Tuesday, April 2, 2013

Motif pengeluaran IC khas Sabah oleh SAPP wajar diragui

SAPP - Sabah IC sebagai dokumen alternatif selain Mykad

TENOM: Ahli Majlis Tertinggi Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menegaskan bahawa parti itu tidak akan berganjak daripada matlamatnya untuk mengujudkan Kad Pengenalan Sabah (Sabah IC) sebaik sahaja parti itu membentuk kerajaan selepas pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

“ Apabila Sabah IC telah wujud dan berada ditangan rakyat jati negeri ini, dengan secara perlahan kita tidak akan mengiktiraf MyKad yang penuh kontroversi dan meragukan kita semua,” kata beliau ketika memberitahu hadirin kira kira hampir seratus orang semasa ceramah politik di Kg Batu Batu pada Ahad. - Wikisabah

Sebagaimana artikel di atas mengelirukan rakyat, begitu juga dengan kepimpinan SAPP yang semakin tidak waras apabila sanggup menjanjikan perkara yang tidak mungkin mereka mampu laksanakan melainkan jika Sabah keluar daripada Malaysia.

Berdasarkan ucapan Roger Sitimin, SAPP tidak akan mengiktiraf Mykad apabila IC Sabah telah wujud. Bermakna, jika SAPP memerintah, IC Sabah bukanlah dokumen ALTERNATIF kepada Mykad sebaliknya sebagai dokumen yang MENGGANTIKAN Mykad.

Persoalannya, bagaimana pula dengan nasib rakyat Sabah yang bekerja atau belajar di Semenanjung atau Sarawak sekiranya IC Sabah diwujudkan? Mahukan kerajaan negeri Selangor mengiktiraf IC Sabah untuk sebarang urusan di negeri itu?? Mahukah institusi pendidikan samada kolej atau universiti di Semenanjung mengiktiraf IC Sabah sebelum menawarkan kursus kepada anak jati Sabah?? dan bagaimana pula jika negeri-negeri lain turut mengeluarkan IC khas untuk negeri masing-masing??

Terlalu luarbiasa janji yang dilaungkan oleh SAPP sehingga sukar bagi mereka untuk menjawab BAGAIMANA mereka mahu mengatasi masalah-masalah kesan dari pelaksanaan IC khas Sabah ini. Bila ada pihak yang membantah, dengan mudah mereka menjawab bahawa IC Sabah tetap akan dikeluarkan kerana Mykad sudah terpalit dengan pelbagai isu kontroversi.

Daripada sekadar melaung-laungkan pengeluaran IC Sabah dan membidas pihak yang mengkritik idea populis SAPP, kenapa pemimpin-pemimpin SAPP tidak jelaskan saja secara terperinci tentang bagaimana ianya dilaksanakan dan apa pendekatan yang diambil untuk menangani masalah yang mungkin timbul disebabkan kewujudan dua IC yang berbeza ini?? 

Jika alasan mengeluarkan IC Sabah ini adalah kerana Mykad tidak mampu melindungi hak rakyat disebabkan dokumen itu turut diberikan kepada warga asing, bagaimana pula SAPP yang berangan-angan mahu merampas kerajaan MEMASTIKAN bahawa IC Sabah ini tidak akan terlepas ke tangan warga asing?? mampukah SAPP mengawal tindak tanduk setiap pegawai-pegawainya agar tidak terlibat dengan sindiket pengeluaran IC?? disinilah masalah yang sepatutnya perlu ditangani oleh SAPP sebelum tampil dengan idea populis kononnya mahu mengeluarkan IC Sabah..

Apa jaminan bahawa IC Sabah cetusan idea populis SAPP ini tidak akan diberikan kepada warga asing jika Yong Teck Lee sendiri gagal menyelesaikan masalah pemberian IC kepada warga asing ketika beliau masih menduduki kerusi Ketua Menteri Sabah?? 

Mengeluarkan IC baru khas untuk rakyat Sabah bukanlah penyelesaikan kepada masalah warga asing di negeri ini. Jika pelaksanannya longgar atau terlalu banyak "lubang", penyelewengan tetap akan berlaku sekalipun IC Sabah itu dihias cantik menggunakan teknologi terkini. Sepatutnya pemimpin-pemimpin SAPP mengkaji dimana silapnya sehingga Mykad boleh terlepas ke tangan warga asing. Bertitik-tolak dari situ, satu tindakan perlu diambil bagi memperketatkan pengeluaran Mykad agar tidak berlaku penyelewengan dokumen untuk kepentingan pihak tertentu.

Kesimpulannya, pemberian IC Sabah ini hanya janji untuk meraih undi kerana SAPP sendiri gagal menjelaskan secara terperinci bagaimana mereka mahu mengatasi kebarangkalian masalah-masalah yang mungkin timbul kesan dari pelaksanaannya, dan apa pendekatan yang diambil bagi memastikan pelaksanaan IC ini diseluruh Sabah tidak akan berlaku penyelewengan.

**TIDAK MUSTAHIL PENGELUARAN IC KHAS SABAH INI AKAN DIMANFAATKAN OLEH SAPP UNTUK KEKAL BERKUASA SEKIRANYA DIBERIKAN MANDAT MEMERINTAH**

3 comments:

  1. kenapa ada askar wataniah yg dokumen dirinya diragyi ic dan surat beranak berbeza nama boleh menjadi askar wataniah?skrg telah berpangkat koperal dan bertugas di kem wataniah kem paradise kota belud..bernama `Thukle bin Pukul' dlm ic dan 'thulke bin tahir' dlm surat beranak dan batc 20,tnyata dia mdapat ic projek. Keluarganya berasal dari Zamboanga Philipine..bagaiman boleh berkhidmat dalam askar wataniah. Anggota ini juga kuat mengampu pegawai atasan sehingga sarjan dan pegawai waran tidak boleh apa apakan dia..sila ambil perhatian dan tindakan. Boleh jadi dia adalah salah seorang pgkhianat pganas kiram yg mjadi risik..nama di BAT C 20 6134810 Kpl Thulke bin Tahir manakala dalam nama IC Thulke bin Pukul, bgmana nama dia boleh berbeza?dia kuat mengampu dan selalu membukz rahsia bkaitan dgn taktik ketenteraan kpd org awam, menjual pakaian pt loreng kpd org awam dan banyak lagi kerja kerja salah semasa berada di Kem, namun akibat kuat mengampu pegawai atasan kem, maka tiada tindakan disiplin dikenakan ke atas dia. Tolong sebarkan berita ini. -Warga Kem Paradise yg Kecewa-

    ReplyDelete
  2. SAPP DAN STAR PARTI KECIL, TIDAK PERLU DIUNDI. DIA BUKAN BOLEH BUAT APA-APA UNTUK RAKYAT SABAH. UNDILAH PR DEMI PERUBAHAN KEPADA SABAH DAN NEGARA KITA MALAYSIA...!!!

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.