Wednesday, April 3, 2013

SAS: SAPP jana KERUGIAN, manakala BN jana lebih RM30 juta



ZAMAN PENTADBIRAN DATUK YONG TECK LEE

Hasil "kecekapan" pentadbiran Yong Teck Lee selama dua tahun, GLC Sabah iaitu, Warisan Harta bukan sahaja mengalami kerugian besar dalam tahun kewangannya sebanyak RM114 juta kerana kejatuhan harga saham tetapi juga kehilangan dividen daripada MISC. Kejatuhan ini adalah disebabkan oleh keputusan YTL (ketika itu Pengerusi WHS) mengarahkan ‘share swap’ pemilikan saham WHS dalam MISC sebuah syarikat.

YTL juga mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah (SAS) membeli saham-saham NBT dan Sugarbun, sehingga SAS mengalami kerugian teruk dan sehingga hari ini nilainya merosot dengan teruk. Kesannya, Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka (pada 1996) akibat kejatuhan saham SAS.


ZAMAN PENTADBIRAN DATUK MUSA AMAN

Saham Amanah Sabah (SAS) telah berjaya memperolehi pendapatan kasar sejumlah RM30,488,396.16 bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini yang berakhir 31 Mac 2013. Pengerusi Saham Sabah Berhad, Datuk Marcus Mojigoh berkata pendapatan itu diperolehi daripada pelaburan SAS dalam Pasaran Saham (96.25%) Penerimaan Dividen (1.99%) dan Pasaran Kewangan (1.76%).

Setelah mengambilkira jumlah perbelanjaan pengurus dan peruntukan untuk cukai, keuntungan yang boleh diagihkan kepada pemegang-pemegang unit ialah RM27,576,793.69. Selaras dengan pencapaian ini, Datuk Marcus Mojigoh dengan sukacitanya mengisytiharkan pengagihan pendapatan interim SAS pertama untuk tahun 2013 pada kadar 2.00 peratus atau 2.00 sen se unit bersih.

Baca Selanjutnya DISINI

Pemimpin-pemimpin SAPP yang terus-menerus menuding jari kepada pemimpin-pemimpin kerajaan terutamanya Datuk Yee Moh Chai mengenai kejatuhan saham SAS sepatutnya menoleh kebelakang dan menilai kembali peranan Big Boss mereka dalam skandal SAS ini. Bagaimana hanya ketika era pentadbiran Yong Teck Lee barulah berlaku kejatuhan saham SAS daripada RM1.47 seunit kepada 17 sen seunit pada tahun 1996?? Bukankah kejatuhan ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dengan pentadbiran beliau??

Fenomena kejatuhan saham SAS inilah yang menghantui Yong Teck Lee selama ini dan menjadi penghalang untuk beliau merampas jawatan Ketua Menteri Sabah yang hari ini disandang oleh Datuk Musa Aman. Sebab itu SAPP tampil dengan janji-janji yang tidak praktikal dan amat luarbiasa seperti pemberian IC Khas Sabah semata-mata mahu "membutakan" rakyat terhadap penyelewengan yang dilakukan oleh beliau dalam tahun 1996 dan 1997. 

Malah Yong Teck Lee juga cuba sedaya upaya menggerakkan jentera-jentera beliau untuk memberikan tekanan kepada kerajaan BN namun semuanya hanya sia-sia belaka kerana setiap kritikan yang dilemparkan oleh mereka akan mengundang lebih banyak persoalan mengenai peranan Yong Teck Lee ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah.. Dalam kata lain, ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri.

Hari ini SAPP lebih tertekan kerana mereka bukan sahaja berhadapan dengan lawan dari jentera-jentera kerajaan Barisan Nasional, malah terpaksa menahan asakan dari gergasi pembangkang Pakatan Rakyat.. Apa yang dilalui oleh SAPP hari ini, Bullet simpulkan sebagai penangan dari sikap tamak pemimpin-pemimpin SAPP sendiri terutamanya Yong Teck Lee.. 

Ketika beliau berkuasa, hutan seluas lima kali ganda keluasan Singapura telah diberikan kepada kroni-kroni beliau. Ketika PRU12, sikap tamak Yong Teck Lee semakin menjadi-jadi apabila beliau menuntut kerusi Parlimen Kota Kinabalu, yang sebenarnya telah diperuntukkan kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Dan pada PRU13 pula, Yong Teck Lee tetap mahu meneruskan niatnya supaya SAPP dibenarkan bertanding di 40 kerusi daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) di Sabah... 

Kronologi sikap tamak Yong Teck Lee ini wajar dinilai sebaik-baiknya oleh rakyat Sabah sebelum membuat keputusan pada pilihanraya umum ke-13 ini. Disebabkan sikap tamak Yong Teck Lee, kerajaan hari ini terpaksa berhempas pulas selama bertahun-tahun untuk meletakkan semula Sabah dilandasan yang betul untuk menuju status negeri maju.

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.