KOTA KINABALU : Pembubaran Pertubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPPS) P171 Sepanggar diketuai Ag Maidin Ag Apong, calon Bebas bagi DUN Karambunai serta beberapa ahlinya menunjukkan satu khabar gembira kepada Barisan Nasional (BN) pada 05 Mei ini.
Calon BN bagi Parlimen Sepanggar, Datuk Jumat Idris berkata, dalam laporan akhbar tempatan semalam bahawa pembubaran PPPS P171 itu dilihat akan meningkatkan sokongan kepada Calon DUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid; sekali gus menjadi tamparan hebat kepada pengerusinya, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin.
Katanya, tindakan calon bebas di Dun Karambunai iaitu Ag Maidin Ag Apong itu memperlihatkan ahli-ahlinya sudah hilang kepercayaan terhadap PPPS serta tidak berpuas hati terhadap pucuk pimpinan yang selalu mengenepikan pandangan pengundi di peringkat akar umbi.
“Kita lihat ini merupakan satu petanda baik kepada BN di saat akhir menjelang hari pengundian pada 05 Mei (Ahad) ini apabila calon bebas Ag Maidin Ag Apong bertindak memilih membubarkan PPPS di Sepanggar.
"Kita nasihatkan pengundi Sepanggar agar terus fokus dengan hanya memikirkan memberikan undi kepada Barisan Nasional. Seluruh jentera BN bekerja keras untuk memastikan calon BN mendapat kemenangan nanti.
"Mereka sanggup bersengkang mata, dengan mengajak serta menemui pengundi di pelbagai peringkat untuk mengekalkan kemenangan BN untuk terus memerintah di negara ini,” katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas menghadiri siri jelajah kempen pilihanraya umum ke-13 di Kampung Bangka-Bangka Likas dan di Kampung Cenderamata Dua Likas Kota Kinabalu, di sini kelmarin.
Hadir sama dalam majlis itu, Calon DUN Karambunai, Datuk Jainab Ahmad Ayid dan Ketua Daerah Mengundi Likas Baru, Duman Tukimin.
Jumat yang juga Ketua Umno Bahagian Sepanggar berkata, pengundi perlu mengambil ikhtibar pembubaran PPPS Sepanggar kerana kelihatan tidak sepakat, tidak fokus untuk memperjuangkan masalah rakyat serta terpaksa dibuburkan di saat akhir menjelang hari pembuangan pengundi.
“Berbanding BN, kita sepakat menggunakan lambang sama (logo Dacing) yang mewakili semua parti dalam kompenan Barisan Nasional (BN). Parti BN sudah berkhidmat kepada rakyat Malaysia selama lebih 55 tahun dan terbukti membawa banyak pembangunan kepada masyarakat di seluruh negara,” katanya.
Dalam PRU13 ini, Datuk Jainab Ahmad Ayid akan ditentang oleh calon bebas Ag Maidin Ag Apong; Muali Aching (PKR); Aziz Ibrahim (SAPP) dan Rano Susulan (bebas).
Sementara itu ketika berucap di Kampung Cenderamata Dua, Likas, Kota Kinabalu, Jumat berkata, pihaknya sedang dalam perancangan untuk menyusun semula kampung itu bagi memastikan penduduknya dapat menikmati pelbagai kemudahan yang diperolehi kampung lain di Parlimen Sepanggar.
“Penduduk kampung perlu ingat Kampung Cenderamata Dua adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) selepas terbabit dalam kebakaran beberapa tahun lalu. Kita sudah menempatkan semula mereka di tapak sedia ada dengan memberikan segala kemudahan asas agar mereka selesa tinggal dalam tempoh jangka masa panjang.
“Timbul jua isu kononnya parti pembangkang (SAPP) menjadi hero dalam membangunkan kampung Cenderamata Dua Likas ini, namun kita percaya pengundi sudah matang berfikir dan tahu menilai siapa sebenarnya bersusah payah membangunkan semula kampung ini; sehingga nama jalan di kampung diletakkan 'Jalan Datuk Jumat Haji Idris' sebagai tanda menghargai jasa saya di kampung ini,” katanya.
Sementara itu, dalam siri lawatan di Kampung Bangka-Bangka Likas, Jumat menasihatkan agar pengundi terus memilih BN dalam pengundian pada ahad ini.
“Kita menunggu sehingga lebih 50 tahun untuk diwakili oleh calon anak tempatan berketurunan 'Bajau' di Parlimen Sepanggar selepas SAPP menyertai pembangkang pada tahun 2008. Inilah masanya pengundi di Kampung Bangka-Bangka Likas meneruskan sokongan mereka dengan memilih calon BN mewakili mereka bagi menyelesaikan masalah infrastruktur di seluruh Parlimen Sepanggar,” katanya.
dah kalah trpaksalah bubar
ReplyDelete