Thursday, March 28, 2013

Tolak tawaran bersiaran di RTM bukti PR takut bentang manifesto secara terbuka

KUALA LUMPUR, 26 Mac — PKR hari ini menyertai rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) DAP dan PAS apabila menolak tawaran untuk bersiaran 10 minit dalam Radio Televisyen Malaysia (RTM), serta membidas ia satu “penghinaan” kerana saluran televisyen tersebut hanya menyiarkan berita dan iklan pro-Barisan Nasional (BN) sepanjang masa. - TMI Persoalannya, apakah tawaran oleh kerajaan itu tidak menepati kebebasan media? Atau mereka sengaja ingin mengalih...

Wednesday, March 27, 2013

Penubuhan ESSZONE bukan bermotifkan politik

"...Dengan kedudukan dan perangkaan itu menyebabkan ada tanggapan mengatakan pengistyharan 10 kawasan keselamatan khas itu dibuat bermotifkan politik untuk menjamin kekuasaan UBN di Sabah. Hari ini UBN terdesak dan menggeletar apabila pihak Pakatan Rakyat dengan kerjasama APS mendakwa mereka bakal menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen.  Sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai 10 hingga 12 kerusi parlimen Sabah seperti diuar-uarkan...

Video: Samseng Parti Keadilan Serang Belia Guna Besi dan Parang

BERTEMPAT di laluan Star City Kota Kinabalu pada 24 Mac 2013, jam 01.30 tengah hari sekumpulan belia gabungan bermotor dan Mahasiswa telah diserang dengan begitu kejam menggunakan parang dan besi oleh samseng Parti Keadilan (berdasarkan baju biru berlogo parti keadilan).  Sebanyak 5 buah motorsikal telah dirosakkan dengan teruk menggunakan parang dan besi. Kumpulan belia ini hadir sebelum kehadiran Anwar Ibrahim bagi menyatakan bantahan...

Tuesday, March 26, 2013

Perlukah sistem penggiliran Ketua Menteri diwujudkan semula?

"BN sabah di terajui oleh 'abang besar' iaitu UNITED MALAY ORGANISATION, telah memerintah Sabah sejak 1994 lagi. Rakyat Sabah masih ingat janji Tun Mahathir. Demi keadilan untuk semua kaum, Ketua Menteri akan digilirkan setiap dua tahun sekali. Akan tetapi, selepas Tan sri Chong Kah Kiat, jawatan Ketua Menteri ini telah dijadikan milik penuh UNITED MALAY ORGANISATION hingga la ke hari ini. Adakah ini dimaksudkan "JANJI DI TEPATI?"  Alasan...

Musa Aman Ikrar Pikul Tanggungjawab Pengerusi Esszone Sebaik Mungkin

KOTA KINABALU, 25 Mac (Bernama) -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berikrar akan memikul tanggungjawab sebaik mungkin selaku pengerusi Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) demi menjamin keselamatan penduduk dan negara. Sambil menghargai kepercayaan yang diamanahkan, Musa berkata komitmen penubuhan ESSZONE yang merangkumi 10 daerah sebagai memberi asas perundangan kepada Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) membuktikan keprihatinan...

Tarik Balik Semua IC di Sabah

PRESIDEN Pertubuhan Pasokmomogun KadazanDusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menggesa kerajaan menarik balik kesemua kad pengenalan yang dikeluarkan di Sabah dan mengeluarkan semula dokumen berkenaan kepada golongan yang dikenalpasti sebagai warga yang sah. Menurut laporan Borneo Post, MP Penampang itu menuntut demikian untuk menyisihkan golongan yang memiliki dokumen berkenaan secara tidak sah. Anggota exco kerajaan Sabah itu...

Monday, March 25, 2013

Skandal SAS: Bekas Ketua Menteri Wajib Bertanggungjawab

Seperti yang dijangka SAPP akan terus memainkan isu SAS, dan tidak mustahil isu ini akan menjadi "senjata utama" mereka pada musim kempen PRU13 nanti. Dengan menggunakan macai-macai serta penyokong-penyokong SAPP, usaha memutar-belitkan fakta mungkin akan berkesan jika rakyat tidak mengetahui cerita sebenar mengenai kejatuhan Saham Amanah Sabah. Perlu diingat, tujuan SAPP membangkitkan isu SAS bukanlah untuk mendedahkan kebenaran, sebaliknya hanya...

