Friday, March 15, 2013

Video: Teka Teki Disebalik Nyanyian Anwar



Ketika rakyat di Lahad Datu dicengkam kecemasan susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu, pemimpin de-fakto Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim "menyanyi" tanpa peduli.

Malahan, "nyanyian" Anwar itu mencetuskan pelbagai tanda tanya kerana lagu "Tanya Sama Pokok" itu telah diubah suai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah.

Menurut Utusan Malaysia (7 Dec), Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut "Sabah Bakal Hilang".

Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi "Ketua Pembangkang".

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.

Menurut akhbar itu, dalam ceramah pada 29 January lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.

Pada 1 Mac lalu, portal berita Filipina, Inquirer News yang memetik sumber perisikan Negara itu melaporkan terdapat tiga kumpulan menjadi dalang kepada pencerobohan berdarah tersebut yang membunuh lapan anggota keselamatan Negara.

Malah, laporan itu secara terbuka mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang di Negara ini selepas mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengannya menggadakan pertemuan dengan pengganas Sulu bagi menawarkan sokongan. Sebelum itu, pada 14 Februari lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di Negara ini.

Reuters melaporkan, kumpulan 150 pengganas diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari lalu bagi membincangkan isu tuntutan tanah selepas jemputan tersebut dibuat.

Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak. - Suara BENAR

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.