Sunday, March 3, 2013

Keselamatan dan keamanan Sabah jadi keutamaan kerajaan - Musa Aman


DENGAN perkembangan terbaru di Semporna, saya bersama-sama dengan Menteri Dalam Negeri dan Menteri Pertahanan sedang memantau keadaan semasa di kawasan-kawasan selain daripada Lahad Datu. 

Dari sudut operasi pula, gerakan memantau keadaan semasa diseluruh Sabah sedang dilakukan bersama oleh Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera.

Saya juga telah berhubung dengan Perdana Menteri malam tadi dan Perdana Menteri telah bersetuju kekuatan polis dan tentera dipertingkatkan. 

Perdana Menteri memberi jaminan bahawa keselamatan dan keamanan negeri Sabah sentiasa menjadi keutamaan. 

Saya juga telah berhubung dengan kepimpinan tempatan di kawasan-kawasan tersebut dan saya yakin mereka mampu mengawal sentimen dan mengelakkan khabar-khabar angin yang boleh memudaratkan keadaan. - Sabahkini

Ketika pemimpin-pemimpin kerajaan siang malam memikirkan keselamatan rakyat dan kedaulatan negara, ada pula puak-puak terdesak yang seolah-olah berpesta dengan pelbagai tuduhan liar semata-mata mahu merampas kerajaan pada PRU13 nanti. Inilah beza antara pemimpin BN dan pemimpin pembangkang.. Walaupun pemimpin BN mempunyai banyak peluang mempolitikkan penglibatan pembangkang dalam insiden pencerobohan ini (seperti yang dilaporkan Reuters dan Manila Times), namun pemimpin BN tetap tidak menggunakan cara jijik itu untuk mendapatkan sokongan rakyat.. kerana dalam situasi gawat seperti ini, KESELAMATAN dan KEDAULATAN negara amat penting berbanding dengan agenda mempertahankan kuasa pada pilihanraya umum nanti.

SYABAS kepada Datuk Musa Aman kerana terus memberikan keutamaan kepada isu pencerobohan ini berbanding dengan melayan karenah pembangkang. Bullet sangat yakin, dengan melihat kepada komitmen kerajaan melindungi kedaulatan negara, masalah pencerobohan ini pasti boleh ditangani dengan baik.. Sebaliknya, jika masalah ini diserahkan kepada pembangkang, rasanya rakyat sendiri boleh bayangkan apa akan terjadi setelah menyaksikan sendiri pelbagai demonstrasi dianjurkan pembangkang, ditambah pula dengan kenyataan BODOH Tian Chua yang langsung tidak sensitif kepada rakyat terutamanya kepada keluarga Pewira Negara yang terkorban.

SAMA-SAMALAH KITA DOAKAN KESELAMATAN DAN KEAMANAN NEGARA INI..

SAMA-SAMA JUGA KITA DOAKAN KESELAMATAN PARA PEWIRA KITA YANG HARI INI SEDANG BERKORBAN UNTUK NEGARA..

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.