Friday, January 18, 2013

Penubuhan RCI bukti komitmen kerajaan BN perjuang hak rakyat Sabah

Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) bukan sahaja membuktikan komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk memperjuangkan hak dan kesejahteraan rakyat Sabah, malah penubuhannya juga merupakan satu petunjuk bahawa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib bersedia untuk berhadapan dengan desakan, tuntutan atau apa sahaja masalah di Sabah yang perlu diambil perhatian. Gesaan supaya RCI ditubuhkan sebelum ini telah disuarakan oleh para pemimpin parti-parti komponen BN termasuk Umno dan tidak terkecuali pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang menghangatkan lagi keadaan.

RCI bukanlah kaedah pertama atau terakhir yang dilaksanakan oleh kerajaan dalam menyelesaikan masalah pendatang haram dan juga Projek IC di Sabah. Sebelum ini juga, kerajaan telah melaksanakan pelbagai usaha termasuklah penubuhan Jawatankuasa Pusat dan juga Negeri bagi menyiasat dan merangka penyelesaian kepada fenomena warga asing di negeri ini, penubuhan Program 5P disamping penguatkuasaan berteruskan dari anggota beruniform samada di daratan mahupun perairan. Pendek kata, pelbagai usaha telah dan sedang dilaksanakan, namun masalah ini tetap berterusan.

Jika ada pihak yang mengatakan bahawa kerajaan tidak ikhlas menyelesaikan masalah ini hanya kerana kerajaan mengumumkan RCI disaat-saat akhir, ternyata andaian itu tidak benar sama-sekali memandangkan perkembangan siasatan setakat ini membuktikan badan itu benar-benar bersifat neutral tanpa memihak kepada mana-mana pihak sehingga ada kalanya membuka ruang kepada pihak pembangkang untuk memanfaatkan apa sahaja butiran siasatan untuk dipolitikkan.

Menurut kenyataan Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi bin Mohd Salleh, kerajaan telah mengusir 446,173 pendatang tanpa dokumen ke negara asal mereka sejak 1990. Angka tersebut adalah termasuk pelarian yang tidak mempunyai dokumen yang sah. Beliau turut memaklumkan bahawa skop kerja Pasukan Petugas Khas adalah untuk menangani isu berkaitan pendatang asing dan mengenal pasti pelarian dan pendatang yang merangkumi pelarian Filipina dari Filipina Selatan, pendatang asing tanpa izin yang memasuki Sabah dan Labuan, dan buruh asing dari Indonesia.

kerajaan telah berusaha untuk membendung kebanjiran pendatang asing tanpa izin sejak dulu lagi. Walaupun sukar, ianya tetap dilaksanakan. Kerajaan telah mengambil tindakan peguatkuasaan berterusan dan berusaha menangani isu berkaitan dengan bersungguh-sungguh. Namun kewujudan beberapa sindiket pemalsuan IC serta sindiket membawa masuk warga asing ke negeri ini menyukarkan lagi usaha-usaha kerajaan. Pembangkang sama sekali tidak pernah menyentuh isu ini walaupun kes berkenaan telah beberapa kali dilaporkan oleh media tempatan pada tahun-tahun sebelumnya.

Tahun lepas saja, negara telah dikejutkan apabila Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) IPD Tawau berjaya membongkar kegiatan sindiket ‘IC Palsu’ yang disyaki didalangi oleh seorang pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan bergiat aktif di sekitar Pantai Timur negeri ini. Modus operandi sindiket ini dipercaya berorientasikan penawaran dokumen berbentuk MyKad asli dan meminta mangsa-mangsa mereka supaya menyerahkan duit di antara RM1,000 – RM5,000, gambar, sijil lahir (jika ada) dan cap jari.

Kes seperti ini bukan yang pertama dan terakhir, malah besar kemungkinan masih banyak lagi sindiket yang belum diberkas samada bergerak secara berpasukan mahupun secara individu. Keuntungan lumayan sentiasa mendorong pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan apa sahaja aktiviti haram walaupun mereka sedar tindakan itu membawa kepada hukuman yang berat. Malah ada juga dilaporkan dimana penduduk kampung membantu warga asing mendaftarkan kelahiran anak-anak mereka hanya kerana mahu mendapatkan keuntungan secara singkat. Akhirnya, yang menjadi mangsa adalah kerajaan. Bila kita tanya PATI dari mana mereka dapat IC, adakah mereka akan mengaku bahawa mereka memperolehinya dari sendiket secara haram?? Sudah tentu tidak.. Sebaliknya, mereka akan cakap bahawa IC mereka tulen dan dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia.

berkenaan dengan mangsa pelarian perang di selatan Filipina sekitar tahun 1970an. Kerajaan mengambil peranan murni dan prihatin melibatkan aspek kemanusiaan untuk membantu pelarian dan mangsa perang. Tindakan kerajaan telah mendapat kerjasama dan diperakui oleh badan antarabangsa seperti UNHCR. Dakwaan kononnya mangsa pelarian ini dibantu pihak tertentu untuk mendapatkan IC juga tidak benar apabila beberapa pelarian Filipina yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di negeri Sabah hari ini memberitahu bahawa tiada mana-mana pihak yang membantu mereka bagi mendapatkan kad pengenalan (IC). Salah seorang daripada mereka, Abd Salam Ali, yang datang ke Sabah pada 19 Januari 1971 berkata, beliau sendiri yang berusaha mendapatkan IC nya itu.

