Friday, January 25, 2013

BN tetap menerajui kerajaan selepas PRU-13

TAMBUNAN: Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, berkata Barisan Nasional (BN) akan menang dan membentuk kerajaan selepas pilihan raya umum ke-13. 

Pairin yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah, berkata rakyat di negeri Sabah perlu memberi kemenangan kepada BN dengan majoriti yang lebih besar. 

Pairin berkata dengan peningkatan prestasi BN di semenanjung dan keyakinan kepada penambahan kerusi rakyat perlu bersatu padu dan berada di tahap yang tinggi memberi kepercayaan dan mandat kepada BN. 

Oleh itu kata Pairin yang juga Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Wakil Rakyat Tambunan menyeru agar usaha bersungguh-sungguh dibuat untuk meningkatkan majoriti di Sabah. 

“Ini (membentuk kerajaan) harus menguatkan azam dan keyakinan terhadap perjuangan kita,” kata Pairin lagi. 

Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Seminar Jentera Pilihan Raya BN Tambunan yang diadakan di Tambunan Resort (TRCC) di sini. 

“Jika kita mempunyai majoriti yang lebih besar akan memberi pengaruh yang kuat, seterusnya merapatkan kita dengan pucuk pimpinan dan menembusi persefahaman demi kepentingan rakyat di negeri Sabah,” kata Pairin yang juga Ketua Bahagian PBS Tambunan. 

Beliau berkata rakyat Sabah harus yakin bahawa BN akan membentuk semula kerajaan. 

Hadir sama Setiausaha BN Parlimen Keningau yang juga Timbalan Ketua Bahagian PBS Tambunan, Datuk Daniel Kinsik dan penyelaras-penyelaras Pusat Daerah Mengundi yang menghadiri seminar sehari tersebut. 

“Jangan ragu-ragu dalam perjuangan dan mainkan peranan kita dengan pendekatan yang bersungguh-sungguh kerana BN akan tetap menerajui kerajaan selepas PRU ke 13 ini,” ujar Pairin. 

Sementara itu Pengerusi Penganjur, Datuk Daniel Kinsik, berkata BN tetap akan menang dan mereka berada di tahap semangat yang tinggi untuk menghadapi pilihanraya. 

“Kami sasarkan kepada kemenangan besar calon BN,” kata Daniel. 

Menurut Daniel Bilik Gerakan di seluruh kawasan Tambunan akan mula beroperasi pada 1 Febuari ini. - New Sabah Times

28 comments:

  1. Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun Sakaran percaya Barisan Nasional (BN) punya kekuatan untuk mencapai kemenangan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 didasarkan kepada kesepaduan dan semangat kerjasama yang tinggi antara anggota parti.

    ReplyDelete
  2. Semua anggota parti harus menegakkan keazaman tinggi dengan memberi sokongan padu dalam memastikan kemenangan besar calon yang diputuskan pucuk pimpinan.

    ReplyDelete
  3. “Yang penting bukan sahaja semua ahli dari kalangan UMNO tetapi juga BN untuk terus bekerjasama dan memberi sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada calon yang diputuskan.

    ReplyDelete
  4. “Saya yakin dengan sokongan penuh dan undi yang diberi, kerusi BN yang akan memenangi pilihan raya (majoriti dua per tiga) boleh diperoleh,” katanya

    ReplyDelete
  5. BN tetap menjadi pilihan rakyat.

    ReplyDelete
  6. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Di mana-mana sahaja kita boleh melihat pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN. Rakyat Sabah cukup matang dalam menilai prestasi kerajaan BN yang telah banyak membawa pembangunan dan menolong rakyat dalam semua aspek tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.

    ReplyDelete
  7. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Antara kejayaan kerajaan BN Sabah adalah dalam mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  8. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Dengan mengambilkira kekayaan khazanah alam Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  9. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 ini telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete
  10. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

    ReplyDelete
  11. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

    ReplyDelete
  12. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

    ReplyDelete
  13. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun ini, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion. Pertumbuhan tinggi tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun ini yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia.

    ReplyDelete
  14. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit bagi pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan melebihi RM4 bilion.

    ReplyDelete
  15. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Kerajaan beri bonus dan kenaikan gaji kepada penjawat awam kerana kerajaan ada cukup kewangan untuk bayar gaji dan bonus kepada kakitangan awam. Bayangkan, kerajaan negeri Sabah membelanjakan sekitar RM700 juta setahun untuk bayar gaji kakitangan awam negeri.

    ReplyDelete
  16. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Kerajaan negeri ada bajet besar dan peruntukan pun besar untuk pembangunan di negeri ini termasuk pembangunan infrastruktur seperti membina jalan raya dan membaiki kerosakan jalan akibat tanah runtuh.

    ReplyDelete
  17. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi di negeri termasuk sektor pelancongan.

    ReplyDelete
  18. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Dengan promosi agresif mengikut acuan kerajaan BN, Sabah berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini.

    ReplyDelete
  19. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin.

    ReplyDelete
  20. BARISAN NASIONAL TETAP MENERAJUI KERAJAAN SELEPAS PRU13 KERANA SEBAB-SEBAB BERIKUT;

    dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum baru-baru ini.

    ReplyDelete
  21. Datuk Seri Najib Tun Razak announced an allocation of RM26 million for Sabah under the Nadi Kasih Programme managed by Yayasan 1Malaysia Development Berhad (Yayasan 1MDB).

    ReplyDelete

  22. The prime minister said through the allocation, each parliamentary constituency in Sabah would receive RM1 million to repair 200 houses of the poor and hardcore poor.

    ReplyDelete

  23. "We must generate wealth in order to help the people. If we are able to administer the country well, manage our economy efficiently and increase investment from in and outside the country, our economy will grow well.

    ReplyDelete
  24. "That is why our national transformation efforts, namely the Government Transformation Programme and Economic Transformation Programme and others are recognised by the world," he said at the launching of the state-level Nadi Kasih Programme

    ReplyDelete

  25. Also present were Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman, Rural and Regional Development Minister Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Deputy Chief Minister Tan Sri Joseph Pairin Kitingan and members of the state cabinet.

    ReplyDelete

  26. Under the programme, each house selected for repair will receive an allocation of RM5,000. In Sabah, it will involve a total of 5,200 houses.

    ReplyDelete
  27. At the same event, Najib also announced an allocation of RM32.5 million to upgrade the 14km Kampung Topokon-Kampung Wangkod Gontung road for the travelling comfort of about 3,500 residents in the area, including Kampung Rungus and Kosusu.

    ReplyDelete

  28. Upgrading works for the road which was built in the 1970's, will start soon and when completed, it will also benefit schoolchildren travelling to and from four primary schools in the area.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.