Tuesday, May 14, 2013

Parti Tidak Berdaftar, Juga Tidak Iktiraf PRU13?

Inikah wajah-wajah "Winnable Candidates" USNO??
SEMBILAN orang Calon Bebas (USNO) yang turun bertanding di 10 kawasan Pilihanraya di Pantai Timur Sabah Pada Pru13 telah mengambil satu ketetapan bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU-13 kerana beranggapan pilihanraya berkenaan adalah Pilihanraya UMNO atau BN; dan bukannya Pilihanraya Umum ke 13. 

Post-Moterm Pilihanraya yang dibuat oleh calon-calon USNO telah dibentangkan dalam satu Perjumpaan Calon Bebas (USNO) di Tawau Sabah bertempat di Markas USNO Tawau pada 12 Mei 2013. Mereka sebulat suara mendakwa pilihanraya ke 13 ini adalah pilihanraya buang masa, tenaga dan pembaziran wang rakyat. - SABAHKINI

Untuk apa USNO mengiktiraf PRU13 jika parti itu sendiri tidak diiktiraf oleh ROS? Malah, pada PRU13 yang lepas, tidak ada calon USNO bertanding di Sabah melainkan calon bebas. Sedarlah pemimpin-pemimpin USNO bahawa rakyat tidak akan memilih calon dari parti yang sudah dibubarkan. Hancur masa depan rakyat Sabah jika pemimpin-pemimpin dari parti koboi ini diberikan mandat memerintah.

Rakyat Sabah yang pro kepada pembangkang, pada mulanya amat gembira bila melihat kesepakatan antara parti-parti pembangkang di Sabah dalam menghadapi PRU13. Kesungguhan mereka untuk bersatu jelas terpancar di wajah pemimpin-pemimpinnya.. Siri pertemuan juga kerap diadakan sebagai tanda bahawa permuafakatan dan kesepaduan dikalangan mereka semakin utuh. 

Namun bila tibanya pilihanraya, sesuatu yang amat mengejutkan bagi rakyat di negeri ini apabila sikap tamak pemimpin-pemimpin pembangkang berjaya mewujudkan pertandingan sehingga tujuh penjuru di Sabah... Mana hilangnya kerjasama USNO dengan STAR? Kenapa semuanya bertanding atas logo BEBAS, bukan STAR?

Sebab itu, sejak awal-awal lagi para pemerhati politik telah menasihatkan pembangkang supaya tidak menyalahkan BN atau SPR jika mereka gagal merampas kerajaan. Kegagalan itu, bukan berpunca dari pihak lawan mahupun SPR, sebaliknya berpunca dari sikap tamak pemimpin-pemimpin pembangkang sendiri. Malah, dikalangan pemimpin-pemimpin USNO juga tidak ada antara mereka yang diyakini mampu membela nasib rakyat Sabah. Jesteru, akurlah dengan keputusan yang dibuat oleh rakyat..

Jika semua calon USNO yang bertanding tidak berpuas hati dengan keputusan PRU13, bukankah lebih baik jika mereka kemukakan bukti dan bawa ke mahkamah? Tidak ada gunakan mereka meroyan di Sabahkini jika semua tuduhan mereka hanya sekadar persepsi bagi menutup kekalahan dan kelemahan mereka.

1 comments:

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.