Setiap budaya di dunia ini, sama ada di Timur atau Barat, berkongsi satu pendirian - pengkhianatan, pembelot atau petualang mesti dihukum. Lazimnya, hukuman terhadap pengkhianat adalah mati kerana perbuatan mereka menyebabkan banyak nyawa terkorban dan keselamatan negara terancam. Mereka tidak layak dimaafkan kerana terlalu ramai insan lain menderita kerana pembelotan mereka.
Begitu juga dakwaan pemimpin pembangkang bahawa pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna yang mengorbankan anggota keselamatan negara awal bulan lalusebagai sandiwara. Perbuatan mereka memfitnah kerajaan dan mempersendakan pengorbanan anggota keselamatan negara ketika kedaulatan negara diancam, tidak boleh dimaafkan. Saingan politik tidak boleh dijadikan alasan untukmenghalalkan perbuatan itu kerana ia adalah soal keselamatan rakyat dan kedaulatan negara. Setiap pemimpin yang patriotik sepatutnya menyokong usaha kerajaan melindungi rakyat dan perjuangan anggota keselamatan memerangi kumpulan pengganas asing itu.
Jesteru, amat wajar rakyat, khussunya pengundi menyahut permintaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, supaya menjadikan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei ini sebagai hari bersejarah dengan menghukum pakatan pembangkang yang membuat tuduhan jahat itu. Apatah lagi beberapa pemimpin pakatan pembangkang dilaporkan media antarabangsa mengadakan perjumpaan sulit dengan pemimpin kumpulan tertentu di negara jiran sebelum pencerobohan itu. Rakyat perlu berasa sangsi dengan tindak tanduk pemimpin pakatan pembangkang berhubung pencerobohn kumpulan pengganas di Sabah itu.
Rakyat perlu mendesak mereka menjawab beberapa persoalan yang masih menjadi tanda tanya;
- Kenapa mereka pantas mendakwa ia satu sadiwara kerajaan?
- Kenapa mereka mempersendakan pengorbanan anggota keselamatan negara?
- Kenapa mereka tidak menjawab laporan media antarabangsa mengenai pertemuan dengan pemimpin kumpulan tertentu di negara asing itu?
- Kenapa ada pemimpin mereka yang menyanyikan lagu sinis membayangkan Sabah akan hilang?
Semua soalan ini sepatutnya sudah lama dijawab tetapi sehingga hari ini mereka sekadar membisu seribu bahasa. Hargailah pengorbanan 10 anggota keselamatan yang gugur mempertahankan kedaulatan negara.
PILIHLAH KERAJAAN YANG BENAR-BENAR BERJUANG MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN, KESTABILAN, KEAMANAN DAN MARUAH NEGARA... PEMBANGKANG MESTI DIHUKUM!!
--BERITA HARIAN
ya.. pengkhianat perlu dihukum, jgn biar dia bebas melakukan penghianatan
ReplyDeleteInilah kesilapan besar yang dilakukan oleh Pembangkang. Soal keselamatan di Lahad datu bukanlah satu drama ataupun sandiwara. Jangan memperkecil-kecilkan soal nyawa anggota keselamatan negara.
ReplyDeleteJangan melibatkan soal politik dalam soal kedaulatan negara dalam menghadapi isu pencerobohan dari negara jiran. Sikap sedemikian menunjukan ketidakmatangaan pembangkang berpolitik.
ReplyDelete