PRU13: BN KETENGAHKAN CALON BOLEH MENANG, PKR KETENGAHKAN CALON BOLEH RASUAH.. |
KOTA KINABALU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa untuk ambil tindakan sewajarnya terhadap pemimpin yang terlibat dalam amalan rasuah.
Presiden Pakatan Pro Barisan Nasional (BN), Zulkarnain Mahdar berkata, SPRM perlu membuat siasatan terhadap laporan yang disiarkan oleh berita portal, Sabahkini.net (DISINI) yang mendedahkan amalan rasuah oleh Calon PKR Parlimen Papar, Datuk Yahya Lampung.
“Pendedahan yang dibuat oleh media itu menyatakan bekas pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd mendapat ‘kemewahan’ daripada perjanjian perolehan dengan sebuah syarikat daripada Taiwan dengan nilaian rasuah jutaan .
“Syarikat itu yang membekalkan bahan mentah seperti ‘Bulk cement’ dan ‘Clinker cement’ memperolehi kontrak bernilai USD 50 juta setahun sejak tahun 2009,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di SPRM kelmarin.
Menurutnya, bukti yang didedahkan oleh media itu menunjukkan Yahya menerima sebanyak diantara USD2 hingga USD3 bagi setiap tan metrik bahan mentah itu melalui Proksinya yang juga isteri ketiganya.
Beliau menjelaskan bahawa pemberian komisyen itu adalah sebagai habuan agar kontrak pembekalan kepada syarikat di sini tidak terputus.
“Siasatan mendalam kepada perkara itu adalah asasnya memandangkan Yahya tidak membuat sebarang laporan polis untuk mempertahankan dirinya sekiranya beliau merasakan dirinya difitnah oleh media terbabit,” ujarnya.
Zulkarnain juga menyeru kepada pihak pembangkang agar membuat perkara yang sama sekiranya mereka mempunyai sebarang bukti rasuah yang mengaitkan dengan para pemimpin Barisan Nasional (BN).
“Membanteras rasuah adalah salah satu daripada manifesto BN, integriti dalam kalangan calon adalah diutamakan.
“Sekiranya terdapatnya amalan rasuah, maka laporan kepada pihak SPRM adalah wajar,” tambahnya.
Beliau juga kesal dengan tindakan oleh pihak SPRM yang lambat melakukan siasatan berhubung dengan satu laporan yang dibuat Pakatan Pro BN itu yang mengaitkan amalan rasuah oleh salah seorang pemimpin pembangkang.
“Pemimpin pembangkang dari Beoufort itu memberikan ‘surat cinta’ bernilai RM50 ribu dalam satu majlis yang diadakan baru-baru ini.
siapa yang terlibat rasuah harus dikenakan tindakan tegas.
ReplyDeletepandang kanan kiri atas bawah dulu la baru buat statement begini..sepa yg rasuah sepa ni???sepa yg memerintah tu dia la banyak rasuah sebenarnya...
ReplyDelete