Sunday, April 21, 2013

Ansari Akui Tidak Wujud KEADILAN Dalam Parti Keadilan Rakyat

KOTA KINABALU : Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tuaran Division Chief, Ansari Abdullah today further criticized the party leadership, accusing it of preaching and practicing ‘fake justice’. 

“How can we proclaim ourselves as a party that is fighting for the people’s justice, when we can’t even ensure justice within the party?” he asked. 

He expressed this when approached by reporters at the nomination centre in Tuaran, after accompanying her daughter Erveanna Ansari to file in her nomination papers as an independent candidate for Tuaran parliamentary seat today.


Jika pemimpin atau ahli BN yang mempertikaikan hala tuju perjuangan pembangkang, pasti sebilangan rakyat akan turut mempertikaikan niat pemimpin atau ahli BN tersebut kononnya sengaja meremehkan agenda perjuangan pembangkang. Terlalu mudah untuk rakyat menepis apa sahaja kenyataan dari pihak BN yang cuba memburuk-burukkan pembangkang. Namun, apabila pemimpin pembangkang sendiri yang mempertikaikan hala tuju atau agenda perjuangan mereka, disinilah rakyat perlu memikirkan sebaik-baiknya betapa hipokritnya pemimpin-pemimpin ini dalam usaha mereka mahu merampas kerajaan.

Apa yang dilaungkan dan apa yang dicanangkan oleh pembangkang jarang sekali diterjemahkan dalam bentuk tindakan. Apa yang mereka janjikan kepada rakyat pada pilihanraya umum 2008, hanya 15% sahaja yang dilaksanakan. Begitu juga dengan konsep KEADILAN yang cuba dipopularkan oleh PKR. Terbukti, pada hari ini, melalui kenyataan Ansari Abdullah bahawa tidak wujud KEADILAN dalam Parti Keadilan Rakyat. Tindakan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anwar Ibrahim bkan sahaja gagal dalam memberikan keadalan kepada ahli-ahlinya di Sabah, malah sangat bertentangan dengan agenda mereka kononnya mahu memberikan autonomi kepada Sabah.

Jika sebelum memerintah, PKR sudahpun menyimpang dari agenda perjuangan mereka, bagaimana pula jika parti ini diberikan peluang memerintah?? Jika masalah-masalah dalam parti tidak mampu diselesaikan, apa jaminan bahawa masalah-masalah dalam negara akan mampu diselesaikan??

Rakyat Sabah, terutamanya para pengundi perlu melihat sebaik-baiknya kekotoran, kelemahan dan ketidak-adilan pembangkang sebelum memberikan undi kepada mereka. Sikap tamak Anwar Ibrahim, disokong pula dengan amalan cronyism dan nepotism, tidak mungkin mampu memberikan kesenangan, kemakmuran dan keharmonian di negeri ini jika ditakdirkan beliau menjadi perdana menteri seterusnya.

TATAP BN!
Pembangkang?.. LAIN KALI LAH!

10 comments:

  1. kawansiJalibinRanauApril 21, 2013 at 2:58 PM

    Jangan kamurang sukung PKR,DAP,BEBAS,PAS atau BN,INI kalilabah kita undi Parti STAR..Bebaskan Sabah dari penyelewengan BN.Ssukungan untuk STAR PRU 13

    ReplyDelete
  2. Pergolakan yang memecahbelahkan parti sendiri

    ReplyDelete
  3. Thamrin sewaktu ditanya tentang kemungkinan tindak balas daripada mereka yang tidak terpilih berkata, perkara itu adalah 'sesuatu yang boleh diuruskan

    ReplyDelete
  4. Lajim akan mempertahankan kerusi parlimen Beaufort dan turut mengintai kerusi DUN Klias dan Wilfred pula akan mempertahankan kerusi Tuaran dan turut bertanding di kerusi Tamparuli.

    ReplyDelete
  5. Peminggiran Ansari yang merupakan calon PKR dalam pilihan raya kecil Batu Sapi menimbulkan persoalan baru dalam kempen PKR di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor disifatkan sebagai sebuah kerajaan yang tidak berlaku adil kepada rakyatnya apabila meminta golongan ibu tunggal di negeri ini membuktikan mereka mengundi pakatan pembangkang dalam pilihan raya umum lalu sebagai syarat mendapatkan bantuan elaun yang dijanjikan sebanyak RM100.

    ReplyDelete
  7. Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, tindakan kerajaan negeri itu jelas menunjukkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang tidak bertanggungjawab, selain menafikan hak rakyat Selangor untuk mendapatkan bantuan elaun tersebut yang sebelum ini dijanjikan kepada mereka pada pilihan raya umum lalu.

    ReplyDelete
  8. Sebagai pentadbir negeri, PKR, DAP dan DAP tidak sewajarnya membeza-bezakan rakyat dari segi latar belakang mahupun ideologi politik mereka. Begitu juga dengan isu tunggal, mereka adalah rakyat Selangor sendiri.

    ReplyDelete
  9. Maka, sewajarnya kerajaan negeri memberikan bantuan elaun itu kerana telah pun dijanjikan pakatan pembangkang sebelum ini. Namun, melihat daripada tindakan kerajaan negeri dalam soal itu, jelas mereka tidak berlaku adil kepada rakyat Selangor,

    ReplyDelete
  10. Ahmad turut menyatakan sikap pakatan pembangkang itu adalah bertentangan corak pentadbiran kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) yang memberikan bantuan kepada rakyat tidak mengira latar belakang mahupun ideologi politik mereka.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.