Tuesday, April 23, 2013

KERUSI PANAS BEAUFORT: PERTEMBUNGAN ANTARA LAJIM UKIN & AZIZAH

Rekod pencapaian cemerlang dalam PRU-12 dengan majoriti 10,914 yang dimenangi oleh Lajim Ukin tidak akan mengguburkan semangat BN untuk terus berjuang di Beaufort melalui wakilnya Dato' Azizah Mohd Dun bagi kerusi Parlimen dan Isnin Aliasnih bagi kerusi Dun Klias. Masih ada masa untuk berkempen, dan belum tentu kemenangan akan berpihak kepada Lajim Ukin walaupun ada ura-ura mengatakan bahawa Beaufort adalah kubu kuat beliau. 

Tertekan dengan kritikan pelbagai pihak ekoran tindakan Lajim Ukin berpaling tadah disaat-saat akhir, pada 5 januari 2013, beliau telah mengadakan satu sidang media di Pejabat PPS Putatan untuk menangkis kenyataan MP Kota Belud yang telah mempersoalkan kredibliti beliau sepanjang 26 tahun karier politiknya bersama-sama dengan Barisan Nasional, terutamanya dalam soal pencapaian beliau. 

Antara pencapaian yang dihuraikan oleh Lajim untuk mengembalikan populariti beliau yang semakin tercalar, adalah; berjaya membawa pembangunan infrastruktur di kawasan P. 177 Beaufort dan juga di N 25 Klias iaitu dengan sebanyak 80%. Lajim juga menyatakan dia adalah pencetus idea kepada penubuhan Yayasan Usaha Maju, disamping berjaya membangunkan Wisma Pertanian ketika beliau masih menyandang jawatan sebagai Menteri Pertanian Negeri. 

Sedar tak sedar Lajim Ukin mengakui bahawa kerajaan BN Sabah dibawah pimpinan Datuk Seri Musa Haji Aman banyak membantu rakyat khususnya dikawasan yang diwakilinya. Sekaligus, menunjukan kepekaan BN dalam menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat di negeri ini. Kenyataan Lajim itu juga ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. 

Jika sebelum ini Lajim mempersoalkan dan mempertikaikan soal pembangunan di Sabah, terutamanya di kawasan yang diwakili oleh beliau, akhirnya beliau sendiri juga yang tampil menjawab apa yang telah dilakukan oleh kerajaan BN untuk manfaat rakyat di kawasan tersebut. Secara tidak langsung, beliau sendiri mengakui bahawa kerajaan telah membawa impak yang besar dalam pembangunan ekonomi negeri Sabah, dan semua sumbangan-sumbangan kerajaan ini tidak mampu dinafikan termasuklah oleh beliau sendiri.

Kenyataan dari mStar pada 27 Disember tahun lalu melaporkan bahawa majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya iaitu, Datuk Seri Lajim Ukin telah meninggalkan Umno beberapa bulan lepas. Malah, baru-baru ini, persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Beaufort, Sipitang dan Kuala Penyu telah berikrar untuk terus menyokong calon Barisan Nasional yang akan bertanding di kawasan Parlimen Beaufort dan Sipitang.

Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Klias Datuk Azizah Mohd Dun berpesan supaya penduduk tidak terpedaya dengan putar belit pembangkang yang hanya menabur janji-janji kosong. Pada hari penaman calon 20 April lalu, Azizah yang juga Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri berkata beliau bertekad untuk menjadikan Beaufort sebagai Hab Pendidikan bagi melahirkan modal insan berdaya saing dan mempunyai jati diri negara bangsa bagi memenuhi keperluan sebagai negara maju menjelang 2020, sekurang-kurangnya 1 Kampung 1 Profesional. Inilah pemimpin yang kita perlukan tanpa menunjukkan rasa gentar kepada pesaingnya Lajim Ukin, Azizah terus bertekad berjuang untuk penduduk di kawasan yang diwakilinya. 

-- HIDUP BN!
-- TATAP BN!

8 comments:

  1. Kesian kau Borneo Bullet. memang kau tidak tahu keadaan di Beaufort. seperti yang saya katakan. kita debatkan selepas 5 Mei nanti. sama ada antara Sabahterkini2u atau Borneo Bullet betul. semua jawapan pada 5 Mei.

    ReplyDelete
  2. Indeed. Lajim contradicts himself when it comes to the development in Beaufort. But end of the day, his bluff was called and he had to swallow a humble pie and admit that BN has indeed brought changes in Beaufort in terms of development. I still remember reading a news piece that Sabah hirf Minister Datuk Seri Musa Aman has pledged to continue to develop Beaufort. In my opinion, this will elevate beaufort shoulder to shoulder with other districts in Sabah. What is important now that there will be a continous development for the people of Sabah, or in this case, Beaufort.

    ReplyDelete
  3. Saya bersetuju dengan Pakatan Slayer. Lajim Ukin telah berpaling tadah dan menentang parti selam 26tahun dia berjuang. Dia sendiri memakan kata-kata yang dilemparkan kepada pembangkang sebelum ini.

    ReplyDelete
  4. Lajim membuktikan dimana letaknya harga diri belliau apabila nekad keluar dari UMNo disaat-saat memnantikan PRU-13 ini.

    ReplyDelete
  5. Majoriti penduduk di kawasan Parlimen Beaufort kekal menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun anggota Parlimen dan Ketua Umno Bahagiannya Datuk Seri Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lepas.

    ReplyDelete
  6. Rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini

    ReplyDelete
  7. UMNO Beaufort mampu mempertahankan kerusi parlimen kawasan berkenaan

    ReplyDelete
  8. jawatankuasa yang masih bersama UMNO dan Barisan Nasional akan tetap memastikan kerusi Parlimen serta DUN terus menjadi milik Barisan Nasional pada pilihan raya nanti.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.