SECARA simbolik nama pakatan pembangkang amat idealistik. Gah namanya tetapi hakikatnya seperti 'gong', kosong di dalamnya, hanya gema sahaja boleh didengar hingga berkilometer jaraknya.
Maaf cakap. Impian mereka untuk 'menakluk' Sabah akan tinggal sekadar mimpi ngeri, atau sekadar mengigau dengan mulut dipenuhi air liur yang bukan setakat basi tetapi amat busuk sekali.
Maksud pakatan adalah berpakat dan dalam dimensi politik pembangkang, ia merupakan kerjasama untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Resepinya amat mudah, jika berlawan jangan sesekali meletakkan semua calon mereka dalam satu kawasan untuk menumbangkan wakil BN.
Semua maklum ia bukannya strategi bijak kerana sudah semestinya yang akan mendapat nikmat kemenangan ialah BN. Dalam situasi itu, pengundi yang cenderung berpihak kepada pembangkang akan berada dalam situasi was-was, siapakah yang akan diberikan satu undi itu.
Di Sabah, terdapat 25 kawasan Parlimen dan 60 Dewan Undangan Negeri, (DUN) hampir dua pertiga daripadanya ditandingi secara bertindih antara pembangkang seperti Pas, PKR, DAP, Parti Maju Sabah (SAPP), Parti Reformasi Negeri Sabah (Star) dan beberapa lagi calon yang kecewa kerana nama 'tidak naik' atas tiket Bebas.
Pelbagai resolusi dan deklarasi sebelum ini untuk memastikan pertandingan satu lawan satu antara pembangkang dan BN hanya tinggal sekadar catatan atas kertas cadangan, semuanya tidak berjaya. Bukan salah mereka tetapi salah BN!, pasti ada orang-orang BN yang menggagalkan usaha itu!.
Adakah ini menunjukkan kesepakatan?. Bayangkan untuk meletakkan calon pun tiada kesepakatan, apa pula ceritanya jika ditakdirkan mendapat mandat. Tidak mustahil Sabah akan jadi kelam kabut, bercampur-baur hinggakan langsung menjadi tidak lazat untuk dimakan.
Satu kapal tidak boleh sesekali mempunyai ramai nakhoda, begitu juga dalam peperangan tidak boleh sama sekali mempunyai ramai panglima untuk mengeluarkan arahan.
Kepada rakyat, buatlah pilihan bijaksana, nilailah apa yang sedang melanda pembangkang Sabah, adakah mereka ini akan dijadikan pemimpin. Masalah antara mereka pun gagal diatasi, inikan pula masalah rakyat yang semestinya pelbagai ragam.
Semalam, proses penamaan calon di 25 pusat seluruh negeri berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini termasuk kawasan bergolak akibat pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu dan Semporna. Semua penyokong parti kerajaan dan pembangkang rata-rata menunjukkan budi pekerti cemerlang.
Secara keseluruhan, terdapat 357 calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) mewakili BN dan parti-parti lain di DUN dan Parlimen, iaitu 262 calon di DUN dan 95 bagi Parlimen.
Bermakna daripada daripada jumlah itu, hanya 85 sahaja bakal bergelar Yang Berhormat, manakala bakinya, 272 calon lagi bakal menggigit jari apabila hanya 60 kerusi DUN dan 25 Parlimen sahaja mempunyai kekosongan.
Berbanding dengan PRU sebelum ini, semua kerusi ditandingi, tiada satu pun yang menang tanpa bertanding. Malah lebih 70 peratus kerusi DUN menyaksikan pertembungan empat atau lima penjuru, manakala kerusi Parlimen pula kira-kira 50 peratus daripadanya ditandingi empat penjuru.
BN secara tradisinya bertanding di kesemua 60 DUN dan 25 Parlimen, bagi kerusi Parlimen, Star mempertaruhkan 21 calon, PKR (19 calon), Bebas (15 calon), SAPP (8 calon), DAP (4 calon), Pas (2 calon), Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) (1 calon).
