Friday, May 3, 2013

Tuduhan Anwar Warga Sabah Sebagai Pengundi Hantu Adalah Satu Penghinaan

KERAJAAN SANGKAL DAKWAAN PAKATAN RAKYAT BERHUBUNG USAHA BAWA MASUK PENGUNDI
 
Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan sebarang penglibatan berhubung dakwaan pakatan rakyat bahawa rakyat Malaysia dan juga warga asing diterbangkan ke semenanjung untuk mengundi pada pilihan raya umum, Ahad ini.

Dalam satu kenyataan ringkas, seorang jurucakap kerajaan berkata:

"Pejabat Perdana Menteri menafikan sebarang pembabitan berhubung penerbangan seperti ini. "Suruhanjaya Pilihan Raya telah bertungkus lumus memastikan bahawa sistem pilihan raya lebih kukuh daripada sebelum ini, dan pilihan raya adalah bebas dan adil," kata jurucakap berkenaan.

Sementara itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menjelaskan semasa pilihan raya adalah normal bagi pertubuhan-pertubuhan dan parti politik menggalakkan pengundi datang ke pusat mengundi.

Malah pakatan rakyat telah menempah bas-bas bagi membawa pulang pengundi dari Singapura, manakala Bersih, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang mempunyai kaitan dengan pakatan rakyat, membayar tambang penerbangan bagi rakyat Malaysia untuk pulang dari Shanghai dan Hong Kong.

"Pakatan rakyat secara sinis cuba menimbulkan keraguan mengenai keadilan sistem pilihan raya bagi melemahkan demokrasi Malaysia. Ia adalah satu kempen bagi memburuk-burukkan sistem pilihan raya menjelang pilihan raya. Pembangkang sedang menyediakan satu alasan bagi kekalahan mereka," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan Khamis malam berkata semua penerbangan sewa khas oleh syarikat penerbangan nasional itu adalah penerbangan sewa khas komersil. Syarikat penerbangan ini juga turut menyangkal semua dakwaan bahawa ia menggerakkan penerbangan sewa khas bagi membawa pengundi-pengundi hantu pilihan raya umum ke-13.

--BERNAMA

DAKWAAN PENGUNDI HANTU DARI SABAH TIDAK MASUK AKAL

Tidak masuk akal. Demikian pandangan beberapa pihak mengenai dakwaan pakatan PKR-DAP-PAS bahawa Barisan Nasional (BN) memindahkan lebih 40,000 pengundi "hantu" dari Sabah dan negara asing ke Semenanjung, bagi memastikan kemenangan pada pilihan raya kali ini. 

"Bagaimana hendak membawa pengundi hantu dari Sabah ke sebuah negeri lain?," kata Yang Dipertua Persatuan Anak-Anak Negeri Sabah (Perasa) Kuala Lumpur Datin Saidatul Badru Tun Said Keruak ketika dihubungi Bernama. 

Hujahnya adalah mustahil untuk memindahkan manusia seperti barangan, apatah lagi melibatkan jumlah sedemikian besar

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan pula berkata dakwaan tiga sekutu itu hanya untuk menimbulkan kemarahan penyokong mereka. 

"Umno dan BN tidak sebegitu bodoh untuk membuat kerja yang melibatkan operasi besar seperti itu," katanya. 

Sementara itu Senator Datuk S. Nallakarupan yang juga bekas rakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Anwar telah dilabel sebagai orang yang akan mencari salah BN dalam apa juga perkara walaupun BN berada di pihak yang benar

"Di dalam kepalanya hanyalah untuk menjadi perdana menteri, menjatuhkan BN. Lain-lain tiada," katanya. 

-- BERNAMA

BUMIPUTERA SABAH DI KLANG KESAL DITUDUH SEBAGAI PENGUNDI HANTU

"Jangan tuduh kami sebagai pengundi hantu, kerana ia satu penghinaan kepada rakyat Malaysia kelahiran Sabah pada keseluruhannya".

Itulah kata-kata yang diluahkan seorang suri rumah berasal dari Sandakan, Sabah, Hasnawati Jura, 32, yang menjadi pengundi berdaftar di Klang untuk sekian lama, bila mendengar dakwaan pihak pembangkang kononnya banyak pengundi hantu didatangkan dari Sabah ke Selangor.

Hasnawati yang kini menetap di Flat Bandar Bukit Tinggi 1 Fasa 4 berkata beliau kesal dengan tindakan pakatan rakyat yang menggelar rakyat Sabah sebagai pengundi hantu dan menggunakan isu pengundi hantu sebagai bahan kempen menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Ahad ini.

"Saya sudah bermastautin selama kira-kira 16 tahun di Semenanjung dan sudahpun mengemas kini alamat rumah supaya dapat mengundi di Klang dan isu menjadi pengundi hantu tidak timbul," katanya ketika ditemui Bernama di Klang, Khamis.

