Thursday, March 21, 2013

Jelapang Padi Kota Belud: Peter Marajin patut salahkan pembangkang

KOTA BELUD : Lima tahun sudah berlalu namun tiada apa yang hebat berlaku kepada "janji-janji dicapati" BN mahu jadikan Kota Belud "jelapang padi" negeri Sabah. Peguam terkenal, Peter Marajin, yang buat masa ini bersama SAPP, membidas pimpinan BN Kota Belud kerana gagal tunaikan janji itu selepas lima tahun lagi berlalu. - Borneo Herald

Punyalah hipokrit pemimpin-pemimpin SAPP.. Dulu mereka juga yang membantah projek jelapang padi di Kota Belud, siap menghasut penduduk kampung supaya membantah projek-projek pembangunan yang hendak dilaksanakan oleh kerajaan di daerah itu. Sekarang, hasil kejayaan mereka membantah projek jelapang padi digunakan pula untuk memburuk-burukkan kerajaan kononnya kerajaan telah gagal melaksanakan janji-janji tersebut.

Rupanya inilah strategi politik SAPP... Semua projek-projek pembangunan kerajaan di Sabah akan dibantah sepenuh hati sehingga projek-projek tersebut gagal sepenuhnya. Kemudian, bila dekat-dekat pilihanraya umum, mulalah mereka persoalkan kenapa janji itu ini tidak dilaksanakan sedangkan merekalah yang lebih dulu membantah setiap kali ada projek kerajaan diumumkan di negeri ini. 

Walaupun strategi politik mereka boleh kita sifatkan sebagai cukup licik dan bijak, namun kegagalan Yong Teck Lee membangunkan negeri ini ketika beliau menduduki kerusi ketua menteri Sabah, ditambah pula dengan kegairahan membuak-buak beliau untuk menduduki semula kerusi itu, membuatkan Bullet rasa sangat meluat dan menyampah. Terlalu jijik untuk Bullet mengagung-agungkan kepimpinan yang pernah diberikan peranan mentadbir negeri ini namun telah gagal melakukan apa yang sepatutnya mereka lakukan pada waktu itu.

Empangan Tambatuon di Kota Belud bukan sahaja untuk menampung kegunaan bekalan air minuman untuk penduduk daerah Kota Belud tetapi juga untuk tujuan pengairan bagi apa yang dicadangkan sebagai "Jelapang Padi Sabah". Sebagai tambahan empangan itu juga bertujuan untuk dijadikan tempat tumpuan pelancong dan juga sumber letrik hydro. Disamping itu empangan itu akan juga menjadi sumber pendapatan kepada penduduk-penduduk Tambatuon kerana pihak berkuasa akan membayar RM500,000.00 setahun kepada penduduk-penduduk Tambatuon sebagai perkongsian keuntungan. Namun di sebalik manfaat-manfaat "mega" ini, pembangkang Sabah tergamak menghasut rakyat supaya membantah projek pembinaan empangan Tambatuon dengan harapan kegagalan projek itu akan dapat dipolitikkan menjelang pilihanraya umum nanti (sebagaimana yang dilakukan oleh Peter Marajin hari ini).

Peter Marajin sepatutnya melihat peranan pembangkang Sabah terutamanya SAPP selama lima tahun ini sebelum membuat kenyataan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional. Bagaimana kerajaan mahu tunjukkan pencapaian mereka, dan bagaimana kerajaan mahu tunjukkan ratusan juta yang dibelanjakan untuk projek "rice bowl" ini jika pembangkang tidak henti-henti menggagalkan projek-projek kerajaan??

Jom layan betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin SAPP yang dulunya beriya-iya mahu projek itu gagal, kini mereka persoalkan pula kenapa projek itu gagal dilaksanakan:

Sapp telah memainkan peranannya dalam membuat bantahan berkaitan cadangan logi tenaga arang batu dan juga akan mengerahkan seluruh tenaga untuk membuat hal yang sama keatas projek Empangan Tambatuon yang dicadangkan di sini. - SAPP 
Liew berkata bahawa bertentangan dengan kenyataan Herbert, empangan ini juga menimbulkan bahaya besar kepada masyarakat di sini hingga ke Usukan dan Tempasuk kerana "musuh hanya akan perlu bom empangan dan semua desa akan dihancurkan". - SAPP 
jika terbenanya empangan itu kelak dan tiba-tiba datang pula banjir besar dengan hujan tidak berhenti-henti selama 40 hari dan 40 malam (saya teringat cerita Nabi Noah pula!) menjadikan empangan 1,000 kaki hingga 2,000 kaki itu pecah. Bayangkan apa yang akan terjadi. Penduduk kampung-kampung di sepanjang tebing Sungai Kadamaian bermula dari Kg. Tambatuon seperti Kg. Lingkubang, Kg. Bundu Paka, Kg. Purakogis, Kg. Malangkap Baru, Kg. Narinang, Kg. Sogoh, Kg. Taginambur, Kg. Ratau, Kg. Tamu Darat, Kg. Gaur, Kg. Rajunah, Kg. Rangalau, Kg. Piasau dan beberapa kampung yang lain akan hanyut ke laut. - SAPP
BADAN bertindak Solidariti Belia Sabah (BERTINDAK) menggesa kerajaan, khususnya Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman membatalkan pembinaan empangan Kg Tambatuon, Kota Belud dan empangan Kg Kaiduan, Papar kerana jika pembangunan yang kerajaan telah rancangkan itu diteruskan juga, dikhuatiri akan menindas rakyat khususnya pemusnahan ekosistem di kawasan terbabit. - Sabahkinimirror 
matlamat sebenar demonstrasi protes secara aman oleh Solidariti Belia Sabah mengesa kerajaan agar lebih serius untuk membatalkan pembinaan Empangan Kaiduan di Papar dan Empangan Tambatuon di Kota Belud berdasarkan kebimbangan rakyat akan berlaku kemusnahan serius terhadap ekosistem di situ secara jangka panjang. - Sabahkinimirror 
Sapp berikrar akan membatalkan tiga projek kontroversi kerajaan persekutuan “apabila mereka berkuasa” di Sabah pada pilihan raya umum akan datang. tiga projek itu adalah – pusat tenaga arang batu di Sinakut, Lahad Datu, dan cadangan membina dua empangan di Kaiduan, Papar dan Kg Tambatuon, Kota Belud. Ketiga-tiga projek berlkenaan disifatkannya sebagai “tidak perlu, kerana tidak memberi manfaat kepada rakyat dan kosnya telah berlipat-ganda.” - Wargamarhaen 
“Pergerakan Pemuda Sapp telah merancang perhimpunan solidariti berhubung tiga isu ini dan jika kerajaan meneruskan projek berkenaan, maka rakyat bersedia membuat bantahan,” kata Yong - Wargamarhaen
Macam-macam andaian dan spekulasi dibuat semata-mata mahu menghalang rakyat dari merasai nikmat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan. Begitulah corak permainan pembangkang Sabah terutamanya SAPP yang semakin terdesak mahu merampas kerajaan selepas menyedari populariti mereka semakin menjunam..

1 comments:

  1. pembangkagn patut sedar mereka punca projek padi KB tergendala

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.