Sunday, April 14, 2013

Kenapa Rakyat Sabah Perlu Sokong Barisan Nasional?

Sejak Datuk Seri Musa Haji Aman mengetuai tampuk pemerintahan negeri Sabah, pelbagai cerita-cerita kejayaan meniti dibibir masyarakat negeri ini. Para penganalisa politik turut mengakui bahawa hanya pada era Musa Aman, barulah wujud pembangunan di negeri ini.

Antara prestasi terbaik kerajaan ialah termasuklah kejayaan kerajaan negeri mengurus kewangan dengan baik seperti yang terkandung dalam Laporan Perbendaharaan Negara (AG) selain berjaya mendapat anugerah Clean Bill selama beberapa tahun berturut-turut.

Dengan mengambilkira kekayaan khazanah alam Sabah serta kedudukan fiskal negeri yang mantap serta kapasiti untuk melaras kutipan hasil negeri, RAM Rating Services Berhad sekali lagi telah memberikan penarafan “AAA” ( Triple A ) kepada negeri Sabah untuk 4 tahun berturut-turut.

Manakala, untuk pengurusan dan proses bajet negeri yang teratur dan mematuhi peraturan, Moody International pada tahun 2012 telah sekali lagi memberikan pensijilan MS-ISO 9001:2008 yang mana ini merupakan pencapaian cemerlang selama 4 tahun berturut-turut.

Dalam laporan terkini untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada sebuah negeri iaitu Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.

Untuk tempoh lima bulan pertama pada tahun 2012, eksport negeri terus berkembang pada kadar 7.2 peratus dengan nilai mencecah RM20.7 bilion, manakala import pula telah meningkat pada kadar 30 peratus dengan jumlah mencecah RM16 bilion.

Pertumbuhan tinggi pelaburan tersebut mencerminkan pelaburan besar oleh sektor swasta iaitu sebanyak RM10 bilion pada suku tahun pertama tahun 2012 yang mana ianya juga merupakan pelaburan swasta yang tertinggi di Malaysia.

Dengan kedudukan kewangan yang kukuh, kerajaan negeri mampu membelanjakan berbilion ringgit untuk pelbagai projek pembangunan di negeri ini, dan tahun ini sahaja, kerajaan negeri menyediakan bajet tahunan RM4.088 bilion, iaitu bajet tertinggi dalam sejarah pentadbiran negeri Sabah.

kestabilan politik dan iklim pelaburan yang kondusif turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negeri termasuk sektor pelancongan. Dengan promosi agresif mengikut acuan yang betul, kerajaan negeri berjaya menarik lebih ramai pelancong untuk berkunjung ke negeri ini. Begitu juga dengan pelaburan, banyak pelabur dari luar negara termasuk dari Amerika Syarikat dan Brunei yang berminat melabur di negeri ini.

Musa juga mempertahankan dasar tanah kerajaan negeri yang memperkenalkan hak milik berkelompok (communal title) kepada penduduk kampung yang layak demi masa depan mereka yang lebih terjamin. Selain bertujuan untuk menghalang penjualan tanah tersebut, ianya juga diyakini mampu mengurangkan kadar kemiskinan di negeri ini.

Dasar perhutanan dan pemeliharaan alam sekitar negeri ini turut dikagumi oleh negara luar yang menyaksikan pasangan diraja Britain (Putera William dan Kate Middleton) melawat Hutan Simpan di Lembah Danum tahun lepas. Lawatan pasangan diraja tersebut sekaligus menafikan tuduhan-tuduhan pihak luar yang kononnya hutan di negeri ini berada dalam keadaan kritikal.

Kajian Pendapatan Isi Rumah 2012 mendapati pendapatan bulanan purata isi rumah bagi negeri Sabah turut meningkat daripada RM3,102 pada 2009 kepada RM4,013 pada 2012. Pendapatan isi rumah bagi negeri ini dijangka akan terus meningkat jika rakyat terus memberikan mandat kepada kerajaan Barisan Nasional untuk memerintah negeri ini.

Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, Datuk Dr Rahamat Bivi Yusoff dipetik sebagai berkata, kadar kemiskinan di Sabah berkurangan daripada 19.7 peratus pada 2009 kepada 8.1 peratus tahun lalu, iaitu penurunan tertinggi kadar kemiskinan yang dicatatkan dalam negara.

Penubuhan ESSCOM dan ESSZONE, selain bertujuan menjamin keselamatan penduduk di negeri ini dari ancaman pengganas, ianya juga bertujuan untuk menyekat laluan masuk pendatang haram dan juga aktiviti-aktiviti penyeludupan yang sering menjadikan perairan Sabah sebagai laluan masuk.

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.