Friday, April 19, 2013

Rakyat Sabah MESTI Tolak Anwar dan Pakatan Rakyat Pada 5 Mei - N.Gobalakrishnan

KOTA KINABALU: Penyandang Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan, yang merupakan seorang Ahli Parlimen bebas Pro-Barisan Nasional (Pro BN), berkata mengundi Pakatan Rakyat (PR) dan pemimpin de facto PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bermakna mengundi bencana. 

Beliau berkata, rakyat Sabah mesti menolak Anwar pada 5 Mei kerana mengundi untuknya akan menjejaskan masa depan pembangunan Negara dan generasi muda. Ini kerana, katanya, Anwar hanya tahu membuat janji dan harapan kosong yang akan memperdayakan rakyat dan mengecewakan mereka kemudian. 

“Saya pernah berada dalam PKR dan rapat kepada Anwar selama 12 tahun dan untuk itu, saya memanggil ‘Raja Janji’ kerana beliau sangat berkebolehan memberi janji dan harapan palsu kepada rakyat tetapi tidak memenuhinya. 

“Satu contoh jelas, Anwar berjanji kepada lebih 20 keluarga India di kg Buah Pala, Selangor seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2008 bahawa sebaik PR menjadi kerajaan, beliau berjanji untuk mengeluarkan geran tanah kepada keluarga-keluarga ini dalam tempoh dua minggu. Sehingga kini, janji kekal janji kosong dan menghancurkan harapan mereka untuk memiliki tanah. 

“janji kosong PR yang paling diketahui ramai tidak membuat pembayaran elaun bulanan kepada ibu tunggal di Selangor dan ia disaman oleh mereka. Satu lagi janji, ia gagal mengeluarkan RM1,000 kepada setiap bayi baru lahir di Selangor termasuk kepada setiap pelajar yang meneruskan pengajian mereka di universiti,” katanya. 

Gobalakrishnan berkata demikian dalam satu sidang media bersama dengan presiden Pakatan NGO Pro BN Zulkarnai Mahdar di sini pada selasa lepas. Beliau antara penceramah dalam program Pakatan NGO Pro BN ‘Gerak Gempur: Membongkar pembohongan Anwar Ibrahim dan Bahaya Memilih Pakatan Pembangkang’ di Tamparuli, Tuaran dan daerah lain di Sabah. 

Hadir sama adalah seorang penggiat politik merangkap bekas Pengarah Perhubungan PKR Sabah, Ronnie Klassen. 

Gobalakrishnan, yang juga Presiden Perkemas, berkata Anwar melalui PR meminta perintah mahkamah untuk merobohkan sebuah kuil di Bukit Gasing, Selangor untuk memberi laluan bagi pembangunan di tanah itu. 

“Bukan sahaja kuil, Anwar juga gagal menepati janjinya untuk membantu sebuah kuil di Selangor untuk memberi laluan bagi pembangunan di estet itu. “Saya sangat kecewa beliau tidak memenuhi janjinya, malah meminta perintah mahkamah untuk merobohkan kuil itu. 

“Tidak seperti Barisan Nasional (BN) yang terbukti merupakan kerajaan yang berkhidmat untuk rakyat di bawah konsep 1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan tanpa mengira agama, kaum dan budaya mereka,” katanya. 

Selain itu, Gobalakrishnan turut mendedahkan bahawa Anwar juga sanggup melakukan apa saja untuk faedah politiknya seperti memberi ganjaran kepada ahli politik semata-mata untuk mendapat persekutuan politik dan sokongan mereka. 

“Anwar juga pernah menggoda saya dengan satu projek bernilai RM440 juta untuk mengimport bahan api dari Arab Saudi ke India untuk saya kembali ke pihak pembangkang dan menyokongnya. “Saya menolak projek untuk membeli saya itu kerana saya kenal Anwar…inilah yang beliau lakukan, membeli orang untuk menjadi sekutu politiknya.” 

Beliau memberi amaran kepada rakyat Sabah supaya berwaspada terhadap manifesto pilihan raya PR yang hanya bertujuan memancing pengundi untuk mempercayai mereka.

-- DE

0 comments:

Post a Comment

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.