Tuesday, March 26, 2013

Perlukah sistem penggiliran Ketua Menteri diwujudkan semula?

"BN sabah di terajui oleh 'abang besar' iaitu UNITED MALAY ORGANISATION, telah memerintah Sabah sejak 1994 lagi. Rakyat Sabah masih ingat janji Tun Mahathir. Demi keadilan untuk semua kaum, Ketua Menteri akan digilirkan setiap dua tahun sekali.

Akan tetapi, selepas Tan sri Chong Kah Kiat, jawatan Ketua Menteri ini telah dijadikan milik penuh UNITED MALAY ORGANISATION hingga la ke hari ini. Adakah ini dimaksudkan "JANJI DI TEPATI?" 

Alasan Ketua Menteri secara bergilir ini dilaksanakan akan mengganggu sistem kerajaan, ini satu alasan yang tidak diterima. Apa yang rakyat Sabah ingin lihat ialah setiap kaum di Sabah ada peluang menjadi Ketua Menteri. Had Ketua Menteri hanya untuk dua tahun, adalah cara terbaik untuk mengurangkan penyalah gunaan kuasa oleh Ketua Menteri itu". - Sabahkini

MABUK semacam saja artikel yang ditulis oleh Mohd Daniel Abdullah yang disiarkan di Sabahkini. Ketika seluruh rakyat Sabah sekian lama menolak sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah, dia seakan-akan baru terjaga dari lena atau mungkin terkena "Level 5" sehingga tidak tahu membezakan mana-mana perkara yang relevan untuk negeri Sabah masa kini. Sikap penyokong-penyokong tegar pembangkang sama saja seperti pemimpin idola mereka yang suka sangat melakukan perkara yang bertentangan dengan apa sahaja yang telah dilaksanakan oleh kerajaan walaupun tindakan yang diambil oleh kerajaan itu adalah hasil dari desakan mereka sendiri.

Jika tindakan menghapuskan sistem penggiliran ketua menteri ini salah, bolehkah penyokong-penyokong pembangkang menjawab apakah kemajuan yang berjaya dicapai atau manfaat yang diperoleh oleh rakyat dan negeri Sabah sepanjang sistem penggiliran ini diguna-pakai?

Jelas pada awalnya, ia dilaksanakan untuk mengimbangi kuasa dan menstabilkan keadaan politik Sabah ketika BN memenangi pilihan raya dan menerajui semula kepimpinan negeri pada tahun 1994. Memang tidak dinafikan sistem itu juga mewakili kaum masing-masing di negeri ini dalam penentuan jawatan Ketua Menteri dan sekali gus semua kaum dapat merasainya.

Tetapi, arus sudah berubah. Sistem itu semakin lama dilihat oleh rakyat negeri ini semakin tidak relevan memandangkan kestabilan politik dan perpaduan di negeri ini sudah terbukti kukuh. Jika dicongak kembali, memang benarlah telahan bahawa sistem itu dikatakan tidak lagi mampu menstrukturkan pentadbiran kerajaan negeri dengan lebih licin dan teratur kerana terlalu banyak pertukaran Ketua Menteri.

Sehingga kini, ada enam Ketua Menteri menerajui pentadbiran Sabah dalam masa 9 tahun dibawah sistem penggiliran ketua menteri. Di kalangan mereka, ada yang menjawatnya secara singkat dan ada juga mencukupi tempoh yang ditetapkan dalam sistem berorientasikan kuota mengikut kaum itu. Pastinya rakyat Sabah tidak mahu melihat terlalu ramai yang akan bergelar Ketua Menteri dan bekas Ketua Menteri pada masa akan datang. Mahu tidak mahu semua parti komponen harus mencari satu permuafakatan bagi menyelesaikan masalah itu.

Dibawah sistem lapuk ini juga, Ketua Menteri hanya mempunyai masa yang terhad untuk merancang sesuatu program dan apabila jawatan itu berpindah tangan, program itu mungkin tidak sesuai dengan kemahuan Ketua Menteri seterusnya. Pemimpin yang berbeza pastinya mempunyai pandangan serta dasar yang berbeza untuk dilaksanakan dan ini akan menyebabkan program pembangunan tidak akan berjalan lancar. 

Ini yang perlu difahami oleh penyokong pembangkang seperti Mohd Daniel Abdullah. Jangan hanya kerana tidak sukakan pentadbiran Datuk Musa Aman, maka perkara-perkara yang ditentang oleh rakyat sebelum ini dikatanya "cara terbaik untuk mengurangkan penyalahgunaan kuasa". Di Malaysia ada undang-undang dan ada mahkamah. Jika individu itu salah, buktikan saja kesalahan itu di mahkamah. Jangan jadi seperti kera kena belacan meroyan tak tentu pasal hanya kerana hasratnya mahu melihat idolanya memerintah negeri ini tidak tercapai.


