Tuesday, April 30, 2013

30 Penyokong Tegar Meninggalkan PKR

Tuaran: Harapan pembangkang merampas Parlimen ini daripada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bertambah sukar apabila lebih 30 penyokong tegar meninggalkan PKR, semalam.

Bekas penyokong PKR Ranting Kampung Gayang dekat sini yang mahu dikenali sebagai Maujar, 55, berkata mereka keluar parti itu kerana hilang kepercayaan kepimpinan PKR yang sering melaungkan janji kosong untuk rakyat.

"Bagi mengelak terus dipermainkan, saya dan beberapa pengikut memutuskan keluar PKR dan memberi sokongan kepada BN pada PRU-13," katanya pada majlis bersama calon BN Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Hajiji Mohd Noor di Kampung Gayang, di sini.

Yang turut hadir, Ketua Wanita UMNO Tuaran, Jamaliah Antip.

Sementara itu, Hajiji mengalu-alukan tindakan Maujar dan pengikutnya meninggalkan PKR, sekali gus memberi sokongan kepada BN pada PRU013.

--BERITA HARIAN (30 April, 2013)

Hampir setiap hari, ada saja pemimpin atau ahli PKR Sabah yang keluar parti dan menyokong Barisan Nasional. Jika bukan kerana kesilapan Anwar mempertaruhkan katak-katak yang berjaya ditubanya di negeri ini, pasti PKR Sabah tidak akan menghadapi konflik dalaman yang kritikal seperti hari ini..

Mujurlah kerakusan, ketamakan dan kelemahan Anwar tersembul keluar pada saat-saat akhir sebelum rakyat membuang undi. Sekurang-kurangnya lebih ramai pemimpin, ahli atau penyokong-penyokong PKR dapat membuat keputusan untuk menolak kepimpinan Anwar yang penuh dengan sandiwara dan retorik.

7 comments:

  1. Bekas Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Kota Belud yang menyertai UMNO, Saidil Simoi menyifatkan bekas partinya telah jauh tergelincir daripada landasan perjuangan sebenar seperti yang dilaungkan sebelum ini.

    ReplyDelete
  2. Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini pernah berjanji akan memberikan kuasa autonomi kepada Sabah apabila memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13, namun apabila diminta untuk memasukkan perkara tersebut ke dalam manifesto pembangkang, beliau dan rakan-rakannya terus dilabel sebagai penentang.

    ReplyDelete
  3. Setelah itu saya tidak diberi tempat, barulah saya menyedari bahawa perjuangan bersama parti ini merupakan sia-sia," katanya dalam ceramah politik Barisan Nasional (BN)

    ReplyDelete
  4. Menjelaskan lebih lanjut kemelut yang dihadapi oleh PKR sekarang, Saidil berkata, calon-calon parti itu yang diletakkan di kerusi DUN dan Parlimen adalah terdiri daripada mereka yang tidak lebih daripada 'kerbau dicucuk hidung', iaitu sentiasa mematuhi arahan secara membuta tuli.

    ReplyDelete
  5. , pengundi seharusnya bijak memilih kerajaan kerana hanya BN sahaja yang benar-benar memperjuangkan nasib rakyat.

    ReplyDelete
  6. Saya adalah orang yang paling layak memperkatakan tentang PKR kerana telah lama berada di dalamnya dan tahu segala sepak terajangnya. PKR bukan parti yang layak memerintah negara.

    ReplyDelete
  7. Cukuplah saya yang tertipu, jangan rakyat tertipu. Cukuplah mereka memerintah empat negeri, jangan seluruh negara kerana menyokong mereka bermakna suatu tindakan yang silap," tegasnya.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.