Fenomena pemberian IC kepada warga asing ini sebenarnya konsisten dengan penjelasan Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir ketika mengulas mengenai dakwaan bekas Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin bahawa kerajaan pada ketika itu terlibat memberikan kad pengenalan kepada pendatang asing. Beliau menegaskan bahawa semua kelulusan berhubung pemberian kerakyatan tersebut dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang. Tambah beliau, Malaysia sentiasa menerima orang asing untuk menjadi warga negara sekiranya mereka memenuhi syarat-syarat tertentu.

"Ramai yang ada di Sabah, mereka berada di situ bukan satu dua hari, satu dua tahun... ada 20, 30 tahun. Mereka ini bercakap dalam bahasa Melayu. Mereka berhak untuk menjadi rakyat. Yang menjadi masalah ialah ada orang yang tidak senang kalau mereka jadi rakyat."

"Orang ini sebelum kita merdeka pun, mereka berulang alik daripada selatan Filipina ke Sabah kerana mereka tidak terima sempadan yang digaris oleh penjajah."

Pemimpin-pemimpin pembangkang sejak dari awal lagi sudah meletakkan isu itu sebagai senjata kempen menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 dengan harapan ia akan menarik perhatian rakyat untuk mengalihkan sokongan kepada mereka. Tetapi mereka lupa bahawa dalam undang-undang Malaysia ada diperuntukkan pemberian kerakyatan kepada pihak-pihak yang berkelayakan. Jesteru, jika Pembangkang tidak bersetuju dengan pemberian kewarganegaraan kepada warga asing ini, mungkin selepas ini mereka boleh masukkan agenda "penghapusan sebarang undang-undang berkaitan kewarganegaraan" ini dalam manifesto pilihanraya mereka. Penghapusan undang-undang ini juga konsisten dengan janji Anwar Ibrahim yang mahu menghapuskan semua undang-undang "lapuk" di negara ini jika PR diberikan mandat memerintah.  Dengan ini sama-samalah kita lihat bagaimana penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Anwar Ibrahim yang sanggup melakukan apa  sahaja asalkan dia dapat mempertahankan kuasanya.

Rakyat Sabah sepatutnya menilai isu ini diluar kotak pemikiran yang condong kepada ideologi politik pihak tertentu bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas, neutral dan tidak terhad kepada kepentingan politik sesetengah pihak. Dan pemimpin-pemimpin pembangkang juga sepatutnya memuji kesungguhan dan kemampuan kerajaan BN menunaikan janjinya atau sekurang-kurangnya membantu kerajaan untuk mencari cara dan strategi terbaik untuk menyelesaikan masalah ini untuk manfaat semua rakyat di negeri ini.

Tanpa melihat kepada faktor Pilihanraya Umum, saya simpulkan bahawa langkah kerajaan menubuhkan RCI menunjukkan keikhlasan dan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan ibu segala masalah di Sabah.

30 comments:

  1. Info yang berguna daripada blog tuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih sdr.

      rajin2lah datang melawat blog ini bagi mengikuti sebarang perkembangan politik di negeri ini.. Saya harap, blog ini dapatlah memberikan sedikit sebanyak informasi kepada sdr..

      Delete
  2. Setakat mana kejayaan RCI rasanya tidak tidak dapat lagi memberikan kesimpulan sekarang ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang benar sdr. saya juga bersetuju dengan saranan Datuk Seri Hishammuddin supaya siasatan RCI ini tidak dipolitikkan atau dibincangkan samada secara "ringan2" atau agresif selagi siasatannya belum selesai.

      Delete
  3. Nampaknya bekas kakitangan JPN memberikan keterangan seperti membalas dendam dengan Kerajaan kerana dikenakan ISA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia boleh balas dendam jika benar dia menjadi mangsa keadaan.. pintu mahkamah sentiasa terbuka untuk beliau mendapatkan keadilan..

      Delete
  4. Anwar bukan cita rasa orang Sabah. Betulkan? Jadi ABA-->Asal Bukan Anu-War..

