Suddenly, to the surprise of many, SAPP had put two of their party flags straight in front of the DAP Sabah State Advisor Hiew King Cheu’s office in Foh Sang. Their purpose is seen to be trying to provoke the DAP, but the general public saw this action as a case of child-play and it has demonstrated the foul attitude and very un-gentlemen. It is more like an act of a rascal. Is this an instruction from the leaders of SAPP? - Sabahkini
INI KALI LAH... Pembangkang Sabah mula mainkan peranan dengan menyerang rakan pembangkang yang lain. Walaupun nampak kebudak-budakkan kerana menggunakan politik provokasi, namun sebagai parti politik yang sudah dikenali umum sebagai tamak haloba, maka apa sahaja yang mereka lakukan, bolehlah dianggap sebagai perkara biasa. SAPP, memang sejak dari awal lagi mahu menjadikan DAP sebagai musuh tradisi mereka. Jesteru, biarkanlah mereka bercakaran agar tercapai niat dihati masing-masing untuk menunjukkan siapa lebih dominan di negeri ini.
DAP yang menjadi mangsa serangan psikologi oleh SAPP sepatutnya tampil lebih matang dengan tidak menyalahkan pihak lain. Inikah contoh kerajaan alternatif yang kononnya lebih layak dan cekap mentadbir negeri/negara berbanding dengan parti berpengalaman seperti BN? Belumpun membentuk kerajaan, namun mereka telahpun menunjukkan ketidakmampuan mereka dalam menyelesaikan masalah remeh seperti ini.
Perkembangan terbaru ini (selepas SPR mengumumkan tarikh pilihanraya jatuh pada 5 Mei), merupakan berita baik kepada Barisan Nasional Sabah. Dalam masa terdekat ini, mustahil pembangkang di Sabah boleh mewujudkan satu kesepakatan yang utuh untuk menghadapi lawan dari komponen BN secara satu lawan satu. Dengan sikap tamak yang membuak-buak, disokong pula oleh ketiadaan rekod pentadbiran yang cemerlang, maka dengan yakinnya Bullet umumkan bahawa pembangkang di negeri ini bakal terlepas peluang merampas kerajaan.
Sekali lagi Anwar bakal berputih mata untuk merampas Puterajaya walaupun beliau dibantu oleh barisan pengganas dan juga jin atau jembalang dari Sulu. Kegagalan demi kegagalan yang dicipta oleh Anwar Ibrahim dek kerana terlalu suka menggunakan strategi yang sama setiap kali bermulanya pilihanraya, membuktikan orang tua kutuk ini sama-sekali tidak layak dan tidak berkebolehan dalam mengetuai tampuk pemerintahan negara.
masa terlalu singkat untuk pembangkang di Sabah bersepakat. mereka takkan dpt bersepakaat
ReplyDelete