Kalau benarlah sistem penggiliran ketua menteri ini berkesan menghapuskan penyalahgunaan kuasa, Sabah tidak akan merana dibawah pentadbiran Yong Teck Lee.. SAS tidak akan mengalami kerugian teruk, konsesi pembalakan meliputi kawasan seluas 300000 hektar hutan tidak akan diberikan kepada kroni-kroni Yong Teck Lee, tanah perkampungan penduduk kampung tidak akan dirampas dan sebagainya...

16 comments:

  1. LABEL 5, tompinai.....keeehui!

    ReplyDelete
  2. bukankah musa dan semua proksinya membolot semua apa yang ada dibumi, darat, laut, udara atas muka bumi sabah itu. selama 10 tahun habis tanah rakyat dimilik keluargakan... tanah adat di rampas...bukankah begitu?

    ReplyDelete
  3. Saya adalah anak kelahiran negeri Sabah dan saya telah lihat bagaimana sistem penggiliran ini membawa kesan negatif kepada rakyat Sabah bertahun-tahun lamanya.

    ReplyDelete
  4. Semua rakyat Malaysia tahu dan faham negeri Sabah adalah negeri yang berbilang kaum. Di Sabah ada lebih daripada 30 kaum yang mempunyai budaya dan kepercayaan masing-masing.

    Sewaktu pemerintahan Tun Mahathir, jawatan ketua menteri Sabah telah digilirkan untuk tiga kaum utama iaitu Bumiputra Islam, Bumiputra bukan Islam dan Cina. Jawatan tersebut akan disandang dan digilirkan setiap dua tahun.

    ReplyDelete
  5. Banyak kelemahan-kelemahan yang telah dilihat setelah negeri Sabah diperintah oleh ketua menteri yang digilir setiap dua tahun dan sistem ini akhirnya dihapuskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1) Setiap ketua menteri mempunyai cara pentadbiran yang berlainan dan cara pentadbiran mereka hanyalah boleh bertahan untuk dua tahun. Ketika Sabah di bawah sistem penggiliran selama beberapa tahun dahulu, banyak pembangunan telah terbengkalai disebabkan setiap ketua menteri yang mengambil alih giliran tidak menyambung pembangunan yang hanya siap separuh sahaja. Ini adalah satu pembaziran yang serius.

      Delete
    2. 2) Sistem menggilir ketua menteri boleh menyebabkan objektif pembangunan tidak menentu dan tidak bersistematik kerana tanggungjawab ketua menteri hanya untuk dua tahun.

      Delete
    3. 3) Sistem penggiliran ketua menteri adalah tidak adil kerana calon yang dipilih untuk menyandang jawatan ketua menteri bukannya dipilih atau diundi oleh rakyat, tetapi dipilih oleh kerajaan persekutuan.

      Delete
  6. Contohnya boleh dilihat di Sabah di mana sesetengah presiden parti boleh menyandang kerusi ketua menteri sedangkan kerusi partinya kurang daripada kerusi yang cukup untuk membentuk kerajaan negeri.

    ReplyDelete
  7. Jikalau sistem penggiliran ini memang berkesan dan sistematik, mengapakah kerajaan pusat akhirnya menghapuskan sistem ini di Sabah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerana umno yang ingin terus berkuasa disabah.orang sabah diketepikan.

      Delete
  8. Borneo Native tak tahu ke masa sistem ini berakhir penggal UMNO maka Musa melobi habis habisan agar mansuh dan kekalkan dirinya sebagai CM....apa jadi kalau Chong terus jadi CM. nak ke UMNO...sebab nak teruskan kekayaan maka sangguplah lakukan apa sahaja. masa Dollah Badawi tu yang dianggap kuat bolehlah pujuk parti komponen dan dijanjikan jawatan menteri seperti Bernard, PBS (yng dulu pernah keluar) dll. Now Badawi ni apa dah jadi? dia sendiri kena lipat. sikit masa Sabah lagi kena lipat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. LIPAT? The only thing thats gonna LIPAT is the opposition. PR wants a one to one fight with Sabah BN and excluding local oppositions. The two nitwit I'm the local opposition each claiming to be the true fighters of their so-called Borneo agenda. Again:LIPAT? WITH JOKERS THE LIKES OF ANWAR, RAFIZI, TIAN CHUA WITH LAJIM AND BUMBURING SS THEIR LAP DOGS,THE DREAM CHASERS SUCH SS YONG AND GAPARI, it will be an easy win for BN. It is not the case of STEALING CANDY FROM A BABY, BUT RATHER THE BABY IS GIVING THE CANDY. YEAH YOU HEARD ME RIGHT:THE OPPOSITION, STATE AND NATIONAL LEVEL WILL HAND THE MANDATE TO BN. THEIR GREED FOR POWER WILL BE THEIR DOWNFALL.

      Delete
    2. THESE JOKERS BELONGS IN MAHARAJA LAWAK, NOT IN POLITICS

      Delete
  9. macam tulah politik sebaiknya hadkan masa CM tu 2 penggal sahaja.....

    ReplyDelete
  10. sistem penggiliran tak perlulah

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.