    ReplyDelete
    Replies
    1. entah apa peranan Anwar ketika beliau masih memegang jawatan menteri kewangan dan timbalan perdana menteri..

      Delete
  5. ya betul itu! kita oleh bah. isu RCI yg dibangkit-bangkitkan pembangkang itu cuma mau buat kacau sikit. mereka memang tdk mau kerajaan sunyi tanpa huru-hara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha.. memang begitulah sifat semulajadi pembangkang bro.. kadang2 mereka lebih liar dari hidupan liar yang dikaji oleh national geographic..

      Delete
  6. Kalau saya dengar sendiri dari mulut Dr M yang mana memang pemberian IC diberikan kepada warga asing. Tapi itu bukan projek IC, semua kelulusan diberikan berdasarkan syarat yang ada dalam undang-undang sedia ada di Negara kita ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepatutnya Anwar dan konco2nya tampil membawa usul menghapuskan sebarang undang2 berkaitan kewarganegaraan di Parlimen jika mereka tidak setuju dengan undang2 ini. psst.. wife Anwar sendiri bukan warga tempatan..

      Delete
  7. Pendengaran awam seterusnya kita harap lebih banyak saksi yang tampil. pengakuan mereka memang satu kejutan dan diharap menjadi harapan untuk penyelesaian PATI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dari sudut lain, saya ucapkan syabas kepada kerajaan BN kerana tidak berselindung walaupun mereka lebih dulu sedar bahawa PRU bakal dilaksanakan tidak lama lagi..

      Delete
  8. Sama-samalah kita memberi kerjasama untuk menyelesaikan isu yang telah berpanjangan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sangat menghargai sikap patriotik seperti ini..

      Delete
  9. kerajaan tubuhkan RCI kerana itu adalah permintaan rakyat.

    ReplyDelete
  10. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    NRD Deputy Director Nik Norashikin Nik Mansur said 66,682 people in Sabah received Malaysian citizenship between 1964 to October 2012. She added that 38,000 were from Malaysia, 13,000 from China, 7,000 from Indonesia, while the rest were from the Philippines, Hong Kong and other countries. Those from Malaysia were born in Malaysia.

    ReplyDelete
  11. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    Those from China was a bit of a surprise. My British friend who had stayed in this country for almost three decades applied for permanent residence a number of times but to no avail. He passed away some five years ago and became permanent resident in Sabah, as dead as a doornail.

    ReplyDelete
  12. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    If what the opposition say about the government unlawful exercise to increase Muslim population is true, it seems absurd that the government also give to non-Muslim nationals from other countries.

    ReplyDelete
  13. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    Many countries give citizenship to immigrants who meet the requirement and abide by the law of the land. Knowing how to speak the local language is a must before citizenship is accorded to the person concerned.

    ReplyDelete
  14. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    Many of the immigrants who had stayed here a few decades can speak better Malay than many local Chinese and Indians that have been here a few generations. Even those from China who have been here just a few years speak better Bahasa than some Malaysian Chinese.

    ReplyDelete
  15. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    Malaysia also hosted the highest number of Chinese nationals compared to other nationals in its "Malaysia My Second Home" program and surprisingly some have pick up the language faster than some local Chinese.

    ReplyDelete
  16. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    I was amazed by a Chinese girl from China who was selling some Chinese goods at Wisma Merdeka a while back. She spoke fluent Bahasa Melayu, addressing her customers as abang, pakchik, kakak and so forth. I suppose one have to make an effort when it comes to survival.

    ReplyDelete
  17. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    As Mahathir said there is nothing wrong in giving immigrants citizenship as long as they meet the requirement. The U.S and many European countries give out citizenship every year to qualified immigrants.

    ReplyDelete
  18. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    It was also reported that some 128,000 dubious ICs was issued over a period, but after government investigation a total of 91,656 were found to be fake and had been cancelled. Actions had been taken against some NRD officers including invoking the ISA on them for selling ICs to illegal immigrants..

    ReplyDelete
  19. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    Obviously, these rouge officers, either were making use of government apparatus to do illicit business or taking instructions from their superiors to do the malfeasance to diddle Sabahans of their democratic rights.

    ReplyDelete
  20. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    Some good are coming out of the RCI and PM Najib should be lauded for his effort to find out the truth. The RCI is getting exciting each day and a boon for crooks, liars, opportunists and honest-to-goodness witnesses sharing the limelight of the unconscionable blame game.

    ReplyDelete
  21. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    I hope those involved in falsifying and issuing of ICs and tempering with the electoral rolls would be severely punished, irrespective of their positions, be they ministers, NRD officers or EC officers.

    ReplyDelete
  22. The U.S give out citizenship every year to qualified immigrants

    The skewed and lopsided pro-opposition news portal and blogs as usual only reported the negatives outcome and censored anything positive of the government.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.