SABAK BERNAM: Selepas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua mendakwa insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah sebagai 'sandiwara', malam tadi seorang lagi pemimpin pembangkang tampil dengan mengatakan krisis yang telah mengorbankan wira negara itu adalah ‘wayang’ yang dimainkan oleh Umno-Barisan Nasional (BN).
Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin dalam ucapannya pada ceramah Pakatan Rakyat (PR) di Dataran Sungai Air Tawar, di sini malam tadi, dengan lantang menyatakan bahawa insiden tersebut merupakan ‘wayang’ yang Umno-BN bagi tujuan untuk menakut-nakutkan rakyat di Sabah yang mana katanya akan menjadi ‘senjata makan tuan’ kepada parti pemerintah itu.
“Sekarang ini Lahad Datu sudah hancur..yang mana ini adalah merupakan tanggungjawab kerajaan pusat untuk menjaga keselamatan. “Tapi oleh kerana ada wayang yang dimainkan oleh BN untuk menakut-nakutkan rakyat Sabah, tapi apa yang mereka lakukan ini akan balik makan kepada Umno dan BN,” ujar beliau di dalam ceramahnya.
Katanya lagi, perkara itu tidak akan sama seperti pada tahun 2008 dimana rakyat di Sabah kini sudah mula sedar dan bersedia untuk menolak Umno-BN pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.n - Antarapos
Kalau spesis burung kakak tua bercakap, memang beginilah bunyinya.. dia main bedal saja ikut suka hati dia.. Tian Chua buat bunyi begitu, dia pun tidak mahu ketinggalan buat bunyi sama.. Memang betullah kata Datuk Musa Aman bahawa Lajim Ukin sebenarnya burung kakak tua, bukannya manusia.
Adakan disebabkan insiden pencerobohan ini, maka Lajim Ukin terpaksa lari ke Sabak Bernam menyelamatkan diri?? kemudian bila tiba musim pilihanraya, barulah muka dia muncul di Sabah menghasut rakyat supaya menyokong beliau untuk merampas kerusi ketua menteri Sabah?
Sebagai ahli politik yang beriya-iya mahu merampas kerajaan, sepatutnya Lajim Ukin menggunakan kesempatan ini (insiden pencerobohan) untuk meyakinkan rakyat bahawa beliau layak mendapat sokongan rakyat dengan membuktikan kesungguhan beliau untuk sama-sama mempertahankan kedaulatan negara.
Dalam keadaan gawat seperti ini, kerjasama yang sepatutnya dituntut oleh semua lapisan masyarakat tanpa mengira ideologi politik tidak pula ditunjukkan oleh Lajim Ukin.
Jika benar insiden pencerobohan ini adalah wayang, adakah anggota keselamatan yang telah terkorban itu akan kembali kepangkuan keluarga?? dan jika benar semua ini wayang, kenapa Lajim takut turun ke Kampung Tanduo bagi menghentikan wayang ini?? Dan kenapa perlu Lajim melarikan diri jika semua ini hanya wayang semata-mata?? Lajim sepatutnya menggunakan kewarasan akal fikiran sebelum membuat kenyataan. Jangan kerana terlalu mengidam jawatan Ketua Menteri, maka semua apa yang berlaku hari ini dengan mudah dikatanya wayang umno.
Jika sebelum ini Lajim Ukin boleh membeli surat cinta Anwar berharga RM50 ribu, kenapa kali ini amat sukar bagi beliau menyumbang sedikit kekayaan beliau bagi meringankan beban penduduk yang terjejas di Lahad Datu ekoran insiden pencerobohan tentera Tausug?? atau, mungkin Lajim bolah juga menyumbang kepada keluarga anggota keselamatan yang terkorban.. Mana tanggungjawab beliau sebagai pemimpin masyarakat yang kononnya amat perihatin terhadap nasib rakyat?
Inilah masanya rakyat menilai kesungguhan para pemimpin-pemimpin pembangkang dalam membantu rakyat dan dalam masa yang sama melindungi kedaulatan negara ini. Ketika anggota keselamatan kita bergadai nyawa mempertahankan negara, para pemimpin pembangkang nampaknya masih berselera membohong, memfitnah dan menghina pengorbanan yang dilakukan oleh pewira negara.
Walau apapun situasinya, pembangkang tetap dahulukan kepentingan politik berbanding dengan kedaulatan negara.. Inilah contoh kepimpinan yang selayak-layaknya ditolak oleh rakyat pada PRU13 nanti dan seterusnya..
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.