Selepas kerajaan berjaya mengurangkan kadar kemiskinan di Sabah daripada 19.7% pada tahun 2009 kepada 8.1% pada tahun lalu, kini menyusul pula Program 1Malaysia 1Harga yang tentunya akan membantu mengurangkan lagi kadar kemiskinan di negeri ini. Rakyat patut bersyukur kerana memiliki kerajaan yang sentiasa mempunyai banyak masa untuk membantu meringankan beban rakyat, daripada membuang masa memfitnah, membohong dan menabur janji kosong di pentas politik sebagaimana rutin harian pembangkang negara ini.
Agaknya apa lagi bahan politik pembangkang selepas ini ketika isu kemiskinan yang selama ini menjadi "senjata" mereka untuk merampas kuasa berjaya ditangani dengan baik dan berkesan oleh kerajaan BN?? Tuduh BN utamakan kroni? Tuduh BN pancing undi? Tidak percaya dengan statistik?... apapun alasan yang dikemukakan, Bullet sarankan cukuplah pembangkang bermain dengan persepsi.. tidak selamanya rakyat boleh dihasut oleh agenda politik pembangkang yang lebih banyak BOHONGnya berbanding dengan yang BENAR.
Jika pembangkang benar-benar mahu melihat rakyat hidup senang, mereka patut menyokong program-program bantuan kerajaan seperti program 1Malaysia 1Harga. Jika sukar sangat mengakui keberkesanan pentadbiran kerajaan BN, sekurang-kurangnya, pembangkang tampil memuji atau menghargai bantuan yang diberikan kerajaan kepada rakyat.. atau pembangkang boleh juga memainkan peranan mereka bagi menjayakan program ini dengan turut serta memantau mana-mana peniaga yang masih berkeras menaikkan harga barangan setelah kos pengangkutan dari Semenanjung ke Sabah diserap sepenuhnya oleh kerajaan.
Teruskan membaca laporan dibawah:
Bermula hari ini (1 Mac), harga barangan keperluan asas di Sarawak, Sabah dan Labuan diseragamkan dengan Semenanjung di bawah program 1Malaysia 1Harga.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata antara barangan keperluan asas yang akan diseragamkan harganya ialah gula, minyak masak dan tepung gandum kegunaan am.
“Selain itu penyeragaman ini akan turut melibatkan 304 produk Kedai Rakyat 1Malaysia (KRIM), 89 produk COOP 1Malaysia, dan 69 produk keluaran Fama.
“Penyeragaman ini berjaya kita lakukan apabila kerajaan menanggung kos penghantaran produk dari Semenanjung ke Sarawak, Sarawak, dan Labuan termasuk penghantaran barangan keperluan ke kawasan luar bandar dan pedalaman menerusi peruntukan sebanyak RM386 juta,” katanya.
“Melalui penyeragaman ini juga, peniaga tiada alasan lagi untuk menaikkan harga barangan keperluan kerana kos penghantaran yang menjadi antara sebab kenaikan harga barang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.
“Untuk memastikan penyeragaman ini berjaya, kita akan buat pemantauan, dan dalam masa sama kita minta orang ramai (pengguna) turut membuat laporan berkaitan harga barangan yang telah diseragamkan itu. Pengguna perlu mainkan peranan dengan beritahu kita, pengguna perlu lindungi diri dan jangan terima saja apa yang berlaku,” katanya.
Menjawab soalan berhubung tindakan yang bakal diambil ke atas peniaga yang gagal menurunkan harga barang keperluan itu, Ismail Sabri berkata tiada akta khusus yang membolehkan tindakan diambil sebaliknya tindakan menyenarai hitam peniaga dan menghentikan pengedaran barang kepada peniaga boleh dilakukan.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata kerajaan akan meneruskan cadangan membina 57 KR1M di Sarawak, Sabah dan Labuan.
“Tahun ini, kerajaan bercadang membina 57 buah KR1M lagi di Sarawak, Sabah dan Labuan. Ketika ini di Sarawak ada empat buah KR1M, tiga buah di Sabah, baki 54 KR1M lagi sedang dalam proses perancangan dan pembangunan,” katanya. - New Sabah Times
It's a good start but that's just 54 to 57 kr1m out of the thousands of retailers in Malaysia. Kalau mahu turunkan/selaraskan harga di semenanjung Dan sabah/sarawak, apakata mansuhkan amalan mewajibkan kapal2 yg membawa barangan import berlabuh di Port Klang (PKFZ) dahulu sebelum ke Sabah/Sarawak.
ReplyDeleteBriar kan kita mengimport langsung drp Jepun, china, Europe, USA, dll. Barulah harga barang samarata.
I'm looking at it from economic point of view, not political.