Saturday, May 18, 2013

Lebih 30 Pemimpin Sabah Sertai Kabinet Persekutuan Jika PKR Memerintah?

MANTAN Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Tenom (2008) Adris Taripin, menyifatkan perlantikan enam pemimpin daripada Sabah membarisi kabinet Persekutuan suatu keputusan yang bijaksana setakat ini; namun berpendapat masyarakat Murut berada di persimpangan jalan setelah Kabinet Malaysia meminggirkan pemimpin yang mereka pilih melalui PRU-13. Perlantikan tiga pemimpin KDM ke dalam Kabinet Persekutuan iaitu Datuk Dr Maximus Ongkili, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Dr Ewon Ebin tidak boleh disifatkan mewakili masyarakat Murut, sekalipun dalam rumpun KDM. - SABAHKINI

Sebelum PRU13, Sabahkini ada memainkan spekulasi kononnya pucuk pimpinan telah menggugurkan Datuk Raime Unggi dan memilih Jamawi sebagai calon di Parlimen Tenom. Dengan hanya berpandukan spekulasi tidak berasas tersebut, lantas artikel itu menuduh pucuk pimpinan BN telah meminggirkan kaum Murut di negeri ini.

Namun apabila spekulasi tersebut berjaya dibuktikan TIDAK BENAR, dan apabila calon BN Datuk Raime Unggi berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Tenom, tidak ada pula kenyataan-kenyataan dari pihak yang berkenaan memuji langkah pucuk pimpinan BN mengekalkan Raime di kerusi tersebut. Dan tidak ada pula kenyataan mana-mana pihak terutamanya yang pro pembangkang, tampil mengakui bahawa kaum Murut di negeri ini tidak dipinggirkan.

Sebaliknya, mereka terus meracuni pemikiran rakyat dengan menuduh pucuk pimpinan BN telah meminggirkan kaum Murut sedangkan mereka sedar bahawa perkara itu tidak pernah berlaku. Namun disebabkan nafsu telah menguasai diri, maka usaha membangkitkan emosi perkauman terus disemarakkan agar kaum tersebut bangkit menentang kerajaan BN.

Peranan ahli parlimen sebenarnya sudah cukup untuk mewakili suara kaum tersebut diperingkat persekutuan. Jesteru, kaum Murut tidak perlu rasa terpinggir hanya kerana calon yang mereka pilih tidak dilantik ke jawatan menteri Persekutuan. Memadai kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib baru-baru ini TIDAK meminggirkan mana-mana negeri, terutamanya bagi negeri yang banyak menyumbang kepada kemenangan Barisan Nasional.

Adalah tidak masuk akal apabila mantan calon PKR Tenom, Adris Taripin membuat kenyataan seolah-olah Kabinet Persekutuan perlu diwakili oleh pemimpin-pemimpin berasaskan kaum. Jika itulah maksud beliau, bermakna Kabinet Najib perlu ada lebih daripada 30 pemimpin dari Sabah untuk dilantik sebagai menteri penuh atau timbalan menteri di peringkat Persekutuan??? Adris perlu ingat, jika ada mana-mana kaum yang berjaya melobi supaya pemimpin mereka diberikan peluang menganggotai Kabinet Persekutuan, sudah tentu kaum lain juga akan melobi perkara yang sama..

Sebelum mengkritik keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan BN, sepatutnya Adris Taripin mengkaji dahulu keputusan-keputusan yang pernah dibuat oleh pucuk pimpinan parti beliau sendiri. Ketika pemilihan calon PKR untuk PRU13, bukankah pucuk pimpinan PKR juga telah mengabaikan suara-suara akar umbi yang mahukan calon pilihan mereka dipertimbangkan??? Berdasarkan keputusan-keputusan yang berat sebelah oleh Anwar Ibrahim, apa jaminan bahawa semua kaum di negeri ini akan diberikan hak sama rata di peringkat persekutuan???

SEPERKARA LAGI YANG PERLU DIJAWAB OLEH ADRIS TARIPIN IALAH, BAGAIMANA PUCUK PIMPINAN PKR (SEKIRANYA MEMERINTAH) MAMPU MEMBERIKAN JAWATAN MENTERI DIPERINGKAT PERSEKUTUAN UNTUK SEMUA KAUM DI MALAYSIA???.....

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.