"Many believe that all the unpleasant things happening to Sabah would not have happened if the state had been allowed to remain a sovereign state within the Federation of Malaysia." - Fredoline Edwin Lojingki
“Does the PM have the authority to declare Kudat to Tawau as a “Special Security Area”? If so, under what authority?” Under the Federal Constitution, the Prime Minister has no legislative power, not even in an emergency situation. The power lies with the Yang DiPertuan Agong and Parliament. - Dr Jeffrey Kitingan
“Whereas the State government can only churn out rhetorical statements like “things under control” and “do not listen to rumours”, thousands of local Sabahan villagers around ground zero at Lahad Datu have become war refugees with insufficient food, medical help and shelter." - Datuk Seri Yong Teck Lee
Kenyataan ketiga-tiga pemimpin pembangkang Sabah seperti di atas adalah contoh terbaik bagi menggambarkan kenyataan Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan yang sebelum ini menuduh pemimpin-pemimpin pembangkang seolah-olah berpesta dengan kritikan ketika pemimpin-pemimpin kerajaan, anggota keselamatan dan rakyat Sabah berhadapan dengan situasi kecemasan (insiden pencerobohan di Lahad Datu).
Fredoline Edwin Lojingki cuba menonjolkan dirinya sebagai manusia yang mampu meramal masa depan dengan mengatakan bahawa insiden pencerobohan itu tidak akan berlaku jika Sabah kekal sebagai negeri berdaulat dalam persekutuan Malaysia. Bagaimana pula dengan faktor geografi seperti garis pantai yang luas dan panjang serta kewujudan ribuan pulau-pulau kecil sekitar Sabah?? Fredoline jangan pura-pura lupa bahawa warga asing boleh tiba di Sabah hanya dalam masa kurang dari 30 minit. Malah, dimana insiden pencerobohan itu berlaku juga hanya mengambil masa 20 minit untuk sampai dengan menggunakan bot laju dari negara jiran. Jika Fredoline menduduki kerusi Perdana Menteri atau Ketua Menteri, mampukah beliau mengubah fizikal geografi Sabah??
Ketika seluruh rakyat Sabah mengalu-alukan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas (SSA) sebagai jaminan kepada keselamatan mereka, Jeffrey Kitingan pula cuba membayangkan bahawa penubuhan SSA itu sebagai sesuatu yang salah kerana bukan melalui Yang DiPertuan Agong. Jika Jeffrey yakin bahawa DS Najib telah melakukan kesalahan kerana membelakangkan YDPA dalam membuat keputusan yang bukan dibawah bidang kuasa beliau, kenapa Jeffrey tidak ambil saja tindakan undang-undang? daripada meroyan membuat kenyataan di media, baik beliau bertindak. Nampak sangat Jeffrey sedang ketandusan isu dan terpaksa mempertikaikan apa sahaja yang terlintas difikiran beliau, sekalipun tindakan beliau itu boleh mengguris hati rakyat negeri ini yang amat memerlukan perlindungan dan jaminan keselamatan dari kerajaan.
Dalam setiap kempen STAR, pemimpin-pemimpin mereka tidak pernah lupa untuk melaung-laungkan slogan "Selamatkan Sabah Tanah Airku". Tapi apa makna slogan itu jika gagal diterjemahkan dalam situasi kecemasan seperti hari ini? Sepatutnya, pemimpin-pemimpin STAR bekerjasama dan bersatu hati dengan pemimpin-pemimpin kerajaan BN menentang sebarang cubaan mencabuli kedaulatan negara/negeri ini, bukannya berpesta dengan pelbagai kritikan yang tidak menguntungkan rakyat. Inikah caranya STAR mahu selamatkan Sabah??
Yang Berhormat Datuk Botak Licin Yong Teck Lee juga tidak ketinggalan menyertai pesta sempena meraikan kesibukan pemimpin-pemimpin kerajaan dan pasukan keselamatan dalam menangani insiden pencerobohan di Lahad Datu. Jika benar kenyataan menteri "situasi terkawal" itu adalah retorik, bagaimana Yong Teck Lee dan konco-konconya masih boleh kehulu-kehilir berpolitik? Malah, mungkin Yong Teck Lee tidak akan berada di Sabah hari ini jika situasi benar-benar tidak terkawal.. Jika saranan menteri bahawa jangan mendengar kepada khabar angin juga hanya retorik, bermakna Yong Teck Lee juga bersetuju bahawa Anwar Ibrahim dan Jeffrey Kitingan terlibat dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu.. itukah maksud Yong Teck Lee??
Lagi bikin meluat bila Yong Teck Lee keluarkan kenyataan kononnya penduduk kampung yang terjejas ekoran Ops Daulat yang dilancarkan pasukan keselamatan sedang kekurangan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya. Persoalannya, Yong ada melihat sendiri keadaan penduduk kampung yang terjejas di Felda Sahabat? atau beliau sekadar membuat kenyataan yang bersifat RETORIK? Ada banyak laporan media yang menunjukkan bahawa kerajaan tidak henti-henti menyalurkan bantuan kepada penduduk yang terjejas di Felda Sahabat. Tidak perlu Yong Teck Lee buka mulut mengelirukan rakyat, kerana rakyat sendiri boleh mengikuti laporan-laporan wartawan yang membuat liputan di kawasan itu.
Sedarkah Yong Teck Lee bahawa beliau juga sama ganasnya dengan pengganas bersenjata di Lahad Datu? Dalam hanya masa dua tahun Yong Teck Lee menduduki kerusi ketua menteri Sabah, beliau hampir berjaya membankrapkan negeri Sabah dan hampir memufliskan 50 ribu rakyat Sabah. Malah beliau juga berjaya memusnahkan hutan Sabah dengan meluluskan permit pembalakan kepada 265 syarikat/kroni bagi kawasan hutan seluas 300,000 hektar (5 kali ganda keluasan Singapura)..
Hahaha! Ni lah ni politikus pembangkang transformer jadi BIAWAK=(BODOH/BAHALUL/BADIGOL IDIOT ARMED WITH A KEYBOARD)
ReplyDeletePenemuan baru! POLITIKUS (SAPPi Sama TAIK BINTANG) MUTANT BIAWAK jual pugai pilihan raya! Meow...purrr....
ReplyDeleteTambirang saja lebih ko sana Yong and Jeprey...cuba gia ko bawa sinapang pi Lahad Datu ko kasi counterstrike tu pilak....eksyen saja lebih
ReplyDeleteHAHAHA! SAPPi birak Taik bintang. Amazing bin Magic!
ReplyDeleteSmack all the BIAWAK POLITICUS!
ReplyDeleteIndak payah Steve. Kasi stunner pastu Headlock dia. Baru SMACK DOWN!
DeleteDear SAPPi And taik Star,
ReplyDeleteTiada ini kali la...tiada lain kali la...BAI BAI BAI BABY BAI BAI BAI...BABAIEEEEEEE.....
yang banar,
SAPPi Kana langgar Luri balak
Diam la ko sana Yong. Kau tidak jaga kepentingan kami trus kami lari dari Parti ko. Tiada Maaf bagimu
ReplyDeleteYong teck lee better quit politic and sell yong taufu. Then pay money lost in SAS
ReplyDeletepembangkang2 di Sabah semuanya palui, pasal keselamatan negara pun nak dipolitikkan.
ReplyDelete