Friday, April 12, 2013

PRU-13: Pemimpin berpengaruh DAP Sabah keluar parti sertai UPKO


KOTA KINABALU 11 April - DAP Sabah hari ini menerima tamparan apabila Naib Pengerusinya, Edward Ewol Mujie bertindak keluar parti dan menyertai parti Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO). 

Edward yang menyerahkan sendiri borang keahliannya kepada Presiden UPKO, Tan Sri Bernard Dompok dalam satu majlis di Kampung Putatan di sini, merupakan individu berpengaruh DAP Sabah yang kedua dalam masa seminggu bertindak meninggalkan parti itu. 

Minggu lalu, Ketua DAP Kepayan di sini, Stephne Jimbangan bertindak demikian bersama 128 penyokongnya dan menyertai UPKO. 

Edward berkata, antara penyebab utama tindakan nekadnya itu adalah kerana tertarik dengan usaha gigih tiga parti utama komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah, iaitu UPKO, Parti Bersatu Sabah dan Parti Bersatu Rakyat Sabah untuk menyatukan etnik Kadazandusun Murut melalui program 'Gelombang Tataba' (Perpaduan). - UTUSAN ONLINE

Bukan sahaja memberikan tamparan kepada DAP atau Pakatan Rakyat, malah juga kepada parti pembangkang tempatan Sabah seperti STAR dan SAPP. Keputusan yang dibuat oleh orang kuat DAP Sabah ini membuktikan bahawa Barisan Nasional diyakini mampu membela nasib rakyat Sabah terutamanya bagi etnik KDM. Malah keputusan Edward juga secara tidak langsung membuatkan laungan "Sabah for Sabahan" oleh SAPP dan STAR akhirnya kekal sebagai laungan kosong yang bersifat populis dan hanya bertujuan untuk menarik sokongan rakyat. 

Jika kedua-dua parti pembangkang tempatan ini (STAR dan SAPP) bersungguh-sungguh memperjuangkan nasib rakyat Sabah, sudah tentu Edward memilih mana-mana dua parti tersebut. Namun, memandangkan kedua-dua parti ini hanya lantang dari segi laungan, tetapi tidak dari segi tindakan, maka keputusan Edward untuk menyertai UPKO adalah tepat selepas komponen BN Sabah ini memperlihatkan kesungguhan mereka dalam memperjuangan nasib rakyat Sabah dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sikap tamak pembangkang Sabah terutamanya dari aspek pembahagian kerusi mungkin juga boleh menjadi punca kepada keretakan pembangkang Sabah, dan situasi seperti ini bakal membawa kepada kejatuhan pembangkang pada PRU13 nanti. Jesteru, kepada semua ahli-ahli pembangkang, ambillah tindakan awal sebelum nasib anda KARAM bersama-sama dengan parti yang lebih menonjol sikap tamaknya berbanding dengan agenda memperjuangkan nasib rakyat, negeri dan negara ini.

Syabas kepada Edward dan beberapa ahli DAP lain yang telah membuat keputusan bijak dengan meninggalkan parti boneka Anwar Ibrahim. Semoga lebih ramai ahli-ahli pembangkang yang akan menyertai Barisan Nasional selepas ini...

1 comments:

  1. Edward Mujie dikiran orang penting dalam DAP, tapi kini dia da sertai UPKO, DAP pasti makin lemah

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.