"...Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan politik untuk menjamin kekuasaan UBN di Sabah. Hari ini UBN terdesak dan menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama APS mendakwa mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen.
Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen Sabah seperti diuar-uarkan besar kemungkinan kerajaan Sabah pimpinan UBN juga akan tumbang.
Persoalnya kini apakah motif disebalik pengistyharkan 10 kawasan yang diletakan dalam kawasan keselamatan khas itu bermotif politik atau sebaliknya?..." - msomelayu
Pewujudan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) yang diumumkan Perdana Menteri pada 25 Mac lalu adalah satu langkah yang kena pada tempat dan masa bagi menangani pencerobohan pengganas Sulu yang dipercayai didalangi oleh pembangkang.
Kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak berjaya mengekang serta mengalahkan taktik jahat, keji dan zalim pembangkang yang mahu memporak perandakan negara menjelang pembubaran parlimen dan Pilihan Raya Umum ke 13.
Walaupun keadaan agak getir pada peringkat awal tatkala pasukan keselamatan berdepan dengan gerombolan pengganas yang lengkap bersenjata, namun berkat kerjasama pasukan polis dan tentera melalui konsep Lautan Biru (Blue Ocean Strategy) yang menjadi asas kepada program transformasi Perdana Menteri, ancaman terhadap kedaulatan negara mampu ditangani dengan baik.
Jika dahulu pembangkang menggunakan isu kehadiran ramai pendatang tanpa izin dan penduduk tanpa negara di bumi Sabah untuk menyerang kerajaan, kini mulut mereka sudah terkunci apabila tertubuhnya ESSZONE. Maka, tidak heranlah apabila hari ini mereka tampil dengan pelbagai cerita dongeng bagi memburuk-burukkan hasrat murni kerajaan dengan mempertikaikan penubuhan ESSZONE kononnya penubuhan kawasan selamat itu bermotifkan politik.
ESSZONE yang merangkumi 10 daerah di sepanjang 1,400 kilometer pesisir pantai timur Sabah meliputi Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau mempunyai matlamat jangka pendek dan panjang. Rasional menubuhkan ESSZONE bukanlah mainan politik tetapi berpunca daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu oleh pengganas Sulu yang mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan.
Langkah kerajaan untuk memastikan pencerobohan pengganas Sulu tidak bertukar menjadi tragedi yang lebih ngeri boleh dilihat daripada tindakan untuk menambah sebanyak lima lagi batalion tentera dengan sokongan pihak polis. Di samping itu lima lagi balai polis akan di bina di Sabah bagi memperkukuhkan keselamatan orang awam dan ketenteraman negeri.
Usaha pantas kerajaan menggembeleng aset ketenteraan negara untuk memerangi pihak yang cuba menodai kadaulatan negara membuktikan kemampuan luar biasa pasukan polis dan tentera Malaysia. Namun, malangnya masih ada pihak yang terlalu taksub dengan agenda politik Anwar sehingga lupa bahawa keselamatan rakyat Sabah dan kedaulatan negara Malaysia adalah jauh lebih penting dari impian Anwar menjadi Perdana Menteri.
ESSZONE bukanlah satu tindakan yang boleh kita sifatkan sebagai terburu-buru atau bermotifkan politik, kerana model pelaksanaannya berdasarkan kepada Markas Keselamatan Kawasan Rajang atau RASCOM (Rejang Security Command) yang telah diimplementasi pada tahun 1970an di Sarawak bagi menangani ancaman komunis ketika itu. Jika pembangkang menuduh penubuhan ESSZONE bermotifkan politik, bagaimana pula dengan RASCOM?? adakah penubuhannya pada 1970an juga bermotifkan politik??
Mungkin juga para pemimpin dan penyokong-penyokong pembangkang tidak berpuas hati dengan penubuhan ESSZONE kerana langkah itu diyakini dapat membendung aktiviti pencerobohan seperti yang berlaku di Lahad Datu daripada terus berulang pada masa hadapan, di samping meningkatkan keyakinan pelabur dan pemaju untuk menjalankan aktiviti ekonomi di Sabah.
Seperti yang kita sedia maklum, pembangkang negara ini memiliki naluri ganas yang cintakan suasana huru-hara sehingga apa sahaja usaha kerajaan yang bertujuan untuk menjaga keamanan negara dibantah keras oleh mereka.. lihat saja bagaimana mereka membantah akta ISA, akta perhimpunan aman, dan kini mereka mula menunjukkan tanda-tanda untuk membantah penubuhan ESSZONE.
Sedarlah wahai pembangkang, impian anda untuk menjadikan Sabah sebagai batu loncatan untuk merampas Putrajaya sudah berkubur dengan adanya ESSZONE...
ini adalah berkaitan keselamatan negara.
ReplyDeletePenubuhan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) membabitkan lima daerah di pantai timur Sabah dan ia terdiri daripada Sandakan, Tawau, Kunak, Kudah dan Lahad Datu. Dengan penubuhan ESSCOM ini akan membabitkan penyelarasan kerjasama antara tiga komponen, iaitu penduduk setempat, pasukan tentera dan pihak polis bagi membanteras ancaman pengganas.