Bagi DUN pula, Star dan Bebas masing-masing menampilkan 49 calon, PKR (43 calon), SAPP (41 calon), Pas (9 calon), DAP (7 calon), Bersama (3 calon) dan KITA (1 calon).
Kawasan Parlimen dan DUN yang paling ramai ditandingi ialah Parlimen Kalabakan serta DUN Sulabayan dengan masing-masing tujuh orang. Terdapat juga enam DUN yang masing-masing ditandingi enam calon iaitu Merotai, Bugaya, Kunak, Kundasang, Lumadan dan Tanjong Kapor.
Daripada 25 Parlimen dan 60 DUN, hanya dua sahaja yang ditandingi satu lawan satu, iaitu Parlimen Sandakan dan DUN Tanjung Batu.
Kau sila bro ! SAPP berjuang sendiri demi perubahan rakyat sabah & tidak ada kerja sama dgn mana2 parti pembangkang yg lain, lain kali cuci mulutmu dulu baru brckp !
ReplyDeletePertembungan beberapa penjuru di seluruh Sabah dalam Pilihan Raya 2013 akan menguntungkan Barisan Nasional (BN) terutamanya di kawasan yang pembangkang lemah,
ReplyDeletePertembungan beberapa penjuru akan mengurangkan peluang pembangkang untuk menang kerusi secara maksimum
ReplyDeletePertembungan beberapa penjuru akan mengurangkan peluang pembangkang untuk menang kerusi
ReplyDeleteDi kawasan dimana pembangkang tidak kuat, pertembungan beberapa penjuru mungkin menguntungkan BN,
ReplyDeletesilap lg kamu bro ! rakyat sudah tahu siapa yg mst dipilih pru13 kali ini !!! calon-calon BN di sabah pru13 ini semuanya calon-calon yg sudah basi & seolah-olah mcm tiada pula generasi baru org2 BN yg layak di calonkan utk jd pengganti !!! ini membuktikan BN sudah tiada TARINGNYA & hanya tinggal GUSI yg lembik......
ReplyDeleteIs that the best you can do, Abang Jaee? Let's see what achievement Sabah:
Delete1. Sabah has been among the top state that has achieved sound financial management and was given a clean bill by the Auditor-General at least for the last five years consecutively.
2. Moody International has certified the Sabah state government for efficient and proper budget management for three years running and the Rating Agency of Malaysia (RAM) has given the state government a triple-A rating for its finances.
3. Sabah is cash rich and has reserves of more than RM3 billion. The highest in Sabah's history up to date.
4. The 2013 state budget which is more than RM4 billion was the highest in the state budget's history.
5.Sabah Finance Ministry emerged as the only one to achieve five-star ranking among the state ministries in the Star Rating System (SSR).
6. Sabah has a total investment of about RM13 billion in 2011 although it is ranked after Sarawak and Penang. This is the highest the state has ever achieved," he said.
7. The overall crime rate in Sabah has been reduced last year while the poverty rate has dwindled from 19.7 per cent in 2009 to 8.1 per cent in 2012, the highest poverty reduction registered in the country.
8. The state government has also received the biggest funding from the federal government due to good relationship, paving the way for more development for the state.
9. Musa's administration has also played a pivotal role to convince the federal government for the setting up of the Royal Commission of Inquiry on illegal immigrants (RCI) in Sabah.
10. It's not a big secret that the state government's commitment in supporting efforts to reduce the cost of living and cost of doing business in Sabah, including the issue of sabotage.The manufacturing sector made another milestone with the presentation of Letters of Extension of Leases for the Kolombong Industrial Estate.
Dude, It ain't about them candidate, it's all about the coalition that delivers. Unlike BN, there are some of the opposition coalition members are at each other throat for seats come May 5. I don't have to be specific in mentioning their party name. It will ba an abuse to my keyboard to type them out.
Go and take a chil pill already, dude....
MOHON PENJELASAN.....APA MAKSUD BERSAMA? GABUNGAN ATAU PERTUBUHAN BERDAFTAR?
ReplyDelete