Sunday, April 21, 2013

BERITA TERPANAS DI SABAH: 11 CAWANGAN SAPP TAWAU BUBAR, 500 ANGGOTA KELUAR BERAMAI-RAMAI

TAWAU, 21 April -- Sebelas cawangan Parti Maju Sabah (SAPP) di Tawau bubar selepas kira-kira 500 anggotanya meninggalkan parti itu beramai-ramai dan menyokong Barisan Nasional. 

Mereka termasuk Ketua Wanita SAPP Tawau yang juga Exco Wanita SAPP negeri Masja Hussin dan bekas Ketua Pemuda SAPP Tawau yang juga bekas Exco Pemuda SAPP Sabah Illiyassufyan Mohammad. 

Bekas Naib Pengerusi SAPP Tawau Mohammad Dahuk berkata mereka dengan rela hati beramai-ramai meninggalkan SAPP kerana kecewa dengan kepimpinan parti berkenaan yang didakwa gagal menepati janji kepada rakyat di Tawau dan menyokong BN bagi memastikan kemenangan besar pada pilihan raya umum 5 Mei ini. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pengisytiharan pembubaran 11 cawangan Bumiputera SAPP Tawau dan kemasukan beramai-ramai ke dalam BN. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah Pengerusi BN Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan yang juga calon BN bagi DUN Apas, calon BN bagi Parlimen Tawau Datuk Mary Yap Kain Ching dan calon BN bagi DUN Sri Tanjong Fung Len Fui. 

Pada majlis itu, selain membacakan ikrar menyokong BN, mereka turut menggunting dan mematahkan kad keanggotaan SAPP masing-masing sebagai simbolik mereka sudah tidak bersama parti berkenaan. 

Ketika ditemui, Masja berkata beliau meninggalkan SAPP kerana tidak yakin dengan keupayaan dan keikhlasan parti itu, khususnya di Tawau, untuk membela hak Bumiputera. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan kaum Bumiputera yang masih berada dalam SAPP supaya meninggalkan parti berkenaan. 

"Kami tidak minta dihargai tetapi hormatilah hak kami, jangan kami diperalat dan dipergunakan," katanya. 

Seorang lagi bekas anggota SAPP, Siti Raddah Abdul Sani, 55, berkata beliau amat kecewa dengan kepimpinan SAPP khususnya di Tawau kerana gagal melaksanakan tanggungjawab membela rakyat yang memerlukan seperti beliau. 

"Hari ini, walaupun kurang sihat kerana menghidap darah tinggi, saya gagahkan juga untuk hadir pada majlis ini sebagai tanda sokongan saya kepada BN," kata Raddah yang berasal dari Batu 4, Jalan Apas. 

Raddah mendakwa pemimpin SAPP hanya muncul apabila parti itu memerlukan bantuan mereka untuk memenangi pilihan raya namun gagal membantu rakyat yang memerlukannya selepas menang.

14 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Nampaknya ahli-ahli SAPP bertindak keluar parti kerana kecewa dengan pemimpin SAPP di Tawau yang gagal untuk menunaikan janji mereka kepada masyarakat Tawau.

    ReplyDelete
  3. Sabah Progressive Party (SAPP) president Datuk Seri Yong Teck Lee has accused Pakatan Rakyat (PR) of sabotaging its chances of winning by fielding candidates in constituencies which SAPP is contesting, although PR has little or no influence in these constituencies.

    ReplyDelete
  4. The president of SAPP said that Barisan nasional and Pakatan Rakyat being in Kuala Lumpur-centric do not understand this burning desire of Sabahan to be autonomous. He also added that SAPP has sworn to safeguard of Sabah's interest and will not risk losing Sabah's support and trust. But with recent news from Tawau certainly SAPP no longer have fully support from Sabahan. Something that actually happen if the leader is failed to give back to society what they promise.

    ReplyDelete
  5. Sabah Progressive Party (SAPP) president Datuk Yong Teck Lee state that he was willing to cede the Penampang and Sandakan parimentary seats to PKR and the DAP, respectively in the 13th deneral election. He added that both PKR and DAP think that they're so great; they could roughshod over Sabahans. Yong also support his rival the STAR which chief by Datuk Dr Jeffery Kitingan in the Bingkor state in Keningau.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. UNTUK!! pengetahuan umum ! kami ahli-ahli (SAPP TAWAU) yg tetap SETIA & TAHU CERITA ! sebenarnya tidak akan terpengaruh dgn fitnah or hasutan bekas TIGA org ahli sapp yg kecewah & TIDAK LAYAK sekali utk menjadi CALON SAPP disebabkan mereka bertiga ini hanya mementingkan DUIT!!! dari membela nasib rakyat, -FROM ABG JAE-

    ReplyDelete
  8. Tiga Org Itu Lupa Or Tidak Ingat Akan Hukum Tuhan ! Moga Biut Mulut & Strok Badan Mereka !!! AMIN....

