Wednesday, April 24, 2013

Politik Sabah: pemimpin BN jalin kerjasama, pemimpin pembangkang terus berpecah

Najib puji kepimpinan Musa

BONGAWAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memuji kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman yang terserlah melalui “Kad Laporan” pencapaian yang amat memberangsangkan. 

”Saya tertarik dengan beliau punya report card. Rakyat Sabah harus membacanya kerana ini adalah kejayaan kerajaan negeri dan kita sokong sepenuhnya,” katanya. 

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis bersama rakyat di padang Bongawan, di sini, kelmarin. - New Sabah Times

Musa puji kepimpinan Najib

KUALA PENYU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman menyifatkan Kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai yang terbaik melihat pada kejayaan pelbagai program transformasi. 

Musa berkata kerajaan BN juga telah mengubah keadaan dan nasib rakyat Sabah kepada kehidupan lebih baik. 

“Pelbagai rancangan dan pelaksanaan telah menampakkan hasil dan impak positif di seluruh Malaysia termasuk di Sabah, di Beaufort, Kilas dan Kuala Penyu,” katanya. - New Sabah Times

Hubungan dan kerjasama baik antara Perdana Menteri dan Ketua Menteri Sabah ini wajar dijadikan contoh oleh pemimpin-pemimpin pembangkang. Inilah bentuk kepimpinan yang dituntut oleh rakyat, iaitu saling bekerjasama dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat. Hasil kerjasama baik seperti ini telah mendorong pelbagai cerita kejayaan sepanjang pentadbiran Datuk Seri Musa Aman.

Tidak seperti Pakatan Rakyat dimana ketua umum mereka lebih suka mengutamakan pemimpin politik yang rapat dengan beliau, sebaliknya ahli-ahli lain terus disingkirkan tanpa melihat potensi mereka terlebih dahulu. Sikap tamak-haloba pemimpin-pemimpin pembangkang, yang akhirnya menjadi punca kepada kegagalan mereka untuk bekerjasama, berjaya membuka mata ramai pihak bahawa mereka sama sekali tidak layak untuk memimpin negeri ini. Contoh terbaik adalah pertembungan banyak penjuru pada pilihanraya umum kali ini dan krisis antara Ansari Abdullah dan juga Anwar Ibrahim mengenai calon pilihanraya.

Berbalik kepada hubungan baik antara kerajaan negeri dan Pusat, perkembangan ini menunjukkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak masih memerlukan khidmat Datuk Seri Musa Aman untuk mengemudi negeri ini bagi meneruskan program-program transformasi kerajaan. Sekaligus menafikan khabar angin kononnya Datuk Musa Aman akan disingkirkan oleh pucuk pimpinan selepas pilihanraya umum nanti.

9 comments:

  1. Pertelagahan kerusi dikalangan parti-parti Pakatan Rakyat (Pakatan) berpotensi untuk memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) mendapatkan semula majoriti dua pertiga, menurut penganalisis politik, Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

    ReplyDelete
  2. Menurut beliau peluang tersebut lebih cerah sekiranya pakatan pembangkang tdak berjaya menyelesaikan masalah tersebut dalam tempoh yang singkat.

    ReplyDelete
  3. Beliau berkata faktor pakatan pembangkang (PKR-PAS-DAP) yang tidak didaftarkan sebagai sebuah parti yang sah telah mengheret gabungan itu ke kancah perebutan kerusi menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

    ReplyDelete
  4. Mereka ini tidak pernah ada tradisi yang begitu dan mereka ini juga satu parti yang longgar, yang tak didaftarkan sebagai satu parti seperti BN.

    “Jadi potensi untuk meletakkan calon dalam sesuatu kawasan itu bertindan, maksudnya ada dua calon daripada Pakatan, kemungkinannya memang ada kalau isu perbalahan ini tidak selesai,” katanya kepada Antarapos.

    ReplyDelete
  5. Pensyarah Kanan di Universiti Utara Malaysia (UUM) juga tidak menolak kemungkinan berlaku pertandingan tiga penjuru dalam Pakatan Rakyat berdasarkan kerjasama dikalangan mereka yang longgar.

    ReplyDelete
  6. Situasi yang sama juga kata beliau dapat dilihat di Sabah di mana masalah pembahagian kerusi dikalangan parti-parti pembangkang lebih teruk di mana ia turut melibatkan Parti Maju Sabah (SAPP) Parti Reformasi Negeri (STAR).

    ReplyDelete
  7. Jadi di sini kita tengok bahawa mereka (Pakatan) masih lagi ada perbalahan dalam menentukan kerusi-kerusi di sesuatu tempat yang mana pertikaian dan perebutan berlaku di antara parti-parti komponen.

    ReplyDelete
  8. BN boleh dapat dua pertiga. Cuma ianya bergantung kepada sejauh mana masalah itu. Kalau besar potensi untuk BN dapat dua pertiga itu ada. Kalau masalah itu hanya di kawasan-kawasan yang tertentu sahaja, jadi BN kena kerja kuat jugalah,” tambah beliau lagi.

    ReplyDelete
  9. Kemelut pertelagahan berhubung pembahagian kerusi dan calon dikalangan parti-parti di dalam Pakatan dilihat semakin menjadi-jadi walaupun mereka cuba untuk menyembunyikannya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.