MELALAP: Calon Parti Maju Sabah (SAPP) DUN Melalap, Roger Stimin berikrar untuk memperjuangkan hak asasi rakyat dinegeri ini terutamanya di kawasan DUN Melalap kerana masih banyak kepincangan; khususnya masalah kekurangan tanah sebagai penempatan masyarakat tempatan yang tidak memiliki tanah.
Beliau berkata, tanah-tanah rizab perkampungan kini telah pun sesak dan padat dengan penduduk di mana pertambahan kependudukan semakin meningkat tetapi masalah tersebut tidak pernah diambil perhatian sejak merdeka tahun 1963.
“Perkara seumpama ini telah berlaku sejak kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) di mana kebanyakan permohonan bertindih dan sukar untuk diproses oleh jabatan terbabit...(jadi), tidak seharusnya dibiarkan keadaan sedemikian terus berlaku. - Sabahkini
Haluu Roger Stimin.. Mau tanya bah.. Yong Teck Lee pegang jawatan Ketua Menteri Sabah bila? Sebelum 1963 atau sebelum era PBS?? Untuk pengetahuan pendatang baru politik SAPP, Roger Stimin, Yong Teck Lee adalah Ketua Menteri Sabah pada 28 Mei 1996 hingga 28 Mei 1998, iaitu selepas tahun 1963 dan selepas era pentadbiran PBS.
Sepatutnya Roger Stimin tanya big boss dia sendiri kenapa masalah tanah di DUN Melalap tidak selesai ketika era pentadbiran beliau. Adakah pada waktu itu, kuasa seorang Wakil Rakyat lebih besar dari Ketua Menteri?? Atau Roger Stimin, secara tersirat cuba menyindir Yong Teck Lee memandangkan sepanjang tempoh 1963 hingga tahun 2013 ini, yang mana bagi beliau masalah di DUN Melalap tidak pernah diambil perhatian, turut melibatkan kerajaan negeri pimpinan Yong Teck Lee..??
Kalau benarpun teruja sangat mahu dapat undi (maklumlah first time jadi calon), tidak perlulah terburu-buru buat kenyataan sampai terludah muka bos sendiri. Dan seperkara lagi, kenapa isu ini hanya dibangkitkan pada waktu pilihanraya?? Bukankah sebelum ini, pemimpin-pemimpin SAPP gemar kehulu-kehilir mencari salah-silap kerajaan?? Adakah sikap perihatin dalam diri Roger Stimin hanya muncul pada waktu pilihanraya??
Yong yg dulu merampas tanah penduduk
ReplyDelete