Thursday, May 2, 2013

KECOH: Chong Eng Leong hampir dibelasah Yong Teck Lee

Perghh!! Ganas Bro Jelingan si Yong... Biar tua, yang penting GANAS.. INI KALI LAH!!
SUASANA ceramah Pakatan Rakyat di Fohsang, Kota Kinabalu kecoh apabila Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Seri Yong Teck Lee dan penyokongnya tiba-tiba menyerbu masuk ke barisan hadapan tempat duduk untuk bersemuka dengan seorang penceramah malam tadi. 

Kemunculan Yong mendapat sorakan ‘boo' daripada penyokong Pakatan tetapi beliau hanya tersenyum sambil bersalaman dengan barisan penceramah Pakatan dan calon-calon yang bertanding. 

Namun, suasana itu bertukar apabila suara Yong kemudiannya kedengaran meninggi lalu menarik perhatian ramai orang yang kemudiannya mengerumuni mereka. 

"Kamu tahu ini tidak benar," kata Yong kepada Ketua Biro Keselamatan, Imigresen dan Reformasi Pilihan Raya PKR Sabah Dr Chong Eng Leong selepas beliau tamat berucap. 

Malaysiakini difahamkan, Yong merasa kurang senang setelah dimaklumkan Chong mengaitkan beliau dengan 'Projek IC' dalam ceramah itu dan beliau mahu berdebat tetapi permintaannya ditolak penganjur. 

Chong, pemimpin PKR Sabah, yang pernah menentang Yong dalam pilihan raya pada 1999 di Likas sebagai calon Parti Bersatu Sabah (PBS), kemudiannya membalas: 

"Saya boleh tunjukkan kamu artikel berkaitan." 

Suasana semakin tegang apabila Yong dilihat semakin merapati Chong, tetapi hasil kecekapan pihak polis mengawal keadaan, suasana yang tidak diingini berjaya dielakkan.

waaaa.. dua-dua suda ala sunyummmm.... macam adik-beradik..
Kedua-dua mereka kemudiannya duduk secara bersebelahan. Sementara itu, orang ramai dilihat semakin membanjiri tempat itu untuk menyaksikan apa yang berlaku. 

Sebelum itu, Yong yang bertanding untuk mempertahankan kerusi DUN Likas, terlibat dalam ceramah SAPP yang terletak hanya bersebelahan dengan ceramah Pakatan itu. 

Selepas ketegangan itu, Yong bagaimanapun terus berada di majlis itu dan mendengar ceramah yang disampaikan oleh calon DAP untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayan D Edwin Bosi dan calon PKR DUN Api-Api Christina Liew. 

Bagaimanapun, sepanjang masa itu, kerap kali kedengaran sorakan boo dan 'debat' dari orang ramai. 

Kehadiran orang ramai untuk majlis ceramah PR dan SAPP adalah hampir sama, iaitu kira-kira 1,000 orang. 

Chong sebelum ini pernah bertanding menentang Yong, Mantan Ketua Menteri Sabah untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Likas pada tahun 1999 tetapi kalah.


Tak payah gaduh-gaduh maa.. kempen pakai mulut saja, bukan pakai tangan.. Kalau itu telinga tidak tahan dengar kempen lawan, report polis saja maa.. boleh saman.. apa susah??

Baru sebut Projek IC, muka sudah menyinga.. belum lagi sebut pasal balak, rampasan tanah, SAS dan sebagainya.. Kalau beginilah sikap Yong Teck Lee, jangankan jadi Ketua Menteri Sabah.. jadi Ketua Kampung pun beliau tidak layak.. tidak cool langsung orang tua ni.. harap misai saja lebat.. macam profesor zaman dulu-dulu, namun profesionalism tidak padan langsung dengan misainya..

Brother Chong Eng Leong,,, taupun kecut bila bersemuka dengan singa.. lain kali agak-agaklah kalau mau berkempen.. jangan sekali-kali provoke singa yang sudah cedera dibedil oleh Roket.. Nasib baik ada polis.. kalau tidak.. nahas kau Chong!! (akhirnya polis yang dikutuk, dimaki dan dihina oleh pembangkang jugalah yang menyelamatkan keadaan)

Berita baik untuk Barisan Nasional.. Memang benarlah bahawa pertembungan banyak penjuru di Sabah SANGAT menguntungkan BN.. Dalam masa pembangkang bercakaran sesama sendiri, rakyat atau pengundi terus dihiburkan dengan watak sebenar pemimpin-pemimpin pembangkang yang bukan sahaja mempunyai sikap BUAS terhadap jawatan, malah BUAS dalam menyerang parti lawan yang berpotensi menjadi penghalang kepada hasrat "murni" mereka..

TATAP BN BAH!!

1 comments:

  1. tidak heran kalau pembangkang, mereka mmg suka gaduh2.

    ReplyDelete

Important - The views expressed and the links provided on our comment pages are the personal views of individual contributors and do not necessarily reflect the views of Borneo Bullet.