Thursday, April 18, 2013

Senarai Calon PKR Sabah: Harapan PKR Ke Puterajaya BERKECAI

DENGAN penyingkiran beberapa tokoh politik PKR Sabah untuk dicalonkan seperti Ansari Abdullah dan rakannya, maka harapan PR Sabah untuk menyumbang sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen semakin pudar. 

Persoalannya, adakah situasi ini boleh mengganggu gugat Putrajaya dari cengkaman BN? Untuk menawan Sabah tidak usahlah difikirkan lagi kerana harapan PR sudah boleh diramal akan kecundang sebelum pertarungan bermula. 

Adakah calon-calon yang diketengahkan oleh ketua-ketua cabang yang tidak terpilih ini akan duduk berdiam diri? Banyak opsyen yang boleh dibuat. Antaranya bertanding melalui parti pembangkang tempatan seperti SAPP dan STAR atau sekurang-kurangnya BEBAS. 

Sekiranya ini berlaku, maka wujudlah pertandingan 3 penjuru yang akhirnya membawa keuntungan kepada BN. Persoalan di sini ke mana perginya ketokohan dan kehebatan Anwar Ibrahim dalam soal memilih calon? 

Kenapa Anwar tidak bawa ketua-ketua cabang ini berbincang bagi menyelesaikan kemelut ini? Apakah penyokong PKR di Sabah percaya 1005 % dengan kepimpinan Tamrin? 

Mengikut sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan calon PKR Sabah adalah proksi atau orang Tamrin. Sekiranya ini benar, maka ia satu kerugian yang tidak ternilai kepada PKR Sabah yang sememangnya mempunyai harapan dan peluang untuk menang tapi malangnya harapan dan peluang itu dimusnahkan dan dihancurkan. Apa pun keadaannya, mari kita sama-sama lihat keputusannya pada 5 mei nanti. 

Salam Hormat, 



HANYA SEORANG CALON ANSARI DIKEKALKAN PKR

NAMA Ansari sendiri pun tidak termasuk dalam senarai akhir itu yang dipersetujui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jonathan Yasin yang diumumkan bertanding di parlimen Ranau oleh Ansari (kiri) termasuk dalam senarai 19 calon PKR bagi kerusi parlimen di Sabah. 

Senarai itu dan nama 43 calon PKR bagi kerusi dewan undangan negeri Sabah diumumkan pengerusi negeri, Ahmad Thamrin Jaini di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya petang tadi. 

Thamrin sewaktu ditanya tentang kemungkinan tindak balas daripada mereka yang tidak terpilih berkata, perkara itu adalah 'sesuatu yang boleh diuruskan". 

PKR akan dibantu Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang dipimpin Datuk Seri Wilfred Bumburing dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) yang dipimpin Datuk Seri Lajim Ukin. 

APS akan bertanding di lima kerusi parlimen dan 12 kerusi dewan undangan negeri (DUN) di atas tiket PKR; manakala PPPS pula akan bertanding di empat kerusi parlimen dan 11 kerusi DUN juga atas tiket PKR. 

Lajim akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan turut mengintai kerusi DUN Klias dan Wilfred pula akan mempertahankan kerusi Tuaran dan turut bertanding di kerusi Tamparuli. 

Peminggiran Ansari yang merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Batu Sapi menimbulkan persoalan baru dalam kempen PKR di Sabah. 

Ansari dilihat sesetengah pihak sebagai pilihan akar umbi dan pada masa yang sama, PKR kini cuba menguji kekuatan barunya yang dijalin hasil kerjasama dengan dua MP yang dahulunya merupakan anggota BN. 

Sejauh mana strategi itu berkesan akan hanya diketahui apabila jentera parti mula berkempen secara rasmi selepas proses penamaan calon pada 20 April ini.

SENARAI CALON PKR SABAH

Parlimen 

P167 Kudat: Rahimah Binti Majid 
P168 Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap 
P169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy 
P170 Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred 
P174 Penampang: Ignatius Dorrel Leiking 
P175 Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong 
P176 Kimanis: Jaafar Bin Ismail 
P177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin 
P178 Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee 
P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin 
P180 Keningau: Stephen Sandor 
P181 Tenom: Masdin Bin Tumas 
P182 Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting 
P183 Beluran: James Miki 
P184 Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar 
P187 Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong 
P188 Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron 
P189 Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi 
P190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min 

DUN 

N01 Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam 
N02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin 
N04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan 
N05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau 
N07 Kadamaian: Ukoh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad 
N08 Usukan: Ir Mustafa Sa'mud 
N09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred 
N10 Sulaman: Mukhtar 
N11 Kiulu: Rhodes Bin Panilau 
N12 Karambunai: Muali Bin Aching 
N13 Inanam: Roland Chia Ming Shen 
N15 Api-Api: Liew Chin Jin 
N18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin 
N20 Moyog: Terrence Siambun 
N21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar 
N22 Pantai Manis: Fred Bin Gabriel 
N23 Bongawan: Tan Ser Ibrahim Menudin 
N24 Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad 
N25 Klias: Datuk Seri Lajim Bin Ukin 
N26 Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani 
N27 Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob 
N28 Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim 
N29 Kundasang: Satiol Bin Indong 
N30 Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin 
N31 Paginatan: Amru Bin Abd Kadir 
N32 Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil 
N33 Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau 
N34 Liawan: Paul Gitang 
N36 Kemabong: Biou Suyan 
N37 Sook: Liberty Lopog 
N38 Nabawan: Raymond Bin Ahuar 
N39 Sugut: Petrus Zabang 
N40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee 
N41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini 
N42 Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa 
N43 Sekong: Musah Bin Ghani 
N47 Kuamut: Benson Ingam 
N49 Tungku: Johani Bin Abd Halim 
N50 Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong 
N52 Sulabayan: Hermeny Bin Murgal 
N53 Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem 
N55 Balung: Frank Salazar @ Franco 
N56 Apas: Alizaman Bin Jijurahman

4 comments:

  1. PR takkan berjaya menawan putrajaya.. jalan2 di sana bolehlah

    ReplyDelete
  2. MUSA PANIK!!! KAWASAN MANA PERLU DISELAMATKAN DAHULU-
    http://www.sabahterkini2u.blogspot.com/2013/04/musa-panik-kawasan-mana-perlu.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabahterkini: What a load of crap...waste my time only

      Delete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.