Friday, March 22, 2013

Janji Pembangkang Menghapuskan Undang-Undang Berkaitan Media Tidak Praktikal

Rakyat jadi keliru dan negara mudah huru-hara jika semua undang-undang berkaitan media dihapus dan rakyat disogok dengan pelbagai maklumat yang simpang-siur, kata beberapa pakar dan pengamal media. Kata mereka pelbagai fitnah dan tohmahan mudah dilemparkan kerana tiada lagi undang-undang yang mengikat penyebaran maklumat selain etika kewartawanan tidak lagi bermakna dan pemilikan media massa oleh pihak asing yang berniat jahat terhadap negara...

Pelaburan Pulau Pinang Menjunam Cerminkan Kelemahan Kerajaan DAP

Kemasukan pelaburan ke Pulau Pinang menjunam 73 peratus pada tahun lepas dengan mencatatkan jumlah RM2.47 bilion berbanding RM9.11 bilion yang direkodkan pada 2011, kata Naib Pengerusi Gerakan negeri Ong Thean Lye. Beliau berkata prestasi itu amat membimbangkan kerana sejak lima tahun lepas, kerajaan negeri tidak ada perancangan untuk membawa Pulau Pinang ke tahap lebih baik. Beliau memberitahu pemberita di sini Khamis, Pulau Pinang adalah...

Thursday, March 21, 2013

Jelapang Padi Kota Belud: Peter Marajin patut salahkan pembangkang

KOTA BELUD : Lima tahun sudah berlalu namun tiada apa yang hebat berlaku kepada "janji-janji dicapati" BN mahu jadikan Kota Belud "jelapang padi" negeri Sabah. Peguam terkenal, Peter Marajin, yang buat masa ini bersama SAPP, membidas pimpinan BN Kota Belud kerana gagal tunaikan janji itu selepas lima tahun lagi berlalu. - Borneo Herald Punyalah hipokrit pemimpin-pemimpin SAPP.. Dulu mereka juga yang membantah projek jelapang padi di Kota...

Rafizi buta sejarah: fitnah Tun Mahathir mendalangi Projek IC pada tahun 1975

Raja Muda Sulu, Agbimudin @ Azzimuddie Kiram Adalah Rakyat Malaysia & Kakitangan Awam  Dari maklumat Senarai Kakitangan 1975, Perkhidmatan Awam Sabah seperti yang disimpan di Jabatan Arkib Negara Sabah, disahkan bahawa Datu Agbimudin Kiram tersenarai sebagai Pegawai Pentadbir Muda di Pejabat Daerah Kudat dengan lantikan bermula 1 Mac 1974 bergaji RM610 sebulan. Penemuan ini membuka dimensi baru mengenai pencerobohan ini yang jelasnya...

Wednesday, March 20, 2013

Datuk Liew Vui Keong yakin mampu pertahankan P.186 Sandakan

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong, yang juga Ahli Parlimen Kawasan Sandakan berkeyakinan bahawa Barisan Nasional (BN) akan dapat mempertahankan semula ketiga-tiga kerusinya di kawasan Parlimen P.186 Sandakan DUN Tg Papat dan DUN Elopura menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.  Beliau berkata, parti itu tiada masalah untuk berdepan dengan mana-mana pembangkang berikutan kesiapsiagaan komponen kini...

Tuesday, March 19, 2013

Kerajaan tidak pernah bagi arahan keluarkan IC kepada PATI - Tun Mahathir

Kerajaan tidak pernah mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak untuk memberikan kad pengenalan (IC) atau kewarganegaraan kepada pendatang asing yang tidak layak di Sabah, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.  Justeru, beliau menegaskan rakyat Sabah tidak boleh mempersalahkan kerajaan semasa pentadbirannya kerana penyelewengan seumpama itu dilakukan oleh pihak tertentu untuk kepentingan diri.  "Saya sedar isu (Projek...