ReplyDeleteJika diperhalusi ESSCOM bukanlah sesuatu yang asing bagi Malaysia kerana ketika Sarawak berhadapan dengan ancaman komunis pada tahun 1970-an, Kawasan Keselamatan Rajang (RASCOM) secara khusus diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman tersebut.
ReplyDeleteSudah pasti ada yang mempersoalkan mengapa baru kini kerajaan menubuhkan ESSCOM sedangkan ancaman keselamatan memang sudah lama ujud seperti beberapa siri penculikan yang didalangi oleh kumpulan pengganas dari selatan Filipina.
ReplyDeletePerlu ditekankan bahawa selama ini sememangnya ujud beberapa struktur keselamatan khas khusus untuk menangani isu keselamatan Sabah yang dianggap begitu mencabar dan unik. Mencabar kerana perairan terbuka sepanjang 1,400 kilometer begitu sukar untuk diawasi dan unik kerana komposisi penduduk Sabah yang mempunyai sejarah asal usul begitu menarik.
ReplyDeleteOperasi Padanan & Sipadan Island Resort atau lebih dikenali dengan nama singkatan Ops Pasir adalah salah satu struktur keselamatan yang diujudkan untuk berhadapan dengan ancaman khusus iaitu penculikan pelancong terutama sekali di pulau terpencil. Ops Pasir mula diperkenalkan pada tahun 2000 dan diuruskan oleh Markas Angkatan Bersama, Angkatan Tentera Malaysia (MAB-ATM).
ReplyDeleteBegitu juga dengan organisasi keselamatan lain seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Jabatan Imigresen mempunyai peranan tertentu demi menjamin keselamatan perairan Sabah.
ReplyDeleteESSCOM ditubuhkan bukan kerana fungsi ATM, PDRM, APMM dan Imigresen tidak efektif atau untuk mengambil alih tugas tetapi sebenarnya untuk memantapkan lagi semua operasi yang dilaksanakan oleh entiti organisasi tersebut.
ReplyDeleteSelama ini setiap aktiviti organisasi tersebut melaksanakan tugas masing-masing secara berasingan kerana setiap entiti tersebut mempunyai arahan pusat (central command) yang berbeza. Timbul beberapa kekangan terutama sekali dari segi kepantasan berkongsi maklumat risikan kerana masing-masing mempunyai strategi dan kepentingan yang berlainan di antara satu sama lain.
ReplyDeleteBetapa pentingnya penyelarasan arahan pusat diserlahkan lagi apabila Ops Pasir ATM dikendalikan oleh MAB kerana untuk menyelaraskan tugas antara tiga cabang perkhidmatan utama mereka iaitu tentera darat, laut dan udara.
ReplyDeleteAmerika Syarikat (AS) umpamanya telah belajar dari kesilapan kerana tidak mempunyai penyelarasan perkongsian maklumat risikan di antara Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dan Agensi Penyiasatan Pusat (CIA) yang mengakibatkan kegagalan mengesan plot serangan pengganas yang berlaku pada 11 September 2001.
ReplyDeleteKini mereka menubuhkan satu entiti khas yang dipanggil Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (Homeland Security) sebagai asas penyelarasan semua aktiviti keselamatan AS. Dengan adanya entiti Homeland Security dengan diketuai oleh Setiausaha yang lebih popular dikenali sebagai Czar keselamatan, semua aktiviti umpamanya oleh FBI dan CIA dapat diselaraskan. Konsep ini bukan sesuatu yang asing dan ESSCOM juga mempunyai maksud yang serupa.
ReplyDeleteSehubungan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, satu mesyuarat diadakan semalam bagi merangka strategi bagaimana mahu membabitkan orang ramai, terutama masyarakat setempat dalam ESSCOM.
ReplyDelete“Kementerian Dalam Negeri (KDN) berpendapat benteng pertahanan pertama mestilah masyarakat setempat, sebab itulah anggota RELA, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta Ketua Kampung digerakkan untuk usaha ini. “Mereka ini boleh menjadi mata dan telinga pasukan keselamatan negara selain berperanan membendung penyebaran khabar angin, sekali gus memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa negeri itu selamat.
ReplyDelete“Kita dah kenal pasti beberapa kawasan bagi penubuhan ESSCOM. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, akan membuat pengumuman mengenainya dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini semalam. Katanya, KDN sudah mengambil perhatian mengenai keperluan kabin, balai, Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) serta lima batalion yang perlu ditempatkan di kawasan berkenaan.
ReplyDeleteDalam pada itu, Hishammuddin juga memaklumkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, akan melancarkan unit rondaan bermotor pasukan polis di Kota Kinabalu hari ini dan di Sandakan pada hari berikutnya dalam usaha memberi keyakinan kepada penduduk Sabah bahawa negeri itu selamat. Diharap dengan penubuhan ESSCOM ini tidak akan berlaku lagi pencerobohan pengganas dan keselamatan perairan Sabah akan lebih terjamin.
ReplyDelete