Langkah 2: Serahkan MyKad/Dokumen pengenalan dan slip semakan kepada kerani Pengundian Pertama. Tunjukkan tangan untuk diperiksa dan dipastikan tiada calitan dakwat kekal pada jari
Langkah 3: Bergerak ke hadapan kerani Pengundian kedua. Letakkan tangan di atas pad dakwat kekal untuk calitan jari dan tunggu nama anda dipanggil
Langkah 4: Selepas jari ditandakan dengan dakwat kekal dan sebelum kertas undi dikeluarkan, kerani pengundian pertama akan membuat tanda pada nombor dan nama anda dalam buku daftar pemilih
Dapatkan kertas undi daripada Kerani Pengundian Ketiga
Langkah 5: Maju ke petak undi dan tandakan X pada ruang calon dalam kertas undi anda. Pilih satu calon sahaja
Langkah 6: Masukkan kertas undi ke dalam peti undi masing-masing untuk Dewan Undangan Negeri dan Parlimen
Langkah 7: Keluar segera dari tempat Mengundi
Syarat-syarat mendaftar sebagai pengundi ialah:
- Warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas.
- Bermastautin di mana-mana bahagian pilihan raya (Mengikut alamat dalam kad pengenalan)
- Tidak hilang Kelayakan sebagai pemilih sebagaimana diperuntukkan di dalam undang-undang
Tip Mengundi
- Semak nama dalam Daftar Pengundi dan semakan boleh dibuat di Tempat Mengundi atau di Pejabat-pejabat Pilihan Raya Negeri atau melalui laman web SPR dua minggu sebelum hari mengundi. Laman Web SPR- http://www.spr.gov.my
- Datang awal ke tempat mengundi dan bawa salah satu dari dokumen-dokumen berikut :
-Kad Pengenalan atau
-Pasport Terhad atau
-Pasport Antarabangsa atau
-Resit Kad Pengenalan Sementara Bergambar (JPN 1/9) atau
-Resit Laporan Kehilangan Kad Pengenalan Bergambar (JPN 1/11) atau
-Lesen Memandu.
- Undi anda amat dihargai. Dalam pemerintahan demokrasi, tiada sesuatu atau seseorang pun yang boleh menghalang anda dari membuang undi.
- Dalam pusat mengundi, semak nama anda dengan Kerani Penyemak Daftar Pemilih dan tunjukkan Dokumen Pengenalan Diri seperti Kad Pengenalan dan sebagainya.
- Apabila disahkan anda adalah pemilih berdaftar, anda akan diberi slip menyatakan nombor siri daftar dan saluran mengundi anda.
- Terus ke saluran mengundi. Tunjukkan slip anda kepada kerani pengundian pertama yang akan meneriakkan nama dan nombor Kad Pengenalan atau nombor siri anda. Kerani kedua akan mengeluarkan kertas undi anda yang telah terlipat dua dan menyerahkannya kepada kerani ketiga yang akan menindik kertas undi tersebut.
- Setelah diberi kertas undi, maju ke petak undi dan turunkan tanda “X” pada petak kosong di atas kertas undi anda bersebelahan nama dan simbol calon yang anda pilih.
- Lipat kertas undi anda dan masukkan ke dalam peti undi
- Keluarlah melalui pintu yang disediakan.
Peraturan Mengundi
- Beratur
- Sentiasa senyap di kawasan pusat mengundi
- Mengundi hanya sekali
- Bagi Pemilih yang cacat penglihatan atau cacat anggota boleh mengundi. Mereka mesti hadir ke pusat mengundi dengan ditemani oleh ibu, bapa, abang, adik, suami atau isteri yang telah diberikan kuasa untuk mengundi bagi pihak mereka. Wakil ini mesti menandatangani Perisytiharan identiti.
- Pemilih cacat penglihatan dan cacat anggota yang tidak ditemani saudara juga juga boleh mengundi. Mereka boleh meminta pertolongan Ketua Tempat Mengundi untuk membantu mereka membuang undi.
YANG DILARANG SEMASA MENGUNDI
- Jangan menerima sebarang imbuhan berupa wang atau barangan
- Jangan masuk ke pusat mengundi memakai lencana atau simbol parti yang besar.
- Jangan berbual-bual atau bertanya ketika di dalam saluran mengundi. Dapatkan pertolongan Ketua Tempat Mengundi sekiranya anda perlukan bantuan.
- Jangan mengambil masa terlalu lama untuk membuang undi.
- Jangan bazirkan kertas undi anda.
- Jangan tunjukkan kertas undi kepada sesiapa setelah anda selesai mengundi.
- Anda hanya mengundi sekali sahaja dalam satu-satu pilihan raya.
- Jangan mengundi lebih dari sekali kerana tindakan itu adalah satu kesalahan yang besar.
Pendaftaran Pemilih
- Pendaftaran pemilih sebagaimana yang ditetapkan oleh undang-undang membolehkan warganegara Malaysia yang layak mendaftar sebagai pemilih. Di samping itu membolehkan Pemilih Berdaftar yang bertukar alamat mendaftar di alamat baru. Pemilih juga digalakkan untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih yang sudah disahkan.
Bagaimana Hendak Menyemak Status Pendaftaran Anda:
-Melalui laman web SPR di http://www.spr.gov.my. Melalui semakan itu, pemilih akan memperolehi maklumat-maklumat berikut:
- Nama,
- Nombor K/P ( baru dan lama; jika ada) :
- Bahagian Pilihan Raya Parlimen dan Negeri, daerah mengundi dan lokalisi.
-Datang sendiri ke Ibu Pejabat SPR atau ke Pejabat Pilihan Raya Negeri
-Menyemak Buku Daftar Pemilih yang dijual oleh SPR
-Menelefon ke Ibu Pejabat SPR atau Pejabat Pilihan Raya Negeri
-Melalui Unit Bergerak SPR
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http://www.spr.gov.my atau hubungi:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4 – 5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500
Untuk makluman lanjut, sila layari laman web SPR di http://www.spr.gov.my atau hubungi:
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia
Aras 4 – 5 Blok C7
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62690 Putrajaya
Tel : 03-88856500
0 comments:
Post a Comment
Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.