    ReplyDelete
  9. Tuhan Jadikan TIGA org itu manusia ! Tapi syg mengapakah mereka mempunyai (HATI YG BUSUK SEPERTI IBLIS YG BERTOPENG MANUSIA) Bkn kah lebih baik tuhan jadikan saja mereka tiga org itu (HAIWAN) yg b'otak tapi tidak berfikiran !!!

    ReplyDelete
  10. Hahahah admin boleh bagitau datuk tawfik kah yang beliau ni sudah kena awtar dengan 3 orang anak beranak ini. Saya kenal benar dengan 3 orang anak beranak ini( cukup kenal bagi orang - orang yang pernah mereka tipu dan fitnah ). C anak ni raja penipu( orang masih keseian dengan anak keciknya - kalau tidak ada perasaan kesian sudah lama masuk lokap ). C bapak dan c mamak ni, betul dulu adalah penggerak SAPP TAWAU berdasarkan kepada kuota bumiputera dengan harapan jika PRU13 berlangsung, mereka lah laki bini yang menjadi calon menentang BN. Tetapi bukan mereka sebenarnya secara langsung untuk masuk ke SAPP tapi dibawak orang. Oleh kerana aktif dan merekalah antara melayu yang pandai( pandai putar belit ) kunuk berbanding orang - orang dari bt. 4 sampai Wakuba yg ada buta huruf dan jenis angguk - angguk, mereka promotelah diri mereka yang dorang ni memang hebat. Mereka ni jenis parasit, so bila SAPP TAWAU malas mau melayan karenah mereka, mereka sendiri menjauhkan diri( sedar bila presiden tidak akan mencalonkan c lakik utuk bertanding melawan tawfik di apas) dan isytihar kunuk keluar parti bawa 500 orang padahal tidak sampaipun 30 orang( aku dengar anggotanya berebut - rebut lagi bila disorong duit di hotel emas )bikin malu bangsa!!!.lepas tu siap main sms lagi panggil anggota lain untuk ramai - ramai hadir ke hotel emas. Kenapa mereka keluar parti? coz mereka sedar bahawa mereka tidak akan dapat mengecapi duit parti(jika dicalonkan )dan mereka ni memang jenis yang sanggup gadai maruah diri dan keluarga kerana wang. Ha sedarkah?bayangkan kalau presiden calonkan lakiknya...siapa di lawan? - c datuk tawfiklah!!!!!!...Dulu UMNO lepas tu SAPP lepas tu plak UMNO. apa punya manusia dorang anak beranak - beranak. Ini macam punya orang pun adakah?..
    Kalau admin ada no phone datuk tawfik bagitau dia, sebagai pemimpin yang saya sanjung di apas ( hingga digelar mr. perfect ) dan tinggi pengetahuan agamanya, sudah - sudahlah untuk melaga - lagakan keluarga ' Dahu '. Saya hormati peribadi Datuk yang cukup santai tapi jangan sampai dek kerana perkara ini, Bukan kapal SAPP yang karam tapi kapal UMNO pulak yang karam di dasar lautan. Untuk pengetahuan datuk, ketiga - tiga anak beranak ini adalah parasit besar yang tidak harus dipelihara dan dilayan.Mereka ini hanya mahu wang hingga terdesak membuat fitnah. Jika datuk mempercayai mereka, maka datuk juga akan jadi ' pekerja ' fitnah mereka dan dosanya sama - sama datuk menanggungnya. Sudah - sudahla datuk, hentikan politik wang untuk membeli undi, Jika datuk ikhlas untuk memberikan wang kepada rakyat atas niat meng infakkan sebahagian dari harta datuk, maka pahala berlipat gandalah yang datuk terima, tapi jika niat datuk memberikan wang tapi berbisik ' tolong dan bantu saya ya'..dosalah yang datuk terima kerana mengamalkan budaya 'membeli' orang demi kepentingan peribadi. Dosanya datuk sendiri pun faham...Bersainglah secara sihat dan secara professional.Kita ikut sunnah Rasulullah yang cukup sempurna untuk diamalkan.Kalau kita baik kepada rakyat, duit sebenarnya tidak penting. Apa yang penting ialah keikhlasan kita untuk memimpin, bukan kerana adanya agenda tersembunyi yang datuk sendiri saja tahu. Untuk ketiga - tiga anak beranak ini, semoga Allah memberikan balasan yang setimpat di atas perbuatan jahat yang kamu lakukan. Amiin....

    ReplyDelete
  11. Wow ! ini kalau dato tawfik tidak jawab ertinya betul lah apa yg org itu ckpkan pembaca-pembaca sekalian ???

    ReplyDelete
  12. SAPP nampaknya kini makin lemah, ahlinya makin lama makin berkurangan, SAPP akan karam sehingga ke dasar paling dalam..

    ReplyDelete
  13. Silap lg kau bro ! tiada siapapun boleh berkata parti mana menang selagi belum buang undi... ingat lah bro kuasa penuh ditangan (ALLAH) bkn ditangan kita, org-org bn jgn lupa tuhan & jgn ingat kamu kuat kamu rasa kamu boleh menang!!! ( INGAT TUHAN PENENTU SEGALANYA )

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.