Thursday, April 18, 2013

Pointless Voting For Pakatan

KOTA KINABALU: Sabah Progressive Party (SAPP) has reminded voters that under the Constitution of Sabah, only a political party with a majority of seats in the Sabah Legislative Assembly shall form the Sabah government. 

“Unregistered parties and unregistered coalition of parties and NGOs are not qualified under the law to be elected as governments,” its president Yong Teck Lee said in a statement here. 

The target of his reprimand is Pakatan Rakyat, the loose coalition of opposition parties and friendly groupings which remains an unregistered body. 

Yong, who tried to seal an election pact with the Anwar Ibrahim-led Pakatan in order to reduce the field of contenders in next month’s election, said it would be a waste to vote for candidates fielded by the coalition for the state constituencies. 

Yong reiterated that in order to fulfill its struggle for political autonomy, SAPP would contest a majority of state seats so that the Sabah government would be elected by the people of Sabah and answerable only to the people of Sabah. 


Jangan terlalu angkuh Yong. Sedarlah bahawa perjuangan SAPP yang terlalu bersifat kenegerian tidak lagi diterima oleh rakyat di negeri ini. Lihatlah bagaimana Yong Teck Lee sendiri boleh tewas di Batu Sapi oleh calon tidak popular dari PBS, Datin Linda Tsen.. Malah undi Yong Teck Lee juga tidak cukup untuk menandingi calon dari PKR, Ansari Abdullah. Jika Yong Teck Lee sendiri gagal menewaskan calon tidak popular dari parti lain, bagaimana mungkin parti beliau mampu memenangi semua kerusi yang ditandingi SAPP untuk PRU13 ini?

Untuk parti paling tamak di Malaysia, contoh terbaik adalah SAPP, manakala untuk parti yang sentiasa gagal dalam memberikan keadilan kepada ahli sendiri ialah Pakatan Rakyat. Bila kedua-duanya bertembung, dengan serta-merta kekalahan akan lebih memihak kepada pembangkang di Sabah. Jika pembangkang kalah nanti, jangan pula hina rakyat Sabah dan jangan salahkan kerajaan Barisan Nasional. Cermin dulu diri sendiri sebelum menuduh pihak lain sebagai punca kekalahan.

Rakyat Sabah perlu buka mata dan lihat sendiri wajah sebenar pembangkang yang sering mendabik dada kononnya mereka adalah alternatif terbaik untuk memimpin negara ini. Jika isu remeh seperti agihan kerusi tidak mampu diselesaikan dengan baik, bagaimana pula dengan urusan pentadbiran negara/negeri?

**POINTLESS VOTING FOR BOTH PAKATAN AND SAPP**

12 comments:

  1. kemelut pembahagian kerusi di Sabah yang membabitkan Pakatan
    Pembangkang seperti PKR, DAP dan PAS, dan Parti Maju Sabah (SAPP), Angkatan
    Perubahan Sabah (APS) dan Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) tidak
    pernah selesai dan tidak akan selesai.

    ReplyDelete
  2. Ini kerana Pakatan Pembangkang menerusi
    Anwar Ibrahim masih berkeras bahawa parti di bawah Pakatan Pembangkang wajar
    diperuntukan kerusi yang lebih di Sabah pada PRU-13.

    ReplyDelete
  3. Pertindihan kerusi yang akan ditandingi parti-parti pembangkang di Sabah
    juga semacam tiada jalan penyelesaiannya.

    ReplyDelete
  4. Pakatan Rakyat (PR) sangat yakin mereka tidak
    memerlukan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk mengalahkan Barisan Nasional
    (BN) di Sabah, negeri yang dianggap penting untuk merealisasikan impian
    mereka untuk menawan Putrajaya dalam Pilihan Raya 2013.

    ReplyDelete
  5. perlawanan di Sabah, seperti negeri lain di Malaysia, akan tertumpu kepada diantara BN dan PR.

    ReplyDelete
  6. Barisan pembangkang di Sabah amat sesak, dengan tiga parti PR DAP,
    PKR dan PAS, sekutu baru APS dan PPPS, dan dua parti pembangkang lain
    SAPP dan Parti Pembaharuan Negeri (STAR) yang di pimpin oleh ahli
    politik veteran, Datuk Dr Jeffrey Kitingan.

    ReplyDelete
  7. Semua tujuh pergerakan politik sebelum ini mahu bersatu menentang BN
    tetapi kegagalan pengagihan kerusi menyebabkan pilihan raya akan datang
    mungkin akan menyaksikan pertandingan tiga atau empat penjuru melawan
    BN.

    ReplyDelete
  8. keengganan SAPP untuk mengalah dari permintaan yang “tamak” untuk
    bertanding sekurang-kurangnya lebih separuh darpada 60 kerusi Dewan
    Undangan Negeri (DUN) menyebabkan rundingan kerusi mereka dengan PR
    mengalami kebuntuan.

    ReplyDelete


  9. Yong bekas ketua menteri Sabah
    yang agenda partinya hanya untuk mempertahankan Sabah ditangan parti
    berasaskan Sabah, tidak pernah berminat dengan perjuangan pembangkang.

    “Beliau hanya mahu menyertai perjuangan dengan cara ini kerana mahu
    menjadi ketua menteri sekali lagi ... ia hanya kepentingan peribadi
    beliau. Jadi beliau begitu terdesak untuk mempunyai cara beliau ... ini
    adalah peluang peluang terakhir untuk beliau menjadi ketua menteri
    lagi

    ReplyDelete
  10. walaupun dalam sejarah politik Sabah, tidak pernah
    ada pertembungan satu lawan satu. Tetapi rakyat Sabah sentiasa mengundi
    untuk kedua-dua pihak utama dalam pertempuran.”

    ReplyDelete
  11. pasti rakyat kini sedang membuat keputusan, dan
    bagi kebanyakan, mereka sudah membuat keputusan ... jadi apabila kempen
    bermula, pilihan adalah diantara PR dan BN. SAPP dan lain-lain, hanya
    akan membuat sedikit perbezaan"

    ReplyDelete
  12. SAPP dan STAR hanya bermain politik di celah-celah. Mereka akan kekal hilang di tengah-tengah,

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.