Tuesday, April 23, 2013

Manifesto BN Sabah adalah penyelesaian terhadap segala isu

KOTA KINABALU: Manifesto tambahan Barisan Nasional (BN) Sabah adalah penyelesaian terhadap segala isu yang diwar-warkan pihak pembangkang selama ini. 

Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok berkata manifesto itu amat bertepatan kerana ia mengambil kira permintaan rakyat peringkat akar umbi negeri ini. 

“Kesemua 16 perkara utama dalam manifesto ini merangkumi semua isu yang berkaitan dengan rakyat di negeri ini dan ini adalah komitmen BN untuk mendahulukan rakyat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri pelancaran manifesto BN Sabah, di sini, kelmarin. 

Manifesto bertemakan “Kami Telah Tunaikan. Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan”, itu disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. 

Sementara itu, calon Barisan Nasional (BN) DUN Karanaan Datuk Masidi Manjun berkata, manifesto BN Sabah adalah pelengkap Manifesto BN Pusat. 

“Melalui manifesto ini, BN Sabah berjaya membina identiti sendiri dengan memperjuangkan isu-isu tempatan. Segala yang diwar-warkan oleh pihak pembangkang, BN Sabah telah utarakan penyelesaiannya. 

“Saya fikir sekiranya semua orang membaca dan memahami manifesto ini dengan baik, kita dapati tiada alasan dan sebab mereka untuk tidak suka kepada BN kerana kita telah memberi perakuan bahawa kita akan memperjuangkan semua tuntutan dan isu yang dibangkit oleh rakyat selama ini,” katanya. 

Mengenai isu Pendatang Tanpa Izin (PTI), Masidi berkata BN Sabah telah memberi perakuan bahawa ia akan diselesaikan melalui penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI). 

“Ini adalah komitmen BN untuk menyelesaikan pendatang haram di negeri ini. Begitu juga dengan usaha untuk memperkemaskan ordinan tanah. BN memasukkan ordinan tanah dalam manifesto bagi menyelesaikan pertikaian tanah melibatkan Hak Anak Negeri,” katanya. 

Katanya lagi, BN telah mencapai banyak kejayaan termasuk mengurangkan kadar kemiskinan secara keseluruhannya kepada 8.1 peratus pada 2012 daripada 19.7 peratus pada 2009. 

“Pembangkang sering melempar tuduhan bahawa kerajaan negeri rasuah, tapi kenyataan adalah sebaliknya kerana Sabah satu-satunya negeri di Malaysia yang telah mendapat pengiktirafan lima bintang oleh ketua audit negara selama 10 tahun berturut-turut dari segi pengurusan kewangan. 

“Jadi saya tidak faham apa lagi tuduhan salah guna kuasa pengurusan kewangan yang mereka (pembangkang) ingin bangkitkan kerana seperti yang kita tahu ketua audit negara adalah badan bebas yang tidak tunduk kepada mana-mana parti atau kerajaan,” katanya. 

Calon BN Parlimen Ranau Datuk Ewon Ebin berkata, manifesto ini memperlihatkan kesungguhan BN untuk membantu rakyat khususnya di kawasan luar bandar untuk menyelesaikan masalah tanah dan mempercepat permohonan tanah mereka. 

Beliau juga yakin komitmen BN Sabah untuk mengurangkan tahap kemiskinan kepada tiga peratus dalam tempoh lima tahun akan datang dapat dicapai.

13 comments:

  1. Parti Bersatu Sabah (PBS) president Tan Sri Joseph Pairin Kitingan said the people have no other choice but to support BN under the leadership of Najib and Musa who have brought so much development.

    ReplyDelete
  2. Upko president Tan Sri Bernard Dompok said the Prime Minister of today is among the best in the world.

    “The profile of Malaysia is increasing and he has been doing good things so that we are proud being Malaysians,” Dompok said.

    ReplyDelete
  3. Manifesto tambahan Barisan Nasional (BN) Sabah yang menjanjikan kehidupan lebih baik buat rakyat berbilang kaum di negeri ini, mampu menawan hati rakyat, sekaligus mengekalkan tampuk pemerintahan pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

    ReplyDelete
  4. Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Joseph Pairin Kitigan berkata manifesto itu sangat realistik dan relevan disertai dengan niat yang ikhlas bagi memastikan rakyat mendapat peluang kehidupan yang lebih baik.

    ReplyDelete
  5. Manifesto itu jika ditelaah, akan mendapati BN komited untuk melaksanakan cadangan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan masalah pendatang asing dan perkara ini juga dibincangkan dalam parti," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran manifesto itu oleh Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman di Bangunan Umno di sini, Isnin.

    ReplyDelete
  6. Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO) Tan Sri Bernard Giluk Dompok berkata manifesto sebagai tambahan kepada manifesto BN peringkat nasional itu amat bertepatan kerana ia mengambil kira permintaan rakyat Sabah dalam menggubal sesuatu dasar.

    ReplyDelete
  7. Musa yang juga pengerusi BN negeri hari ini melancarkan manifesto Barisan Nasional (BN) Sabah bertemakan 'Kami Telah Tunaikan Lebih Banyak Lagi Akan Dilaksanakan', yang mengandungi 16 perkara utama, merangkumi hala tuju pembangunan dan kemajuan negeri ini.

    ReplyDelete
  8. Bagi Pengerusi Parti Liberal Demokratik (LDP) Datuk V.K Liew pula berkata manifesto itu bersifat padat selepas mengambil kira pendapat semua parti komponen.

    ReplyDelete
  9. Pandangan sama diutarakan Naib Pengerusi Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Dr Zhamriee Ibni Gulam Rasul bahawa kesepakatan parti komponen BN terserlah bukan sahaja dalam penentuan kerusi untuk pilihan raya, tetapi menerusi manifesto yang digubal itu.

    ReplyDelete
  10. Manifesto ini pasti dapat mematahkan janji-janji pembangkang yang hanya pandai bercakap tak serupa bikin bagi meraih sokongan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Menteri Pelancongan Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Datuk Masidi Manjun pula berkata tidak ada sebab untuk rakyat menolak BN kerana manifesto yang mantap atau aku janji bagi memastikan pengurusan yang efisien terhadap alam sekitar di Sabah.

    ReplyDelete
  12. Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Azizah Mohd Dun berkata manifesto itu jelas menunjukkan BN menghargai golongan wanita apabila memberi aku janji untuk memperkasakan wamita dan memastikan kesaksamaan gender.

    ReplyDelete
  13. Ketua Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata manifesto yang bersifat komprensif akan membuatkan rakyat bertambah yakin dengan kerajaan BN khususnya menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan termasuk pendatang tanpa izin dan pertikaian tanah melibatkan hak anak negeri (NCR).

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.