Wednesday, May 1, 2013

Pencerobohan Lahad Datu: Rancangan Gila Pakatan Rakyat Terbongkar

"Saya mendesak kerajaan Malaysia menahan Tian Chua segera, kerana menurut orang yang saya jumpa di Manila, Tian Chua turut berjanji kepada MNLF dan Kiram untuk memberikan Wilayah Autonomi di Lahad Datu kepada Kiram. Manakalah wilayah Kunak dan Semporna kepada Nur Miswari (Nur Misuari).

Malah Tian Chua turut bersetuju untuk membayar setiap bulan Elaun DiRaja kepada Jamalul Kiram dan Nur Miswari jika Berjaya planning gila mereka itu.

Menurut dua tiga orang yang saya jumpa di Mindanao pula, sebenarnya mereka hanya hendak menakut-nakutkan kerajaan Malaysia supaya orang di Sabah tidak keluar mengundi, itulah arahan Anwar dan Tian Chua. Bila di Sabah tidak mengundi, Tian Chua kata mereka yakin akan menang di Semenanjung dan akan buat kerajaan.

Bila dah buat kerajaan kata Tian Chua, barulah mereka akan urus Sabah. Malangnya mereka tak sangka sampai berlaku pertempuran besar." - Baca Artikel Penuh di mrkinabaluboy

Samada benar atau tidak pendedahan ini, semuanya hanya akan terjawab selepas 5 Mei, iaitu selepas Pilihanraya Umum Ke-13 berakhir. Menteri Pertahanan akan dedahkan siapa tiga orang pemimpin pembangkang yang mendalangi insiden pencerobohan di Lahad Datu.

RAKYAT SABAH PERLU BUAT KEPUTUSAN BIJAK DENGAN MENOLAK PARTI YANG BENCIKAN KEAMANAN TETAPI CINTAKAN KEKACAUAN..

TATAP BN!

6 comments:

  1. Misteri siapa dalang di sebalik insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah, yang mengorbankan 10 anggota pasukan keselamatan kini semakin terungkai.

    ReplyDelete
  2. Ini berikutan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menghantar pegawainya ke sebuah negara jiran dalam masa terdekat untuk merakam keterangan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin.

    ReplyDelete
  3. Langkah itu adalah susulan artikel ditulis Raja Petra yang mendakwa mempunyai maklumat bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kaitan dengan insiden pencerobohan pengganas Kiram di Lahad Datu.

    ReplyDelete
  4. Artikel itu yang bertajuk Kisah di sebalik insiden Lahad Datu disiarkan Raja Petra di dalam laman web tersebut pada 25 Mac lalu.

    ReplyDelete
  5. Menurut sumber, pertemuan tersebut dijangka diadakan oleh pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di salah sebuah negara jiran dalam tempoh dua atau tiga hari lagi sejurus selepas Raja Petra tiba dari Manchester, United Kingdom.

    ReplyDelete
  6. Pihak JSJ terpaksa memanggil Raja Petra untuk dirakam keterangan selepas beliau menyiarkan kenyataan di dalam blog miliknya bahawa beliau mempunyai bukti yang dapat mengaitkan penglibatan Anwar dalam insiden tersebut.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.