Saturday, May 4, 2013

Kehebatan Bumburing hanya pada sikap membohong, rakus dan pentingkan diri

BUMBURING, BILA MAU TELANJANG?

KETIKA PRU-10 yang berlangsung pada tahun 1999, Wilfred Bumburing tewas dalam pertandingan di DUN Tamparuli; ketika itu menentang calon PBS, Edward Linggu. 

Pada ketika itu jugalah Wilfred berjanji akan 'telanjang bulat' berjalan kaki dari pekan Tenghilan hingga ke Kiulu. Ini merupakan satu janji yang harus ditepati dalam konteks kepimpinan politik. 

Wilfred jelas sombong ketika itu dan menganggap dirinya hebat! Wilfred Bumburing juga dilihat sebagai seorang pemimpin KDM yang sombong dan angkuh serta berlakon dan berlagak sebagai hero yang membela nasib kaum KDM. 

Namun apabila kita 'membaca' pergerakan politik Wilfred, beliau jelas tidak konsisten dalam kedudukannya. 

Pemimpin seperti Wilfred ini bukan saja harus ditolak, beliau juga seharusnya ditentang habis-habisan kerana umum melihat bahawa beliau bukanlah seorang pemimpin yang mendahulukan aspirasi rakyat. 

Dalam konteks ini juga, status Wilfred yang bertanding atas tiket PKR di Tuaran dipersoalkan banyak pihak. Apakah kedudukan politik sebenar beliau? Wilfred tidak seharusnya memperkudakan PKR untuk membohongi rakyat. 

Wilfred memang sudah terkenal sebagai 'pengkhianat' kepada bangsa KDM. Pemimpin seperti Wilfred harus 'dikuburkan' kerana jika dibiarkan beliau boleh merosakkan imej kepimpinan KDM di mata rakyat nasional! 

Salam Hormat. 


BUMBURING RAKUS, PENTINGKAN DIRI?

PETUALANG seperti Wilfred Bumburing harus menerima hukuman daripada rakyat dalam PRU yang ke 13 ini. Beliau tidak harus diberikan ruang dan peluang kerana beliau telah menunjukkan sikap 'tamak' dan 'rakus' dalam dirinya kerana sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai kepentingan peribadinya. 

Wilfred telah menjadi pengkhianat kepada kaum KDM suatu ketika dahulu apabila beliau telah mencuba dan berusaha untuk menjatuhkan kerajaan kepimpinan 'Huguan Siou', Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. 

Wilfred juga sanggup berbohong kepada Ansari Abdullah, Ketua Cabang PKR Tuaran. Tidak cukup dengan itu, dalam diam dan dengan perlahan untuk 'membunuh' PKR dengan berhasrat untuk menubuhkan parti baru setelah puas memperalatkan PKR. 

Dengan kedudukannya yang bagaikan 'anjing kelaparan', tanpa segan silu tergamak mengkhianati penganut agama Kristian ketika bersama Barisan Nasional dahulu. 

Dalam kesibukan setiap parti politik yang bertanding pada PRU 12 (2008), Pakatan Rakyat konsisten bahawa penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah' dan pada ketika itu, PKR Tuaran mengedarkan risalah berhubung perkara berkenaan kepada umum. 

Antara isi kandungan risalah tersebut ialah, Parti Keadilan Rakyat tidak membantah umat Kristian daripada menggunakan kalimah 'Allah' serta tidak membantah umat Kristian daripada menggunakan Al-Kitab dalam bahasa Melayu. 

Sehari selepas pengedaran risalah tersebut, IPD Tuaran telah menghubungi mereka yang terlibat dalam edaran risalah tersebut untuk diambil keterangan kerana seorang yang bernama Dennis Gimpa telah membuat laporan polis berhubung edaran risalah itu. 

Apabila mengetahui bahawa Dennis Gimpa adalah orang kanan Datuk Wilfred Bumburing yang merupakan calon Barisan Nasional P.170 Tuaran ketika itu, saya tertanya-tanya, apakah status dan standard Wilfred Bumburing sebagai pemimpin KDM dan penganut agama Kristian kerana tergamak menentang penggunaan kalimah 'Allah' oleh umat Kristian? 

Tidak hairanlah jika Wilfred Bumburing 'dikuburkan' aspirasi politiknya kerana telah 'ketulahan' disebabkan mengkhianati agama dan bangsa sendiri! 

Ini Kali Lah, Tolak Wilfred Bumburing! 

Salam Hormat! 

3 comments:

  1. ‘Orang kuat’ pembangkang di Sabah termasuk bekas Ahli Parlimen, Datuk Lajim Ukin dan Datuk Wlfred Bumburing masing-masing tewas dalam usaha mempertahankan kerusi Parlimen dimenangi mereka atas tiket Barisan Nasional (BN) pada 2008.

    ReplyDelete
  2. rakyat dah hilang keyakinan terhadap Bumburing

    ReplyDelete
  3. Begini punya lah kita muat....hahaha..?

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.