Saturday, May 4, 2013

Video Pembohongan Bumburing


KEHEBATAN Datuk Seri Wilfred Bumburing berceramah memang memukau sehingga dalam separa sedar penduduk terpencil di Pedalaman lupa bahawa mereka tertipu dan terpedaya oleh orang yang mereka beri mandat pada PRU-12. 

Kini, setelah sedar, mereka bangkit kembali mendedahkan 'Silap Mata' 'Datuk Seri' yang menjual 'air liur' untuk meraih sokongan mereka setelah terpedaya dengan 'Janji Cepat Kaya' melalui IPC. 

Berikut suara hati penduduk kampung Madang dan Kampung Toboh, Tamparuli yang telah ditipu oleh pelaburan skim cepat kaya IPC yang dipromosikan oleh Calon PKR Tuaran, Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing. 

Diharap video ini dapat disebarkan secepat mungkin agar penyokong PKR yang selama ini terpukau oleh kemilau janji Bumburing dan Anwar dapat sedar dan kembali ke pangkal jalan sebelum tersilap memilih pemimpin. 

Sebagai pengundi berdaftar dan Anak Jati Tuaran, saya bertanggung jawab penuh ke atas Videoklip ini. 

Terima kasih, 

2 comments:

  1. Bunburing ni rupanya pembohong, mmg patut rakyat tolak dia.

    ReplyDelete
  2. pembohong tak patut jadi pemimpin

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.