KUALA TERENGGANU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tersenarai sebagai pemimpin politik yang ke-11 paling popular di dunia dan yang pertama di Malaysia berdasarkan laman pemantau internet "Sosialbakers".
Najib ketika diminta mengulas tentang pemantauan itu berkata "11 itu nombor kegemaran saya...hari ini mungkin lebih tinggi" dan terus beredar ketika ditemui selepas majlis bersama RELA di Pusat Tamadun Islam di sini Rabu.
Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ketika ditemui Bernama berkata laporan itu menunjukkan Najib popular di kalangan generasi muda yang banyak mengakses media sosial.
"Ini menggambarkan Perdana Menteri populis (popular) bukan sahaja di Malaysia malah juga dunia," katanya.
Pemantauan Sosialbakers (www.sosialbakers.com) twitter Najib (@NajibRazak) mencatatkan jumlah pengikut yang tertinggi dengan 1.5 juta selain mencatatkan 100,312 pengikut baru bulan lepas.
Selepas Najib ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein dengan 477,893 pengikut, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim ketiga dengan 278,535 pengikut dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin dengan 264,734 pengikut di twitter.
Untuk laman Facebook Najib mencatatkan jumlah "like" kedua tertinggi selepas mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
-- BERNAMA
ari2 syiok sendri
ReplyDeleteKesian ko tak boleh nak rasa syok..sapa lah kamu....
Deletetak sangka Najib begitu popular
ReplyDeleteSyabas datuk seri!
ReplyDelete