Monday, April 29, 2013

Calon UPKO (BN) akan sumbang elaun sebagai wakil rakyat kedalam dana pendidikan jika menang

KOTA KINABALU: Elaun sebagai wakil rakyat akan disumbangkan kesemuanya ke dalam dana pendidikan yang akan ditubuhkan sekiranya diberi mandat oleh rakyat dalam pilihan raya ke-13 ini, kata calon Dun Kuala Penyu, Limus Jury. 

Menurutnya, langkah itu perlu kerana bagi beliau, bidang pendidikan merupakan salah satu perkara yang akan ditekankan dalam kepimpinanya sebagai wakil rakyat kelak. 

Untuk tujuan itu, beliau berjanji untuk menfaatkan kedudukan sebagai wakil rakyat untuk memajukan bidang berkaitan pendidikan, yang merupakan pra-syarat kepada pembangunan modal insan. 

“Saya ingin memberitahu bahawa sekiranya saya dipilih kelak, saya tidak akan ambil gaji dan elaun sebagai wakil rakyat, sebaliknya wang itu akan saya sumbangkan ke dalam tabung atau dana pendidikan yang akan ditubuhkan nanti.

“Dana tersebut nanti akan digunakan untuk menaja dan membiayai pendidikan anak-anak warga Kuala Penyu sama ada di peringkat rendah dan menengah, mahupun sampai ke peringkat institusi pengajian tinggi,” kata beliau dalam ucapanya di Majlis ramah mesra bersama pengundi di Kota Kinabalu untuk Parlimen Beaufort, DUN Klias, dan DUN Kuala Penyu di Dewan Syahadah, Wisma MUIS di sini kelmarin. 

Beliau berharap melalui inisiatif ini dapat membangunkan pendidikan anak-anak Kuala Penyu sebagai generasi pelapis pada masa hadapan. 

“Kita perlu menyediakan barisan generasi pelapis yang mampu bersaing di persada dunia supaya kita tidak sekadar digelar sebagai jaguh atau juara kampung semata-mata,” katanya sambil menyatakan usaha itu seiring dengan visi dan misi beliau yang bertemakan ‘Aspirasi Menuju Transformasi’. 

Limus juga berjanji akan berusaha mendapatkan dana tambahan daripada pelbaai sumber untuk membantu dana pendidikan daerah Kuala Penyu. 

Beliau yang merupakan seorang usahawan berjaya berkata bahawa perkara kedua yang akan diberi penekanan ialah usaha kea rah melahirkan lebih ramai usahawan berjaya di daerah tersebut. 

“Berdasarkan pengalaman saya dalam sektor pembinaan misalnya, saya boleh gunakannya untuk mendidik orang-orang kita menjadi usahawan berjaya. Saya percaya ramai di kalangan anak-anak Kuala Penyu yang berkebolehan untuk maju dalam bidang-bidang tertentu, cuma saja perlu dirintis dan ditunjukkan jalan untuk berjaya, justeru itu saya sedia berkongsi pengalaman dengan mereka yang berminat untuk menceburi bidang ini,” katanya lagi. 

Beliau mengulas bahawa perkara yang akan turut diberi perhatian ialah untuk menjadikan Kuala Penyu sebagai hab pelancongan bagi kawasan Pantai Barat Selatan dengan mengambil kira kedudukan strategik daerah itu yang mempunyai kawasan tanah lembah, pantai dan pulau. 

“Saya yakin bahawa dengan memajukan Kuala Penyu sebagai hab pelancongan, ia dapat menjana pembangunan ekonomi setempat menerusi pengwujudan lebih banyak peluang pekerjaan serta rantaian kegiatan ekonomi. Semua ini boleh mengubah lanskap ekonomi dalam jangka panjang,,” tambah beliau. 

Sehubungan itu beliau merayu kepada rakyat supaya memberi sokongan dan mandat yang besar kepada Barisan Nasional (BN) bagi membolehkan kerajaan menunaikan akujanji dan manifesto yang digariskan oleh barisan kepimpinan, khususnya oleh Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah. 

Katanya, manifesto tambahan BN Sabah yang mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri ini dengan membawa tema ‘Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan’ adalah bukti kessungguhan kerajaan membawa transformasi untuk rakyat. 

“Bagi saya, manifesto tersebut menjadi pelengkap kepada manifesto nasional yang telah pun dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Kuala Lumpur baru-baru ini. 

“Manifesto ini adalah manifesto untuk rakyat dan boleh dilaksanakan kerana pendekatannya realistik dan pragmatik. Kandungannya bersesuaian dengan keadaan semasa, jauh berbeza berbanding manifesto pembangkang yang mana janji mereka tidak jelas dan tidak boleh dilaksanakan,” katanya. 

Secara keseluruhannya, Limus menyifatkan manifesto yang dijanjikan oleh BN adalah lebih ralistik, praktikal, menyeluruh, lengkap, dan mengambil kira kehendak pelbagai lapisan rakyat. 

Hadir sama pada majlis tersebut ialah penyandang DUN Klias yang juga calon Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun, calon DUN Klias, Isnin Aliasnih, Ketua Bahagian UPKO Beaufort, Datuk Wences Angang.

3 comments:

  1. ini lah yang patut dilakukan oleh pemimpin

    ReplyDelete
  2. ya la dia sudah kaya raya cos ada company besar..untung juta2..jd stakat gaji ciput sbagai Yb tu manalah dia pandang...

    ReplyDelete
  3. Bagus la tu...harap ramai lagi bakal2 YB buat mcm ni....

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.