pemimpin Pakatan di empat buah negeri selama 4 tahun.

Jika Anwar mempunyai banyak masa berkempen sambil memburuk-burukkan kerajaan, kenapa beliau tidak gunakan saja masa itu untuk menjawab semua tuduhan yang dilemparkan kepada beliau dan pemimpin-pemimpin Pakatan yang lain? Dan, jika Anwar mempunyai banyak dana politik yang membolehkan beliau berulang alik ke Sabah dan Sarawak, kenapa tidak gunakan saja dana itu untuk melaksanakan semua janji-janji Pakatan yang masih terbengkalai sehingga hari ini?

20 comments:

  1. BN mentadbir Sabah dgn baik.

    ReplyDelete
  2. BN adalah parti yang 'winnable' atau boleh menang di Sabah, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

    ReplyDelete
  3. Beliau yakin sesiapa yang diketengahkan pucuk pimpinan BN sebagai calon, akan memperoleh kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

    ReplyDelete
  4. "Kita kena ingat dalam pilihan raya yang ke-12 kita hanya kalah satu kerusi parlimen dan satu kerusi Dun (dewan undangan negeri)..jadi 'benchmark' kita tinggi," katanya.

    ReplyDelete
  5. Beliau juga yakin BN akan menang dengan majoriti dua pertiga dan Sabah sebagai 'fixed deposit' akan menjadi penyumbang besar.

    ReplyDelete
  6. Salleh berkata, pendekatan BN Sabah kini lebih kepada memberi penjelasan kepada rakyat agar tidak keliru dengan tohmahan dan fitnah yang dilontar parti lawan.

    ReplyDelete
  7. Beliau berharap semua pemimpin BN merapatkan perpaduan dan bukan sekadar "turun padang" tetapi "mengurus padang" iaitu menyelesaikan masalah rakyat.

    "Kalau kita tidak dapat selesaikan kita perlu jelaskan kenapa ia perlu masa untuk diselesaikan dan apa yang penting kita jangan bohong rakyat," katanya.

    ReplyDelete
  8. "Sokong siapa sahaja yang dicalon oleh parti dan kerja kuat untuk kemenangan parti.

    "Walaupun pada pilihan raya umum yang lepas saya tidak dipilih namun saya masih setia kepada Umno dan BN," katanya.

    ReplyDelete
  9. Betul..Tidak dinafikan lagi yang mana kerajaan BN telah pun memberikan ynag terbaik kepada Sabah.

    ReplyDelete
  10. Sehinggakan Lajim sendiri juga yang mengatakan perkara sedemikian. Ini bermakna kerajaan sudah berjaya menawan hati rakyat.

    ReplyDelete
  11. Apa yang kita dengar daripada pihak pembangkang semua itu cuma permainan politik mereka semata-mata.

    ReplyDelete
  12. Ingin menjatuhkan kerajaan BN dengan pelbagai tipu muslihat untuk kepentingan mereka mendapat sokongan.

    ReplyDelete
  13. Apa pun yang pentinga rakyat tahu pembangkang hanya mahu mencari sokongan untuk mereka sendiri. Jadi rakyat perlulah memikirkan dua dan banyak kali untuk memilih pembangkang.

    ReplyDelete
  14. Mengurus pulau Borneo, yang mana saiznya seluas Scotland yang hampir tiga suku adalah kawasan luar bandar dan kaya dengan sumber semulajadi, merupakan satu tugas yang sukar. Sabah dibahagikan kepada 33 daerah dengan saiz geografinya berbeza untuk memudahkan pentadbirannya. Daerah terbesar Sabah seluas 10,000 kilometer persegi ialah Tongod di timur Sabah, lebih besar dari negeri terkaya iaitu Selangor.

    ReplyDelete
  15. Fakta ini sepatutnya cukup untuk memberikan gambaran bahawa Datuk Musa Aman sedang memikul tangungjawab berlipat kali ganda dari Ketua Menteri bagi negeri-negeri di Semenanjung.

    ReplyDelete
  16. Dalam kata lain, Datuk Musa Aman sedang mengurus tadbir sebuah kawasan yang sepatutnya layak diurus tadbir oleh lima atau lebih Ketua Menteri.

    ReplyDelete
  17. Walau bagaimanapun, keluasan negeri Sabah bukan menjadi penghalang kepada Datuk Musa Aman untuk membuktikan kemampuan beliau dalam memajukan negeri ini. Buktinya, rezab kewangan Kerajaan Sabah telah berjaya dilonjakkan kepada lebih RM4 bilion sehingga mendorong Ketua Audit Negara untuk mengiktiraf pengurusan kewangan Sabah sebagai antara yang terbaik di Malaysia.

    ReplyDelete
  18. Selain itu, kerajaan negeri pimpinan Datuk Musa Aman juga berjaya menarik ramai pelancong dan pelabur yang akhirnya mendorong kepada pelaksanaan pelbagai projek-projek pembangunan di negeri ini.

    ReplyDelete
  19. Mungkin disebabkan reputasi cemerlang Datuk Musa Aman, ramai pihak terutamanya pemimpin-pemimpin pembangkang cuba untuk menjatuhkan beliau dengan apa jua cara, sekalipun terpaksa bersekongkol dengan orang luar yang berpotensi menjahanamkan ekonomi negeri Sabah.

    ReplyDelete
  20. Pada pandangan saya, reputasi cemerlang Datuk Musa Aman ini akan membantu beliau memecahkan rekod pemerintahan paling lama di negeri ini.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.