Monday, May 13, 2013

Terima Keputusan Rakyat: Pesan Musa Aman Kepada Anwar Ibrahim

Kalau Anwar benar-benar ikhlas dalam tuntutannya, beliau wajib mendesak supaya pembangkang DAP-PKR-PAS menolak keputusan PRU-13 dan jangan mengangkat sumpah sebagai Kerajaan di Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Anwar juga wajib desak semua wakil rakyat pembangkang DAP-PKR-PAS supaya menolak kemenangan mereka dan jangan mengangkat sumpah bila Dewan bersidang nanti!

Malahan Anwar sepatutnya mengarahkan semua Ahli Parlimen dan ADUN pembangkang DAP-PKR-PAS supaya mengosongkan kerusi masing-masing kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 yang dikendalikan oleh SPR! Malahan Anwar juga WAJIB menolak keputusan kemenangan dia sendiri dan mengosongkan kerusi Permatang Pauh serta merta.

Jika tidak, sikap Anwar mempertikai keputusan PRU13 hanyalah retorik politik kosong yang sarat dengan penipuan serta hasutan untuk menutup kelemahan beliau dan juga Pakatan Rakyat. Walaupun Anwar berjaya himpunkan puluhan ribu rakyat, atau ratusan ribu sekalipun, hakikatnya majoriti rakyat di negara ini yang berjumlah lebih 28 juta orang, masih was-was dengan kepimpinan Anwar yang lebih terserlah nafsunya berbanding dengan kewibawaannya memimpin negara ini.

Bukan sahaja dikalangan orang awam, malah dikalangan pemimpin-pemimpin politik juga ramai yang melahirkan rasa meluat terhadap sikap Anwar Ibrahim yang mahu dirinya dilantik sebagai Perdana Menteri ke-7. Patutlah semakin ramai ahli-ahli dan juga pemimpin Pakatan Rakyat keluar meninggalkan gabungan haram itu.. rupanya mereka juga sudah tidak tahan dengan nafsu Anwar yang semakin membuak-buak sehingga sanggup mencetuskan suasana huru-hara dan memperkudakan kaum tertentu untuk meneruskan misi rampasan kuasa melalui cara yang paling tidak demokratik.
YAB CM Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman on Anwar's protest against GE13: 
It is time for everyone to accept the people's decision and move forward. Stop making allegations of fraud on the part of the Barisan Nasional merely to instigate the people. BN lost a few seats here in Sabah. You don't hear us crying foul.  
Instead we said we will do a post mortem and study our weaknesses. Today Anwar takes his rallies to the stadium. Tomorrow when he's still not satisfied, he will take it to the streets to continue stirring up the people to create chaos. 
Is this the type of Malaysia we want? 
A nation disrupted continuous rallies and demonstrations, causing massive traffic jams, affecting businesses and making a majority of its citizens uneasy. World leaders have accepted and even congratulation the PM on BN's victory.  
So please be a gentlemen and accept the people's mandate and allow all Malaysians to move on with their lives. Don't allow this one man's crusade to cloud your judgement.

3 comments:

  1. Tolak... Kaki Penjubur..

    ReplyDelete
  2. Anwar takkan dpt terima keputusan bahawa dia gagal nak jadi PM

    ReplyDelete
  3. trimalah keputusan.. jgn meroyan lagi

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.