Saturday, April 20, 2013

SAPP berpotensi membunuh sistem demokrasi jika diberikan mandat memerintah

KOTA KINABALU - Sabah Progressive Party (SAPP) president Datuk Seri Yong Teck Lee accused Pakatan Rakyat (PR) of sabotaging its chances of winning by fielding candidates in constituencies which SAPP is contesting, although PR has little or no influence in these constituencies. He cited for example, PR is fielding their candidates in such constituencies like Sepangar, Putatan and Inanam where SAPP candidates are contesting. - Wikisabah

Lagi kenyataan angkuh dari presiden SAPP, Datuk Seri Yong Teck Lee berhubung isu calon pembangkang di Sabah. Sejak bila kawasan seperti Sepanggar, Putatan dan Inanam menjadi milik mutlak SAPP? Adakah hanya SAPP sahaja yang layak bertanding menentang BN di kawasan itu? dan bagaimana Yong Teck Lee tahu bahawa Pakatan Rakyat tidak memiliki pengaruh yang kuat di kawasan-kawasan tersebut?

Jika benar Pakatan Rakyat mempunyai peluang tipis untuk menang di kawasan-kawasan yang disebutkan beliau, jesteru Yong Teck Lee tidak perlu meroyan menghalang mana-mana parti pembangkang untuk meletakkan calon di kawasan itu? Jika semua pengundi di Sepanggar, Putatan dan Inanam menyokong penuh calon SAPP, kemenangan tetap akan menjadi milik SAPP sekalipun pertanding banyak penjuru berlaku di kawasan itu.

Dengan rekod buruk Yong Teck Lee sebagai bekas ketua menteri Sabah dan masih terpalit dengan skandal SAS, pembalakan dan rampasan hak-hak penduduk Sabah, beliau sepatutnya berundur dari politik dan membiarkan Barisan Nasional untuk terus memerintah negeri ini. Sebagai rakyat tulen Sabah, Bullet sendiri tidak mahu negeri yang sedang berada dilandasan tepat untuk menuju status negeri maju dimusnahkan oleh pemimpin-pemimpin rakus, angkuh dan oportunis seperti Yong Teck Lee.

Tindakan Yong Teck Lee menghalang mana-mana parti untuk bertanding di kawasan yang mempunyai calon SAPP membuktikan parti nyamuk ini cuba membunuh demokrasi yang sebelum ini turut dituntut oleh mereka. Jika beginilah sikap presiden dan pemimpin-pemimpin SAPP, apa jaminan bahawa demokrasi di negeri ini akan terus subur dibawah pemerintahan mereka? Tidak mustahil, rakyat juga akan turut ditindas sekiranya didapati menentang cara pentadbiran mereka.

Dalam hal ini, Bullet tidak melihat mana-mana parti politik baik dipihak pembangkang mahupun parti pemerintah cuba melakukan sabotaj terhadap parti nyamuk SAPP. Sebaliknya, SAPP yang sudah tidak diterima rakyat Sabah lebih layak dituduh sebagai mensabotaj parti lain ekoran sikap mereka yang gemar menyerang kredibiliti parti lain berbanding dengan meyakinkan rakyat terhadap agenda perjuangan mereka.

Sebelum malapetaka melanda Sabah untuk kali kedua sebagaimana yang berlaku pada tahun 1996-1997, baik semua pengundi Sabah berfikir banyak kali sebelum memberikan undi kepada SAPP...

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.