GE13: SAPP to pursue RM40million case if..
KOTA KINABALU - SAPP president Datuk Seri Yong Teck Lee has vowed to pursue the case of RM40 million 'political contribution' by Sabah UMNO to UMNO central, if he is elected in this coming 13th General Election. - WIKISABAH
Bukan rahsia lagi bahawa blog Wikisabah dimiliki oleh pihak-pihak yang pro kepada SAPP atau Yong Teck Lee. Hampir kesemua isu yang dimainkan dalam blog tersebut lebih kepada menaikkan populariti SAPP dan juga presiden mereka, Datuk Yong Teck Lee. Dalam masa yang sama, mereka memainkan pelbagai fitnah untuk menyerang parti lawan diselang seli dengan agenda menaikkan sentimen anti Malaya atau lebih tepat lagi anti Malaysia.
Pendekatan yang digunakan oleh media pro SAPP ini ternyata gagal mendapat sambutan rakyat Sabah, sebaliknya pelbagai komen dilontarkan oleh para pembaca atau pelawat yang menunjukkan mereka tidak sependapat dengan setiap isu yang dibangkitkan dalam portal tersebut. Maka sebab itu, Wikisabah terpaksa menyekat atau memadamkan ulasan yang tidak sependapat dengan mereka bagi memperlihatkan kononnya media mereka berjaya mempengaruhi minda rakyat Sabah dengan hanya menyiarkan ulasan-ulasan yang menyokong artikel mereka.
Taktik pengecut seperti ini amat sinonim dengan presiden mereka Datuk Yong Teck Lee. Setiap kali ada kritikan pedas dilemparkan terhadap Yong, dengan serta-merta beliau akan arahkan orang bawahannya untuk menjawab kritikan tersebut. Bila ada tuduhan dilemparkan terhadap Yong, dengan serta-merta juga beliau susun sepuluh jari untuk menuding kesalahan kepada mana-mana pihak yang beliau benci.
Jika sebelum memerintah, jentera-jentera Yong Teck Lee sudah berani menyekat kebebasan bersuara, bagaimana pula jika parti ini diberikan mandat memerintah? Masih adakah ruang kebebasan untuk rakyat meluahkan isi hati mereka terhadap kepincangan pentadbiran Yong Teck Lee sebagaimana yang berlaku pada tahun 1996-1997?
Bagaimana agaknya nasib negeri Sabah pada waktu itu jika rakyatnya dihalang dari meluahkan pendapat, teguran atau kritikan? Bukankah pemimpin-pemimpin pembangkang juga yang sering menuntut supaya kerajaan BN tidak menyekat kebebasan bersuara? Adakah kebebasan bersuara itu hanya perlu diamalkan oleh BN tetapi tidak untuk pembangkang?
Mengenai isu sumbangan politik RM40 juta ini, Bullet rasa SAPP sudah agak jauh ketinggalan dalam mengikuti perkembangan isu tersebut, atau mungkin juga SAPP sengaja membutakan mata dan memekakkan telinga disebabkan kemaruk sangat mahu merampas kerajaan.
Bagaimana agaknya SAPP atau Yong Teck Lee mahu membuka semula siasatan kes itu jika mereka sendiri tidak mempunyai bukti kukuh sebagaimana yang dituntut oleh pihak ICAC dan SPRM? "Pakar" membocorkan maklumat dari Pakatan Rakyat iaitu Rafizi Ramli juga telah gagal membuka semula kes siasatan sekalipun beliau ditaja untuk terbang dua kali ke Hong Kong untuk bertemu dengan pihak ICAC.
Sehingga hari ini tidak ada apa-apa jawapan atau perkembangan terkini mengenai pendedahan baru oleh Rafizi Ramli. Malah, menurut SPRM dan ICAC, kes itu sudah ditutup kerana tidak wujud elemen-elemen rasuah sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh pembangkang negara ini.
Pihak ICAC juga pernah memberikan amaran kepada pemimpin-pemimpin pembangkang supaya tidak mempolitikkan kes tersebut. Namun malangnya, presiden SAPP yang sangat terdesak mahu merampas jawatan Ketua Menteri Sabah bukan sahaja dengan sengaja mengabaikan amaran itu, malah terdesak menggunakan pendekatan fitnah semata-mata mahu meraih undi rakyat Sabah.
Modus Operandi Yong Teck Lee dalam berpolitik, sangat mudah. Pertama, beliau akan menggunakan isu-isu yang boleh menaikkan sentimen kebencian terhadap parti-parti dari semenanjung, atau lebih tepat lagi "bersifat kenegerian". Kedua, Yong Teck Lee akan menggunakan isu-isu tragis seperti pembunuhan atau kemalangan bagi memburuk-burukkan kerajaan. Ketiga, menganjurkan perhimpunan untuk memperlihatkan betapa banyaknya protes rakyat terhadap kerajaan walaupun yang datang berdemo itu hanya dikalangan ahli dan pemimpin-pemimpin SAPP sahaja.
Apabila semua pendekatan beliau gagal membuahkan hasil, ditambah pula dengan pertelagahan dengan pembangkang lain seperti DAP dan PKR, kini Yong Teck Lee semakin tertekan kerana terbayangkan hasratnya untuk merampas kerajaan semakin pudar. Jesteru, beliau terpaksa beralih kepada isu RM40 juta yang sebelum ini pernah menggegarkan politik Sabah walaupun beliau tahu bahawa kes itu sudahpun selesai disiasat oleh pihak ICAC dan SPRM..
Persoalannya, kenapa hanya tinggal beberapa hari lagi untuk tiba tarikh pilihanraya umum, barulah Yong Teck Lee terbuka hatinya untuk membangkitkan isu RM40 juta?
dahulu Yong pernah memfitnah harris Salleh
ReplyDeleteakibatnya, Mahkamah Tinggi memerintahkan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Yong Teck Lee membayar RM1 juta kepada bekas Ketua Menteri Tan Sri Harris Salleh kerana memfitnah beliau berhubung nahas pesawat pada 6 Jun 1976 yang mengorbankan Ketua Menteri ketika itu Tun Mohd Fuad Stephens dan 10 yang lain.
ReplyDeleteYong bertindak di luar batasan dengan menyatakan bahawa "terdapat darah" di tangan Harris walaupun tidak salah bagi Yong meminta supaya satu siasatan semula diadakan berhubung tragedi itu.
ReplyDeleteperkataan "jenayah" dan "pembunuhan" yang digunakan oleh Yong adalah satu fitnah terhadap Harris, yang mencetuskan spekulasi kononnya Harris tahu lebih awal bahawa sesuatu yang buruk akan menimpa pesawat jenis Nomad itu dan beliau (Harris) membiarkan Tun Fuad mati agar beliau dapat menjadi Ketua Menteri Sabah.
ReplyDeleteHarris memfailkan saman RM50 juta terhadap Yong sebagai defendan pertama, dan SAPP selaku defendan kedua, kerana mendakwa kononnya beliau ada kaitan dengan punca pesawat itu terhempas.
ReplyDelete