Tuesday, April 9, 2013

Tian Chua dihalang memasuki Sabah atas faktor keselamatannya

Menurut Timbalan Setiausaha Agung Darell Leiking yang berasal dari Sabah, Chua ke Kota Kinabalu untuk menghadiri dua acara ceramah — satu di Tuaran pada 3.00 petang dan satu lagi di Penampang pada 7.00 petang.

Ketua PKR Penampang itu menyelar penahanan dan mempersoalkan apakah pihak berkuasa takut dengan kehadiran Chua di Sabah. - TMI

Darell Leiking patut bertanya kepada diri sendiri kenapa perlu beliau mempertahankan seorang ahli politik yang sebelum ini telah menimbulkan kontroversi dan membangkitkan kemarahan seluruh rakyat Malaysia. Tian Chua seperti yang dilaporkan oleh media pro pembangkang sendiri dengan bodoh sombong mengaitkan isu pencerobohan Lahad Datu sebagai sandiwara UMNO, kenyataan TERBODOH itu bukan sahaja menimbulkan kemarahan seluruh rakyat di negara ini malah cuba memperlekehkan pengorbanan anggota keselamatan yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara. 

Susulan dari kenyataan TERBODOH Tian Chua ini, maka wajarlah beliau ditahan atau dihalang untuk memasuki Sabah bukan sahaja sebagai tanda menghormati perasaan rakyat Malaysia yang terguris ekoran kenyataan beliau, terutamanya keluarga anggota keselamatan yang terkorban, malah juga untuk keselamatan Tian Chua sendiri. 

Sepatutnya Tian Chua dan Darell Leiking bersyukur dan berterima kasih kepada kerajaan Sabah terutamanya pihak imigresen kerana melakukan tindakan yang tepat bagi menghalang sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku kepada Tian Chua. Jangan ingat kemarahan rakyat Malaysia terhadap Tian Chua boleh reda begitu sahaja. Walau apapun agenda politik putar alam yang didendangkan pembangkang untuk menutup KEBODOHAN pemimpin-pemimpinnya, wajah Tian Chua tetap menjadi simbol kemarahan seluruh rakyat negara ini. 

Malangnya, susulan dari penahanan tersebut, Tian Chua sebaliknya membayangkan Pakatan Rakyat akan memansuhkan kuasa autonomi seperti yang dimiliki pihak imigresen Sabah jika mereka berjaya memerintah. Namun bukan perkara baru, bahkan setiap kali ada kes seumpama ini, pihak pembangkang akan mempersoalkan kuasa autonomi yang dimiliki Sabah dan Sarawak.

Sebaik penahanan Tian Chua tersebar, para pecacai Pakatan Rakyat serta-merta mencipta teori kononnya UMNO telah mengarahkan pihak imigresen agar tidak membenarkan Tian Chua memasuki negeri ini. Namun, satu perkara yang mungkin terlepas pandang oleh pecacai-pecacai Pakatan Rakyat ini termasuk Tian Chua ialah, jika benar Sabah tidak menikmati autonomi sebagaimana yang ditohmahkah oleh mereka, kenapa agaknya imigresen Sabah begitu berkuasa sehingga Tian Chua tersekat di lapangan terbang dan tidak dibenarkan masuk untuk melaksanakan misi membohongi rakyat Sabah??

Jesteru, tindakan Tian Chua mempersoalkan kuasa autonomi Sabah sebenarnya telah menimbulkan persoalan lain. Adakah bagi beliau, definisi autonomi ialah apabila beliau bebas membohong keseluruh pelusuk Sabah dan bebas melakukan provokasi terhadap semua kaum tanpa sebarang halangan dari kerajaan Sabah?? atau bagi beliau autonomi itu hanya wujud bila pihak imigresen Sabah mengikut telunjuk Anwar Ibrahim?

Imigresen Sabah dan Sarawak sememangnya mempunyai kuasa autonomi mereka sendiri yang tidak boleh dicabar langsung oleh pihak berkuasa di Putrajaya. Apa yang berlaku kepada Tian Chua hari ini dan juga Gobalakrishnan di Kuching pada Pilihanraya Negeri Sarawak lalu, membuktikan wujud kuasa autonomi di kedua-dua negeri di Malaysia Timur ini. Pelbagai usaha dilakukan termasuklah menggunakan Ketua Menteri untuk memujuk Imigresen membenarkan kemasukan Gobalakrishnan tetapi hasilnya?? Ahli Parlimen Padang Serai itu tetap juga tidak dibenarkan melepasi keluar Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching. Bukankah semua ini menunjukkan autonomi di kedua-dua negeri ini sudah wujud??

Sebelum penyokong-penyokong Pakatan membidas pihak imigresen atas tidakan yang diambil terhadap Tian Chua, dan sebelum penyokong-penyokong Pakatan tampil mendesak supaya pihak imigresen Sabah memberikan keistimewaan kepada Tian Chua, mereka sepatutnya terlebih dahulu mendesak Tian Chua supaya memohon maaf kepada rakyat Malaysia dan mendesak Tian Chua supaya menerangkan, mengapa serangan pengganas-pengganas dan lanun-lanun Sulu itu berlangsung ketika dia dan Sivarasa Rasiah menjejakkan kaki ke KLIA dari Manila pada hari kejadian? jelaskan juga peranan yang telah dimainkan oleh Tian Chua mewakili Anwar Ibrahim dalam serangan lanun-lanun Sulu ke atas Lahad Datu, Semporna, Kunak, Sandakan dan Tawau!

Sebelum pemimpin dan para penyokong Pakatan Rakyat meroyan lebih jauh, eloklah baca dulu apa penjelasan dari kerajaan Sabah mengenai penahanan Tian Chua;
KOTA KINABALU: Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dihalang memasuki Sabah atas faktor keselamatannya, kata Pejabat Hal Ehwal dan Penyelidikan Negeri Sabah di Jabatan Ketua Menteri. 
Setiausahanya, Dr Mohktar Ajam berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang masalah dengan Tian Chua berada di Sabah sebelum kenyataannya mengenai pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu menjadi sebahagian daripada drama politik. 
“Bagaimanapun, berdasarkan kenyataan beliau yang mengecewakan ramai pihak di Malaysia termasuk Sabah, menyebabkan kita percaya bahawa kehadiran beliau di sini boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan peribadi beliau dan mungkin mencetuskan kekecohan awam,” katanya dalam satu kenyataan. 
“Tian Chua telah masuk dan keluar Sabah banyak kali. 
“Begitu juga dengan para pemimpin PKR seperti Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang, yang dibenarkan datang ke sini dan bergerak bebas,” katanya. 
“Bagaimanapun, apabila anda mempunyai seorang individu yang membangkitkan kemarahan orang ramai, kita perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini,” katanya. - mstar

1 comments:

  1. Chua patut bersukur kerana keselamatan diambil kira

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.