Friday, April 26, 2013

PRU-13: 1,500 ahli PKR Beaufort dijangka keluar parti

BEAUFORT 25 April - Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat. 

Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias. 

Katanya, mereka kecewa kerana Lajim terlalu banyak campur tangan dalam urusan pentadbiran PKR negeri dan ini menimbulkan banyak masalah terutama kepada 25 orang ketua cabang PKR negeri." 

"Dia (Lajim) juga tidak memaklumkan kepada 15 orang ahli cabang PKR bahawa mereka tidak akan bertanding untuk PRU-13 ini meskipun beliau mendapat kuota tersebut sebaliknya telah menggantikan ahli dari Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) sebagai calon dengan menggunakan lambang PKR," katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Ramli yang juga bekas bendahari PKR negeri, berkata mereka juga tidak berpuas hati dengan janji autonomi oleh PKR pusat. 

"Mengikut autonomi itu, ketua cabang PKR di Sabah diberi kuasa penuh sama ada mentadbir, memilih calon dan pengerusi perhubungan negeri tetapi ia tidak dilaksanakan, di mana pemilihan pengerusi pimpinan negeri bukan dari suara majoriti ketua cabang negeri tetapi dari pusat, jadi sekiranya mereka akan memerintah apa akan jadi pada negeri Sabah," katanya. 

Ramli yang masih belum memutuskan untuk menyertai parti komponen BN yang mana, telah menyertai kempen calon BN di kerusi Parlimen Beaufort Datuk Azizah Mohd Dun. 

Lajim mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort pada pilihan raya umum 5 Mei ini. 

Pada Selasa lepas, Ramli mengetuai 200 anggota PKR mengumumkan keluar dan menyerahkan borang permohonan untuk menyertai BN kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa lawatan beliau ke Sabah.

--BERNAMA

5 comments:

  1. Kedudukan Umno Bahagian Beaufort semakin kukuh apabila semakin ramai ahli parti pembangkang menyertai parti itu sejak akhir-akhir ini.

    ReplyDelete
  2. erbaru seramai 80 mantan ahli SAPP di sini menyertai Umno dan menubuhkan sebuah cawangan di Kg Memanjang dalam kawasan Dun Klias.

    ReplyDelete
  3. penduduk di situ yakin dengan komitmen dan kemampuan pemimpin BN kerana ianya terbukti telah membawa perubahan kepada Kg Memanjang.

    ReplyDelete
  4. Sebelum ini tiada bekalan elektrik, bila malam kita pakai ‘pilacut’, tetapi sekarang penduduk di sini hidup dengan lebih selesa apabila tenaga elektrik telah dibekalkan,” katanya sambil memberitahu sehingga kini sebanyak 52 rumah didirikan di kampung itu.

    ReplyDelete
  5. penduduk di situ akan memberi sokongan padu kepada BN pada pilihanraya akan datang tanpa memilih calon.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.