Norijah Taliyur, 40, yang berasal dari Tenom, Sabah berkata beliau telah mengundi untuk sekian lama di Klang dan menyifatkan tuduhan pengundi hantu itu tidak berasas sama sekali. Tuduhan itu, katanya boleh mengelirukan rakyat dan mengancam kredibiliti pilihan raya pada keseluruhannya. Beliau yang sudah bermastautin di Semenanjung selama 22 tahun, kesal dengan tuduhan itu kerana ia seolah-olah menidakkan hak dan kepentingan anak jati Sabah.

Sementara itu, Mohd Ibrahim Abdullah, 50, yang berasal dari Membakut, Sabah berkata beliau bermastautin di Jalan Batu Nilam, Klang untuk sekian lama.

"Kebanyakan mereka yang datang ke Klang untuk mencari rezeki dan menetap di sana untuk sekian lama dan menggunakan saluran betul menjadi pengundi," katanya.

Sementara itu, Abdullah Jamrid, 48, yang mengetuai bilik gerakan BN di Flat Bukit Tinggi 1 Fasa 4 berkata 80 peratus daripada penduduk di flat itu yang mempunyai 1,000 unit rumah, terdiri daripada Bumiputera Sabah yang sudah bermastautin di Klang.

"Mengikut pemeriksaan kami, mereka telahpun memenuhi segala syarat dan kelayakan untuk mengundi di Klang dan tuduhan pengundi hantu itu adalah melampau," katanya.

--BERNAMA

BAGAIKAN "KETAGIHAN" UNTUK BERBOHONG, ANWAR IBRAHIM TANPA RASA BERSALAH DAN SEGAN SILU MEMPERGUNAKAN KEPAKARANNYA MEYAKINKAN ORANG RAMAI DI SELURUH PELUSUK DUNIA MENGENAI PEMBOHONGAN DAN FITNAHNYA TERHADAP KERAJAAN DAN JUGA AGENSI BUKAN KERAJAAN YANG TIDAK MEMIHAK KEPADA BELIAU. BERBOHONG BAGAIKAN RUTIN HARIAN BELIAU HINGGAKAN ADA YANG BERPENDAPAT BAHAWA INSAN "MALANG" INI TIDAK MAMPU UNTUK HIDUP JIKA TIDAK BERBOHONG DALAM SEHARI.

SEBENARNYA KITA TIDAK TAHU APA JENIS JEMBALANG YANG MEMASUKI TUBUH ANWAR SEHINGGA TIBA-TIBA BOLEH JADI SEGILA DAN SESEWEL INI BILA MEMBUAT SEGALA MACAM TUDUHAN SEMATA-MATA MAHU MERAMPAS PUTERAJAYA. TUDUHAN PULUHAN RIBU PENGUNDI HANTU TELAH DIDATANGKAN DARI SABAH DAN SARAWAK MERUPAKAN PENGHINAAN TAHAP TERTINGGI PEMIMPIN PAKATAN ITU KEPADA WARGA KEDUA-DUA NEGERI BERKENAAN. 

TERNYATA BENCINYA ANWAR KEPADA RAKYAT SABAH DAN SARAWAK TAK PERNAH PUDAR DARI DULU HINGGA SEKARANG. LIHAT SAJA BAGAIMANA ANWAR MEMUNGKIRI JANJINYA MENGENAI AUTONOMI SABAH YANG BARU-BARU INI DIBANGKITKAN OLEH ANSARI ABDULLAH. MALAH, INSIDEN PENCEROBOHAN LAHAD DATU JUGA MASIH TERPALIT DENGAN NAMA ANWAR IBRAHIM BERSAMA-SAMA PEMIMPIN PAKATAN YANG LAIN WALAUPUN ADA PENAFIAN DIBUAT OLEH MEREKA. HARI INI SEKALI LAGI RAKYAT SABAH DIJADIKAN MANGSA POLITIK JIJIK PAKATAN RAKYAT TERUTAMANYA ANWAR IBRAHIM DENGAN MENUDUH RAKYAT DI NEGERI INI SEBAGAI PENGUNDI HANTU.

2 comments:

  1. biasalah tu Anwar, semua mau dimanipulasi, kini PR kalah pun Anwar tidak puas hati.

    ReplyDelete
  2. Keputusan pilihanraya kali ini menjadikan keadaan serba tidak kena kepada kedua-dua belah pihak, BN dan Pakatan Rakyat. BN memenanginya sekali lagi tetapi hanya kemenangan yang kecil, lebih kecil daripada kemenangannya pada PRU 2008. Pakatan Rakyat pula walaupun kalah telah menambah kemenangannya dari 82 kerusi dalam PRU yang lalu sekarang mendapat 89 kerusi yang dimenanginya

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.