Tuesday, April 23, 2013

Antara Kejayaan BN Sabah sejak 10 tahun lalu

PENGURUSAN KEWANGAN KUKUH DAN TARIKAN KEPADA PELABURAN
  • Dana kewangan negeri terkumpul berjumlah lebih RM3 bilion berbanding RM100 juta pada 2001.
  • Hasil pendapatan teringgi bernilai RM4.4 bilion pada 2011.
  • Jumlah pelaburan RM10 bilion dalam bentuk pelaburan langsung.
  • Pentauliahan ISO daripada Moody's International tiga tahun berturut-turut berkaitan pengurusan kewangan negeri.
  • Penarafan "AAA" daripada RAM Rating Services kerana pengurusan kewangan negeri yang terbaik.
  • Sijil bersih 11 tahun berturut-turut Ketua Audit Negara .
KEMISKINAN
  • Penurunan dua digit tahap kemiskinan secara keseluruhan kepada 8.1 peratus pada 2012 daripada 19.7 peratus pada 2009.
MEMPERKEMAS ORDINAN TANAH
  • Initiatif Pengeluaran Tanah Terancang (Geran Komunal) melalui landasan pantas dengan meminda Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah bagi melindungi hak anak negeri terhadap Tanah Adat Anak Negeri (NCR) seperti diwartakan pada Desember 2009.
PENGURUSAN HUTAN DAN ALAM SEKITAR
  • Mewujudkan perlindungan sepenuhnya kawasan Hutan Simpan (TPAS) meliputi kawasan seluas 1.3 juta hektar atau 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah yang melebihi piawaian 10 peratus seperti dikehendaki Pertubuhan Antarabangsa untuk Pemeliharaan Alam Semulajadi (IUCN).
PENDATANG TANPA IZIN
  • Menubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin dan menunggu hasil siasatan.
MENAMBAH SAMBUNGAN BEKALAN AIR, ELEKTRIK, JALAN DAN PENGANGKUTAN
  • Membina 5,370 kilometer jalan berturap setakat ini.
  • Menambah bekalan air bersih kepada 385,821 rumah di seluruh negeri.
  • Memperluaskan penyediaan bekalan elektrik kepada 486,485 rumah di seluruh Sabah.
BANTUAN KEPADA SEKOLAH VERNAKULAR
  • Peruntukan RM10 juta dalam bentuk pertolongan dan bantuan kepada sekolah vernakular menerusi RMKe-10.
  • Peruntukan RM19.4 juta untuk sekolah mubaligh di bawah RMKe-10.
SOKONGAN KEWANGAN KEPADA BADAN AGAMA
  • Bantuan RM168 juta kepada badan agama bukan Islam dari 2004 hingga 2012.
--BERITA HARIAN (23 April 2013)

6 comments:

  1. “The BN manifesto covers every aspect of development carried out for the people, unlike the opposition, who are only good at making empty promises,” he said, during the launching of the Sungai Sitompok bridge here and the Sabah Foundation Roadshow by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak

    ReplyDelete
  2. “Give us five more years, give brother Najib five more years. If we are not good, then tukar (change). But this time don’t tukar, give us a chance or else it won’t be fair,” Chin

    ReplyDelete
  3. Kemampuan Barisan Nasional (BN) mengekalkan kemenangan ke atas kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak dijangka menjadi penentu kejayaan gagasan itu di peringkat persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

    ReplyDelete
  4. Bekas Ketua Pengarang BERNAMA, Datuk Seri Azman Ujang, berkata sokongan pengundi di Sabah dan Sarawak terhadap kepemimpinan yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianggap masih kuat.

    ReplyDelete
  5. Ramalan yang dibuat hari ini menunjukkan BN masih dapat mengekalkan kuasa di peringkat persekutuan walaupun dengan majoriti yang tidak begitu banyak,” katanya ketika ditemui selepas Wacana Pra PRU-13

    ReplyDelete
  6. BN masih belum selesa dan mereka perlu berkerja lebih kuat untuk memantapkan kedudukan terutama di kawasan campuran yang dimenangi parti itu pada 2008 dengan majoriti kurang 1,000 undi.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.